Sedih lihat blog takde pengunjung ? Hilang semangat ? Putus asa ? Atau tidak dapat seperti yang diharapkan ?
Cuba tanya diri sendiri dengan jujur.. JUJUR bukan IKHLAS yer ..
Tujuan sebenar berblog ?
Suka suka ? Menjana pendapatan sampingan ? Mencari sahabat baru ? Atau menjadikan blog tempat meluahkan perasaan ?
Kalau suka suka .. pengunjung / pembaca bukan masalah besar .. ada atau tidak , tak kisah.. nama pun suka suka kan ?
Kalau menjana pendapatan sampingan ? Yg ni kena kerja keras .. kena bijak mempromosi blog ... gunakan pelbagai jenis cara .. Bila ramai pengunjung , secara automatik , $$ mula bergerak ..
Mencari sahabat baru ? Blog mmg boleh merapatkan lagi tali persaudaraan .. cuma keikhlasan sukar diperolehi sbb segalanya hanya di mata , sedap di hati ..
Blog tempat meluahkan perasaan ? Sebaiknya privatekan .. agar tidak disalahguna oleh pihak tertentu ..
Kelebihan ramai pengunjung ? Dah tentulah seronok kan ? Sbb terasa seperti dihargai tapi adakah mereka tu datang kerana membaca tulisan kita ?
Bila dah ramai pembaca , dah tentu akan ada kekurangannya .. maka akan ada memberi komen komen negatif .. sanggupkah terima ? Kadang kadang bukan saja sekadar komen , malah caci maki pon ada ..
Dan perlu ingat .. untuk mengekalkan keaslian blog , bukannya mudah .. jadi , terpulang pada blogger sendiri , apa yang dikejar sebenarnya ..