Huhu.. ke rumah abang ipar aku .. Tok Janggut .. cantik kawasan ni .. aku ingat nak amik gambar tapi dah masuk maghrib.. hehe.. toksah wat pasal .. aku try amik 3-4 keping .. semua tak jadi.. jadi sendri mau hengat la kan .. Mungkin jap lagi aku nak kuar jap ngan member aku , Ady Hazman..
Hangin.. hagin satu badan ... Umat Islam tak perlukan lagi Mekah yang baru !! Mereka sesuka hati membunuh dan menyerang orang lain tapi bila mereka kena mereka tau pulak nak mengamuk ?? Bengong tul !
Baca la sendiri ek.. kalau sakit hati , sila beristighfar byk byk .. tunggu je kebangkitan ISLAM ..
Al-Quran dihina depan Rumah Putih
WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.
Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.
Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”
Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”
Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.
Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.
Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.
Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.
Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.
Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.
“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.
Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.
Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.
Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi
sumber : Bharian
Kali kedua aku cashout untuk bulan ni .. kalau bulan ni cashout , rasanya awal bulan 11 boleh dapat dah kan .. tak kisah la .. kalau dapat pon bukan boleh belanja.. semua kena simpan .. huih..
Yang ari tu aku bank in pon dah dah clear.. smlm cek kat atm KB MALL , dah boleh tersenyum la.. pon sama gak.. balik ni nak kena masukkan dalam ASB .. kenapa aku masukkan kat sana ? Susah nak keluarkan .. aku spesis jenis malas beratur panjang n isi borang .. kalau kat atm tu , mudah je la kan ..
Dijangkakan , minggu depan pon boleh cashout lagi sekiranya buffered yang berbaki tu jadi metered dicampur lagi dengan kutipan mingguan yang masih belum dikira dek nuffnang .. Hurm.. rezeki berblog .. Alhamdulillah ..
Sekurangnya aku dah buktikan pada mereka yang tak percaya blogging ni boleh dapat duit ... Easy money disamping dapat kenalan .. Kan mat kan ? Kan joe kan ? hehe..
Jap lagi nak ke Jerteh , Terengganu .. beraya kat sana lak .. nak amik gambar , tak boleh disebabkan aku yang kena drive .. Sblum tu nak berhenti umah kakak mak mertua aku .. Ada gula ( gulai ? ) .. cam tu la bunyinya.. bermaksud kenduri kawin .. hehe.. betul ke aku tulis ni ? kang ada yang marah lak... maaf la yer.. masih dok blajar.. kalau salah , tolong betulkan ..
Apa kata kita mintak kerajaan menyeksa merek-mereka yang bersalah tu ( kes Susilawati ) selama 100 hari barulah dijatuhi hukuman mati ??? Mula mula , sebat mereka .. kemudian , ikat mereka baringkan diatas jalan raya , kemudian pandu kereta tu selaju 200 kmj ..Masukkan dalam wad... kasi sembuh ... kemudian sebat lagi .. lepas tu , ikat kat pokok yg penuh dengan kerengga , curah dengan madu.. biarlah semalaman .. masukkan balik dalam wad .. kasi sembuh .. Seksa seksa seksa mereka .. termasuk mereka mereka yang bersubahat !! Jangan bakar , tapi panggang je mereka tu !
Tapikan , perlu ke kita bersikap seperti mereka ? Jika begitu , apakah beza kita dengan mereka ? Sama je kan ? Itu membuktikan rakyat di Malaysia ini semua sama saja .. Kejam dan sadis .. Tidak cukup dengan kes Mona Fendi , Altantuya dan skang ..
Mmg sakit hati.. mmg geram .. aku sendiri pon kalau boleh nak je suruh kerajaan benarkan setiap ahli keluarga merejam setiap yang bersalah tu dengan batu bata yang dipanaskan tapi buat apa ?? Kita bukan Tuhan ! Tak layak menjatuhkan hukuman mengikut nafsu .. Biarlah hukuman dunia ini menghukum mereka ... Dan yang pasti akhirat nanti ada hukuman yang pastinya tidak terlepas , kita juga begitu ..
Pendapat korang semua , adakah cerita cerita di tv mengajar bagaimana nak melakukan segala jenayah ini ? Walaupun ada kebaikkan tapi tetap ada keburukkannya .. hurmm .. Dan lagi , kita sendiri tidak terlepas melakukan kesilapan iaitu sering membelikan anak anak laki kita dengan mainan bersifat kejam seperti pistol .. Sama sama kita muhasabah diri ...
Tapikan , perlu ke kita bersikap seperti mereka ? Jika begitu , apakah beza kita dengan mereka ? Sama je kan ? Itu membuktikan rakyat di Malaysia ini semua sama saja .. Kejam dan sadis .. Tidak cukup dengan kes Mona Fendi , Altantuya dan skang ..
Mmg sakit hati.. mmg geram .. aku sendiri pon kalau boleh nak je suruh kerajaan benarkan setiap ahli keluarga merejam setiap yang bersalah tu dengan batu bata yang dipanaskan tapi buat apa ?? Kita bukan Tuhan ! Tak layak menjatuhkan hukuman mengikut nafsu .. Biarlah hukuman dunia ini menghukum mereka ... Dan yang pasti akhirat nanti ada hukuman yang pastinya tidak terlepas , kita juga begitu ..
Pendapat korang semua , adakah cerita cerita di tv mengajar bagaimana nak melakukan segala jenayah ini ? Walaupun ada kebaikkan tapi tetap ada keburukkannya .. hurmm .. Dan lagi , kita sendiri tidak terlepas melakukan kesilapan iaitu sering membelikan anak anak laki kita dengan mainan bersifat kejam seperti pistol .. Sama sama kita muhasabah diri ...
Baca dah berita kes Susilawati tu pagi ni ? Tgk dah muka muka lahanat yang buat aniaya pada mereka berempat tu ? Geram betul aku ... Orang macam ni tak layak kena penjara atau gantung jer .. Nasib baik takde hukuman sula atau rejam sampai mati !
Aku baca kesemua suratkhabar online pagi ni .. Sangat sangat sangat kejam binatang binatang ni .. Diorang pukul , ugut untuk buat pemindahan duit dan kemudian bunuh ..
Si suspek pulak dikatakan pernah melakukan sekurang kurangnya 4 kes yang sama ! huh... kenapa kes ni baru dibuat secara terperinci ?? hurm...
Aku tak tau nak ulas apa dah .. nak maki hamun pun tak guna .. aku bukan hidup di zaman dulu dulu yang mana hukuman dikenakan ke atas penjenayah terlalu sadis dan brutal ... Kalau boleh gantung di khalayak ramai sebagai pengajaran pon bagus gak kan ..
Antara tajuk tajuk berita pagi ni :
BA : tak cukup cukupkah harta yang ada ? Kalau ingin diwariskan pada anak , biarlah ala kadar... jika mahu lebih , biar anak tu cari sendiri.. berikan ilmu dan pelajaran yang secukupnya agar mereka mampu berdikari dan mencari sendiri harta mereka ... haih... nak salahkan sapa jika anak bermewah mewahan sehingga terlupa dunia disbbkan harta mak bapak yang melimpah ruah ?
Haa.. soalan ni feveret buat mereka yang dah abis belajar .. atau baru jee nak pegang gaji pertama .. huhu.. kira belum sempat nak ulur kat mak bapak , Makcik CNN dah tanya soalan maut ;
" Bila nak menikah nak oi ?? Makcik tengok kamu ni mcm nak lanjut usia dah .. cepat cepat la nikah.. nanti takde orang nak kamu pulak "
- Takde orang nak lagi .. ( jawapan standard yang belum dimodified )
- Ada orang nak tapi hati tak berkenan ..
- Hati berkenan tapi orang tak berkenan ..
- Makcik nak tolong bagi duit hantaran ke ?
- Ada tu ada makcik tapi bangla ..
- Dok kumpul duit .. skang ni baru ada RM2.50.. tadi ada RM5 .. tapi dah beli maggie .. ni je la baki .. gaji lagi 2 minggu ..
- Untuk lelaki .. Makcik ada calon ke ? Kalau ada biarlah cam Siti Nurhaliza ke .. tak pun macam Lisa Surihani pon ok la..
- Untuk perempuan lak .. Makcik ada calon ke ? Dapat yang duda cam Datuk K pon jadi la.. tak pon laki org yg ada pangkat TAN SRI ..
- Baru semalam masuk meminang .. orng tu kata , tunggu lagi 2 tahun , baru dia bagi jawapan ..
- Tak nak nikah la makcik .. nanti jadi cam makcik.. mulut kepoh...
Ni satu kes lagi .. Sekolah baru abis , dah tanya soalan maut gini .. Bila nikah awal , dikatanya kita gatal .. Bila nikah lewat , nanti cakap susah nak mengandung .. Camana ni ? Semua serba tak kena ? Mmg suka bertanyakah orang kita ni ??
Jika pergi beraya ke rumah sanak saudara , pastinya akan ada soalan soalan maut akan ditanya .. mereka yang akan ditanya adalah laki / perempuan yang belum berkahwin dan juga pasangan yang dah berkawin tetapi belum ada anak ..
Maka aku nak sediakan jawapan kepada soalan feveret iaitu
" Bila nak ada anak ? "
- Belum ada rezeki ( biasa sangat ni kan )
- Tengok la makcik .. esok lusa kalau rasa nak anak , suh je isteri saya ni beranak terus ..
- Dok simpan duit ... nanti boleh bersalin kat hospital orang kaya .. makcik nak datang melawat pon senang .. tak kira waktu ..
- Bila makcik nak saya ada anak ?
- Saya tak puas bersama lagi dengan isteri saya ni.. nanti kalau ada anak , susah dah nak 'bersama' isteri saya ni.. ada jugak terburai kain depan anak nanti ( ni jawapan kalau dah bengang sangat sekirannya makcik tu kepoh sangat )
- atau ; Saya nak berhoneymoon dulu ngan isteri saya .. kang kalau ada anak , susah lak nak berhoneymoon .. sbb tu la ramai laki orang berhoneymoon dengan anak dara ( ni jawapan mmg dan tensen giler punya )
- Makcik nak tolong beranakkan ke ?? ( ni mmg tahap nak kena simbah asid )
- Anak tekak atau anak mata ?
- Bila bila kiranyaaa diri ku perluuuu .. hari yang muruungg .. terdengarrr , nada yang rianggg ( nyanyi terus lagu zainal sambil berlalu ke dapur )
- tengok je muka dia !
Mana ada pasangan yang dah bernikah tak nak anak ? Semua nak anak.. Waris tuu.. Bukan saja saja nak rancang atau nak menolak rezeki dari Allah .. Sesungguhnya jika Allah belum mengurniakan anak pada pasangan tersebut ,tentulah ada sbb tersendiri .. Maka jgn pandai pandailah buat tafsiran sendiri .. Namun pasangan tu perlu juga berusaha dari segi perubatan disamping perbanyakkan berdoa kepadaNya ..
Bagi mereka yang suka bertanya soalan tu , renti rentikan la ... Ada orang rezekinya lain... kita tak nampak .. kan ?
Suami yang rajin memasak .. mengemas rumah malah segala urusan rumahtannga si suami yang uruskan .. si isteri pula bagaimana ?
Ada yang kata , mungkin si suami sudah diguna guna .. atau sudah diguna pakai ? Atau pon si suami ikut telunjuk isterinya .. Bayangkan segala urusan dapur , si isteri tak nak amik tau .. alasannya , tak tau nak memasak ? hurm..
Apakah alasan Nabi Muhammad s.a.w melakukan perkara sedemikian rupa , maka si isteri patut lepaskan tanggungjawabnya itu ? Jika begitu , berpeganglah pada lelaki boleh nikah 4 .. haknya jika berkemampuan ..
Atau sebenarnya si isteri mengambil kesempatan di atas segala kebaikkan si suami itu .. Ingat .. kesabaran lelaki juga ada hadnya .. Jangan sampai satu hari nanti , anda dimadukan ! Lelaki pendiam bukan bereti penakut .. Lelaki yang nakal bukannya bererti dia gatal ..
Al-Fatihah buat mereka berempat .. Takziah juga buat keluarga mereka ..
Berita tragis ini benar benar membuka mata kita semua . Siapa sangka manusia yang bergelar Datuk yang mempunyai pendidikan tinggi serta manusia yang bergelar doktor tergamak melakukan perkara diluar fikiran waras manusia yang normal .. Adakah kerana $$ ?? Tidak cukupkah dengan harta yang ada sehinggakan sanggup membunuh untuk semata mata menambahkan lagi harta kekayaan ? Sungguh tamak lagi haloba manusia ini ..
Disebalik kejadian ini , aku harap kita semua termasuk aku lebih berhati hati berurusan dgn pihak tertentu apabila melibatkan duit tak kira jumlah yang besar mahupun kecil . Ini kerana jika syaitan sudah membisik ditelinga mangsanya , maka sudah tidak kenal antara dosa dan pahala ..
Begitulah manusia ... sudahlah berjaya dan kaya maka ingin ditambahkan lagi hartanya .. Lihatlah Kassim baba .. Jika mahu dikaut segala kekayaan , abis satu gua di angkutnya .. Bak kata pepatah , orang tamak selalu rugi .. Dalam kes ini penjenayah sudah kelabu mata dek wang ringgit maka sanggup buat apa asalkan hajatnya tercapai .. Tapi sampai bila kan ? Sepandai pandai tupai melompat ..
Itulah topik perbualan aku dengan wife sewaktu pulang dari KB MALL tadi ... Sedang elok aku memandu , tiba-tiba sebuah kereta di depan aku berhenti ke tepi jalan berhampiran Wakaf Che Yeh .. Nyaris !
Tapi aku cool jer .. sebab dah boleh jangkakan perbuatan kurang ajar kereta tersebut .. Wife bertanya mengapa aku tidak bunyikan hon ??
Aku tanya padanya , adakah perlu aku berbuat demikian ? Dia kata perlu atas alasan perbuatannya itu .. Kemudian aku bukak satu cerita pada dia ..
Semalam , dalam duk melepak dengan adik ipar wife aku tu , kitorang bercerita macam macam topik .. termasuklah kisah pergaduhan diatas kes kereta ..
Tak tau atas punca apa , kes itu berlarutan sehinggalah mangsa dicurah asid oleh musuhnya itu .. Malah rakan mangsa yang berada dalam kereta tu turut menjadi mangsa .. Bayangkan asid yang kena pada wajah .. melunturkan abis wajahnya .. Manakala rakannya itu sempat mengelak lalu terkena pada bahagian tepi badan dan mukanya .. Segalanya kerana kereta !
Adakah berbaloi bergaduh kerana kereta? Yap.. kereta mmg harta kita .. tapi jika mampu mendatangkan bala ,kalau boleh elak maka elakkan.. Kita tak tau sapa musuh kita di depan mahupun di belakang kita .. Kita sangkakan dunia ini aman .. tapi hakikatnya ??
Hehe.. aku tak rancang pun nak ke rumah dia ..tapi aku ternampak undangan dia di FACEBOOK , maka aku dengan tak malunya nak ke rumah dia .. Bukan jauh pun .. dekat sangat.. satu kerugian la kalau aku tak g mengeratkan tali silatuhrahhim.. kan kan ?
Kali pertama aku bertemu Joe sewaktu di Putrajaya dulu .. masa nak buat gathering GB yang pertama ..
Alhamdulillah .. Layanan ahli keluarganya , mmg baik sekali .. makanan ? Menarik sekali tapi sayang aku tak mo makan banyak sangat sebab aku semakin boroi.. haha.. pasni nak kerja keras ..
Joe, terima kasih daun keladi yer ..
Kemudian aku terus ke KB MALL ..Tujuan utama ke sini adalah untuk mencari kek harijadi untuk Ammar .. Nak sambut malam ni .. Harijadi dia yang pertama.. besar dah dia kan.. hehe...
Pastu mungkin nak ke rumah kawan wife aku .. hurm.. nampaknya akan ada yang balik ke KL nanti... hehe.. ada gak yang akan menangis malam ni .. huhu.. tak puas nak bermanja ngan cucu ..
BERLIN - Anak perempuan kepada paderi kontroversi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones (gambar kecil) iaitu Emma mendakwa bapanya itu sudah hilang siuman selepas disingkirkan oleh kumpulan gerejanya sendiri di Jerman.
Keadaan tersebut menyebabkan bapanya yang berusia 58 tahun itu terpaksa berhijrah ke Florida dan mewujudkan kumpulan ajaran pelampau Kristian, Dove World Outreach Center di Gainessville yang berfahaman keras anti-Islam.
"Saya fikir dia sudah jadi orang gila malah diberitahu, pengikut gereja itu menjalani proses pembersihan minda keterlaluan dan diancam kononnya akan dihukum tuhan," katanya kepada akhbar talian popular Jerman, Spiegel.
Emma mendakwa pernah beberapa kali mengirim e-mel kepada bapanya bagi menggesa dibatalkan rancangan pembakaran kitab suci al-Quran semalam sebagai memperingati peristiwa 11 September 2001, namun ia tidak dipedulikan.
Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama dalam satu sidang akhbar di White House, Washington kelmarin sempena ulang tahun kesembilan serangan terburuk itu memberi amaran, tindakan Jones sudah pun menjejaskan imej AS di seluruh dunia.
"Sebagai Presiden AS, saya akan melakukan yang terbaik dan mengingatkan rakyat AS yang percaya kepada tuhan walaupun berbeza nama, musuh AS sebenarnya bukanlah Islam, tetapi al-Qaeda dan rangkaian pengganasnya," tegas Obama. - Agensi
sumber : KOSMO
DI TENGAH permukaan Tasik Baikal yang mengeras ketika musim sejuk dan angin dingin membeku bertiup dari Siberia, seorang seniman, Jim Denevan, dibantu pasukannya melakar kerja seni di atas permukaan seluas 20 kilometer persegi.
Tasik Baikal mengandungi sehingga 20 peratus daripada air tawar dunia dan terletak di kawasan terpencil Siberia. Diupah oleh firma pakaian mewah Anthropologie, lakaran itu dihasilkan sebagai satu daripada siri The Anthropologie yang digunakan sebagai promosi untuk produk mereka.
Denevan, 49, menghabiskan masa 15 hari di atas permukaan tasik itu untuk menyiapkan karya seni berkenaan.Menggunakan ais hitam di bawah lapisan salji sebagai kanvas, Denevan dan pasukannya terpaksa berkampung di bawah khemah dalam kedinginan bagi menyiapkan tugasan itu.
Lakaran itu pula dihasilkan menggunakan jentera pemecah salji serta penyodok yang membentuk bulatan pelbagai saiz — paling kecil mempunyai ukur lilit 45.7 sentimeter.
Menurut Denevan, dia menggunakan rumusan matematik pakar bidang itu dari Itali, Fibonacci, untuk menghasilkan lebih 1,000 bulatan berasingan.
Untuk permulaan, kata Denevan, dia ‘melukis’ lakaran kasar lukisan itu menggunakan basikal dan kayu sebelum ia diperkemaskan anggota kumpulannya.
“Ini adalah lukisan terbesar di dunia dan memadam rekod saya sebelum ini,” katanya.Menurut seniman yang menetap di California itu, lukisan terbesar sebelum itu yang pernah dihasilkan dibuat di atas padang pasir Nevada, meliputi kawasan seluas 14.5 kilometer persegi.
Katanya, lukisan di atas Tasik Baikal itu kira-kira 10 peratus lebih besar berbanding rekod sebelumnya. “Bagaimanapun, ia dicipta dengan bentuk berbeza selepas mengambil kira keadaan tebing tasik,” katanya.
Menurut Denevan, bulatan di bahagian kanan mempunyai dimensi sama seperti di Nevada tetapi ia tidaklah dalam bentuk bulat sepenuhnya kerana keadaan geografi tasik itu.
Mengunjungi Khuzhir di Pulau Olkhon yang terletak di tengah Tasik Baikal, Denevan akhirnya berjaya mencipta lukisan itu mengikut keinginannya.
“Awalnya kami mahu ke Ross Ice Shelf di Antartika, tetapi selepas melakukan sedikit penyelidikan, kami sedar bentuk muka bumi di tasik ini mempunyai persamaan dengan permukaan padang pasir yang pernah kami gunakan,” katanya.
Jelas Denevan, biasanya kawasan itu mengalami tekanan rendah berpanjangan, menyebabkan salji tidak turun walaupun suhu berada pada paras lima hingga 10 darjah di bawah takat beku.
“Maknanya, kami boleh menghasilkan lakaran tanpa banyak gangguan daripada salji,” katanya.Bagaimanapun, sesuai dengan sifatnya yang besar, usaha Denevan tidak selancar seperti dirancangnya.
Jelasnya, dia bermula dengan berbasikal sambil memegang kayu mengelilingi tasik berkenaan.“Ia membolehkan saya melakar garis kasar menggunakan tayar dan kayu. Hanya selepas hari kelima, tiba-tiba salji turun dengan lebat dan menutup semua lakaran itu.
“Kami terpaksa bekerja keras mencari kesan yang ada bagi memastikan ia tidak tersilap,” katanya.Akhirnya, selepas bertarung dengan cuaca sejuk mencucuk tulang angin Siberia itu, Denevan dan kumpulannya bertungkus-lumus menyiapkan lukisan itu di antara lapisan salji setebal 1.4 meter.
Menurut Denevan, pada hari kesembilan pula mereka berdepan ribut, menyebabkan sebahagian daripada lapisan atas salji ditiup semula menutup garisan dibuat.
Sesetengahnya, kata Denevan, selebar 2.4 meter. “Ia amat mengecewakan,” katanya.Selepas bekerja siang malam, lukisan itu akhirnya disempurnakan pada hari ke-15, pada Mac lalu.
“Ini adalah lukisan hebat dan indah walaupun hanya bertahan selama sebulan sebelum ia luput,” katanya.
Keindahan Tasik Baikal , Siberia ..
artikal : Hmetro
“Difahamkan, suspek yang membawa polis ke tempat kejadian, Khamis lalu hingga membawa kepada penemuan mayat berkenaan,” katanya.
Sehingga malam tadi, enam suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan Sosilawati dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.
Turut ditahan seorang ahli perniagaan dan peguam berpangkat Datuk bersama adilknya, seorang doktor berusia lingkungan 40-an.
Difahamkan, kedua-duanya perancang utama kes itu manakala identiti empat lagi suspek dikenal pasti, namun dipercayai kumpulan sama yang melarikan semua mangsa. - BHARIAN
Lanjutan dari kes berkenaan , Sosilawati dan 3 yang lain ditemui mati dibunuh dan dibakar . Rujuk - Berita
Hurm .... dah jadi ala ala filem Hollywood penjenayah di Malaysia ini ..Takziah buat keluarga mangsa.. Al-fatihah. Semoga hukuman yang setimpal diberikan kepada yang terlibat !
KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.
Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.
Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.
‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.
Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.
“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.
“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.
Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.
Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.
Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.
Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.
sumber : arang67
- Gemuk ?
- Boroi ?
- Berlemak ?
- Tekanan jiwa dengan broadband ?
- Mati kutu dengan rancangan tv ?
- Tensen dengan traffic jammed ?
- Membuta je keje ?
- Kira duit raya ?
- Bilang tetamu yang datang ?
- Menghitung hari hari terakhir sebelum kembali bekerja ?
- Tunggu gaji ?
- Baju melayu terbakar terkena mercun jiran sebelah ?
- Bunyi kereta ambulan lebih kerap kedengaran dari bunyi mercun ?
- Kira jemaah yang hadir ke surau / masjid ?
- Dok garu kepala memikirkan anak sapa la datang beraya umah aku ni ?
- Kena perli sbb bagi duit raya singgit je ?
- Bukak almari sbb nak tengok seluar kerja mana yang muat dengan perut aku ?
- Pening tak tau nak g umah terbuka mana satu dulu ?
- pikir bila aku nak buat puasa sunat 6 ?
- mula rancang untuk raya tahun depan ?
- pakat bergaduh nak g umah kawan masing masing ?
- terkenangkan keindahan raya masa kecik kecik dulu .. sonok je dapat duit raya .. skang ni sonok je ulur duit raya ..
Apa pon .. senantiasa tersenyum kerana aidilfitri datang setahun sekali ..