- Keluarkan cincin dari jari - Memakai cincin terlalu lama boleh mengakibatkan kesukaran untuk menanggalkannya .Cara lama biasanya menggunakan sabun tetapi ada satu lagi cara yang berkesan untuk digunakan.Masukkan tangan ke dalam ketulan ketulan ais yang diletakkan di dalam satu bekas. Setelah beberapa minit , keluarkan tangan dan cubalah untuk mengeluarkan cincin tadi daripada jari. Ia lebih mudah kerana tangan dan jari sudah mengecut
- Mengilatkan teko - Anda mungkin kecewa dengan teko yang berkaran kerana kesan minuman. Teko dan juga kopi akan tampil berkilat dan bersih sekiranya dibasuh dengan menggunakan campuran satu sudu teh garam , sedikit air dan sedikit soda penaik. Campurkan kesemua bahan ini dan lapkan teko tersebut dengan kain basah yang telah direndam ke dalam bahan bahan ini. Kemudian basuh dan bersihkan teko seperti biasa .
- Menanggalkan tanda harga - Cara yang paling mudah untuk menanggalkan tanda harga atau label yang terdapat pada gelas , plastik atau perabot ialah dengan menyapukan bahagian tersebut dengan minyak sayuran. Gosokkan dengan kain dan ia akan tertanggal dengan sendirinya .
Tips dari RAPI