Huh .. mmg sengaja menguji kesabaran aku .. Dari tadi aku dok tengok dia mengejek aku .. Bila aku berjalan ke arah dia , tau pulak dia lari .. Cari nahas betul malam malam buta ni !
Ramai dah kawan kawan dia aku bunuh ! Tapi tak la tahap bakar dan buang .. cuma aku perlu letak racun pada makanan .. hahaha.. kejam tak aku ?
Tapi cara tu agak membazir .. Aku pernah terbaca cara cara paling efisien untuk membunuh mereka mereka ini di dalam blog seorang sahabat , Semekar Kasih .. Dan mmg berkesan .. Cuma kali ni , yang ni tak dapat dikejar lagi .. Tak pe .. tak pee...
Bukan besar sangat dunia ni .. Kat mana kau nak lari .. aku kalau dapat kau , siap laaa .. aku lemaskan kauu dengan buih sabuh .. kalau tak dengan buih sabun , aku guna cara paling kejam .. iaitu .. hahahahha ... hahahaha ... mana boleh cakap .. nanti dia tau taktik aku .. aku pasti diorng ada blog gak dan senantiasa mengikut perkembangan aku nih .. Kalau tak , takkan dia tau aku balik dah kan ?? Huh..
Cari pasal tul nih .. kang bila aku tidur .. sah sah dia datang merayap .. kalau dia merayap kat kaki aku , sah sah abis semua aku sepak terajang .. bukan takut , geli geleman jer .. huhu ..