BUFFERED EARNINGS mmg ditunggu tunggu oleh mereka yang meletakkan iklan Nuffnang di blog .. kan ? Betui ? Tak tipu ? Tipu kan ?? Hehe..
Kalau dapat , ibarat diberi benih pokok durian .. Durian mahal weh.. original punya .. Takde kacuk kacuk .. Isi lemak berkrim punya .. Pergh..
Nak dapat B.E. mmg bukan mudah .. Nuffnang akan memilih .. Bukan semua akan dapat yang sama.. Ada pelbagai jenis pengiklan di Nuffnang , maka mereka akan memilih yang sesuai atas kriteria tertentu..
Apa yang penting bila dapat B.E ialah PAGEVIEWS .. Sila rujuk di web NUFFNANG - ANALYTICS untuk melihat berapakah PAGEVIEWS yang anda perolehi setiap hari .. Makin tinggi PAGEVIEWS di blog anda , makin kencang perolehan ( $$ ) anda ..
TIPS : Gunakan READ MORE , LINKWITHIN , TAGS untuk mendapatkan PV yang tinggi ..
(gambar hiasan.. maaf tak tinggi pon.. takde contoh lain nak bagi dah )
Sekiranya anda berstatus GLITTERATI , anda layak mendapat bonus.. hehe.. bonus apakah itu ?
Bonus yang dimaksudkan ialah CTR atau Click trough Ratio ..
Hehehhe .. Bonus ni akan anda dapat jika iklan di blog anda di klik oleh pengunjung blog anda .. Diulangi yer .. Oleh pengunjung blog anda sahaja .. Kalau anda klik sendiri , tak dikira ... haaa.. Jangan buat yer.. Membahayakan kesihatan anda ..
TIPS : Jangan letak " SILALAH KLIK IKLAN SAYA YER " .. anda merendahkan 'maruah' blog anda ..
Faham tak setakat ni ?? Tak ? adeh ... Faham ? Asas je ni ..
Maka dengan ini , silalah mengupdate blog anda .. Kalau nak yer .. diulangi.. kalau nak menambahkan lagi isi kantung NUFFNANG anda dihujung tahun , silalah lakukan dengan bijak..
Bagaimana anda nak lakukan , itu terpulang pada anda .. Aku nak cakap lebih lebih , nanti ada kuar macam macam komen .. jadi , terpulang la yer .. Yang penting , bukan mudah nak dapat BE dan bukan semua dapat .. Maka , jangan persiakan ..
TIPS : Sekiranya BE dah jadi METERED , sila cashout jika dah layak .. Jangan peram .. Kenapa ? Ada sebab aku cakap gini .. hehe..
Akhir kata , aku bukan nak galakkan blogger giler mendapatkan $$ , cuma nak berkongsi apa yang aku tahu.. Jika ada blogger ingin menambahkan kekurangan pada entri ini , anda digalakkan berkongsi.. Apa salahnya kan ? Tak luak pon ..
Pada yang belum dapat tu , bersabar la yer .. InsyaAllah .. Rezeki kita bukan kat sini jer .. kena rajin 'mengorek' .. hehe
BA : Dulu kita sendiri dibawah .. bila diatas , jgn kedekut ilmu .. Sekian .. Perutku lapar .. Takde open house lagi ke ari ni ???