KUALA LUMPUR 28 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.
Beliau berkata, Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.
"Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.
Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini hari ini.
Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata, Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.
"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya... lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita,” katanya. – Bernama
sumber : UTUSAN
BA : Ada dosa basah ke ?
SEPANG 28 Sept. – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim melihat hasrat Lotus Racing Team yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes menukar nama pasukan itu kepada Team Lotus seperti mengenepikan jenama Lotus Racing dan seolah-olah menafikan kepentingan negara.
Beliau berkata, penukaran nama pasukan itu jika berlaku, tidak lagi menjadi satu jenama Malaysia kerana Lotus merupakan anak syarikat kepada syarikat kereta nasional Malaysia Proton Berhad.
"Tindakan Tony pasti mengundang pelbagai isu dan kekecewaan daripada sesetengah pihak. Ini soal kita punyai pasukan yang terus melupakan kepentingan negara,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.
Pada minggu lepas di Grand Prix Singapura, Fernandes mengumumkan bahawa Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan setelah dikatakan mendapat hak daripada pihak ketiga David Hunt.
Tony dikatakan mahu menukar nama pasukan itu selepas membeli Team Lotus Ventures daripada Hunt.
Semalam, Pengerusi Proton dan Kumpulan Lotus, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menafikan Hunt mempunyai hak ke atas jenama Team Lotus dan berkata, syarikat kereta nasional itu akan terus menyokong kumpulan itu dalam mempertahankan hak kumpulan itu. – Bernama
sumber : UTUSAN
Penat ... kering idea ... akhirnya balik jugak ke rumah .. Sampai kat stesen LRT PWTC , adeh... terlepas dah LRT .. kena tunggu lagi 10 minit .. Tengok kat papan elektronik , LRT berikutnya ke SRI PETALING .. ok dah tu.. Yang terlepas tadi ke AMPANG .. Aku menghala ke SRI PETALING ..
Bosan ... layan hp jap .. bila pegang hp , yang aku bukak ialah blog aku gak.. takde maknanya !! Dari rumah , sampai ke opis hinggalah balik ke rumah , blog aku gak aku tengok.. Ada sesuatu yang menarik pada blog aku hari ni.. tu pasal aku belek .. hehe.. kot ada idea lagi pasni. hehe.. Ada tu mmg ada .. nak tambah skit header aku tu.. hehe..
YESS !! LRT datang ... naik naik ... Tak penuh .. ok la .. ada tempat duduk tapi aku tamo duduk sbb jap lagi kat Masjid Jamek ramai naik... nanti nak berdiri balik.. alang alang , biar berdiri terus ..
Sampai ke Stsn CHAN SOW LIN , ada pengumuman .. tapi aku tak endahkan sangat.. wat dek jer .. LRT bergerak lagi ... Tiba tiba ... "STESEN BERIKUTNYA ... TAMAN SHAMELIN " ...
Adoiiii..... yang aku nak elak tu gak laaa berlaku !!! Aku salah naik LRT daaa... LRT yang aku naik tu ke AMPANG ... Yang lepas tadi tu laa ke SRI PETALING ... haihh... tak pasal pasal aku kena turun di TAMAN MALURI dan amik semula LRT dan turun ke CHAN SOW LIN kemudian tunggu LRT ke SRI PETALING .. haih... buang masa sungguh ... nasib baik aku kuatkan semangat ... g jugak ke gym walaupun aku ada masa lagi 45 minit .. ok la kn ? Dapat gak bakar lemak terkumpul ni..
Ala.. asal artis ngidam je , dah jadi tajuk berita ... dah abis cerita ke wartawan ??? Mmg gitu la perempuan .. asal ngandung terus ngidam .. dan aku pasti lepas ni suaminya pon mengidam gak ... ngidam nak tambah lagi .. hahah.. guwau je haaa... aku tak sebut nama sapa pon haaa...
Tapi tu la dunia realiti kan .. Lepas bersalin , perempuan pasang balik badan .. kasi cun melecun balik ... kasi jambu.. .nak pikat suami balik... sanggup la duduk dalam balang tempayan mau kasi pecah lemak.. buang segala apa yang patut dibuang .. ketatkan apa yang patut diketatkan.. dan tegangkan apa yang longgar .. kan kan ? Teruk jadi perempuan kan ?
Bila dah badan cun , tak cukup tahun ... taraaa... " Abang ku... dinda mengandung lagi .. auww" .. Huh .. Ni kes baru si suami cari binokular ... Terjegel bijik mata nampak anak dara lalu... huhu..
Tu belum masuk bab dihantar pulang ke kampung untuk berpantang .. Si suami terus dapat title " bujang berbini " .. Mula laaa mengatal kat luar .. Isteri kat kampung , dok makan berpantang .. semata mata untuk suami .. Suami lak makan takde berpantang semata mata nak melepak kat kedai mamak ..
Tapi ada ke lelaki hargai segala pengorbanan seorang isiteri ??? Tau tau je " I CERAIKAN U " dan esok " AKU TERIMA NIKAHNYA " sedangkan yang bekas tu tak abis edah lagi.. huk huk.. sampainya hatimuuuu.. Kena lak yang sama sama bersusah payah dari mula tapi bila dah kaya raya .. terus lupakan si isteri... haih...
Dunia dunia ... bagi lebih , terus terlebih... bila kurang , mengeluh memanjang .. Entahlah.. harap harap aku tak gitu la hendaknya nanti.. Biar sama sama susah.. sama sama senang ... kan kan ?
Pasal apa bila gaduh ngan awek je , pakat nak niaya perempuan ??? Nak keluarkan gambar dalam internet .. atau pakat nak simbah asid kat muka bagi buruk rupa perempuan tu ???
Sebelum nak buat tu , cuba pk ... apa yang diucapkan dan disampaikan itu adalah satu ugutan ... dan bila dah mengugut , boleh dibuat laporan polis ! Malu woo kalau kena angkut g balai .. kena panggil ... soal siasat.. pastu mesti hangin lagi kan ? Bila dah hangin , mula la menurut nafsu ..
Bila dah terjadi , baru nak jalan sambil tunduk kepala ??? Aisey... toksah la malu.. dengan perempuan berani angkat tangan.. depan cameraman , wartawan , tunduk muka .. malu konon ! Caitt... aparaa... dayusss !! Kalau dah tak nak tu , blah je la... banyak lagi perempuan ada ...
Satu lagi.. toksah la dok ungkit segala duit yang habis... Ungkit je segala dosa yang dah buat .. Bertaubat lebih baik dari kenangkan duit dan saat saat manis percintaan tu !
Bila bercinta , segalanya manis belaka... bila dah bergaduh , dengan mak bapak segala terkait.. siap sampai sumpah bunuh membunuh.. apa punya gila ni ?? Dah takde agama ? Kira cinta maut la konon yer ? Perut sendiri pon tak terisi .. ada hajat nak berkeluarga ? Cuba kumpul duit kasi banyak dulu.. kalau mampu , beli rumah dan harta baru beli anak dara orang ! Buktikan tu dulu haaa... ni beli motor pon guna duit mak bapak ... cait ... dah berlagak jutawan .. huh..
Hehehe... jgn tak tau .. ni nk kasi tau .. tapi baca la sendiri supaya lebih tau ... eheh..
SHAH ALAM 28 Sept. – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi kesalahan menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu yang dikenali sebagai Program Ekspres sejak dua tahun lalu.
Sabbri Yusof, 49, dan Rahimah Rahim, 39, mengaku tidak bersalah selepas tuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.
Mereka sebagai pemilik perniagaan World Heritage Resources didakwa menggunakan syarikat itu untuk menganjurkan pelaburan wang kutu Program Ekspres yang dilarang di bawah Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 antara 1 Disember 2008 dan 29 April lalu.
Pasangan itu disaman mengikut Seksyen 3 akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Kes itu akan disebut semula pada 2 November ini. - Utusan
Rezeki depan mata .. jgn tolak ... kan ? Pekata .... hehe.. buat duit konar konar ... buat bisnis sampingan .. mana la tau .. kot boleh jadi duit poket time kering .. kan kan ? Tak cuba tak tau ..
Cuba baca dulu ..
BERKUATKUASA 1/9/2010, BELIAN YG MENCECAH MINIMUM 300 KOTAK SEBULAN, ANDA AKAN MENERIMA REBATE TUNAI RM2 UNTUK SETIAP SEKOTAK. JIKA ANDA BELI 300 KOTAK SEBULAN, NEXT MONTH ANDA AKAN MENERIMA RM600 TUNAI. IF ANDA BELI 400 KOTAK SEBULAN, ANDA AKAN MENERIMA RM800 SEBULAN. BEGITU LAH KIRAAN REBATE TP MAKE SURE MINIMUM KENA 300 KOTAK SEBULAN TAU, IF LESS TAKDAPAT APA2
UNTUK STOKIS, ANDA BOLEH MENCARI AGEN BAWAHAN ANDA. BELIAN PERIBADI AGEN DIKIRA BELIAN ANDA. SO PELUANG UTK DPTKAN REBATE LEBIH CERAH. JIKA AGEN ANDA PUN WAT BELIAN 300 KOTAK, ANDA BUAT BELIAN 500 KOTAK (TERMASUK BELIAN AGEN BAWAH ANDA-KIRA ANDA HANYA BUAT BELIAN 200 KOTAK), SAYA AKAN MEMBAYAR RM400 KEPADA ANDA, RM600 KEPADA AGEN ANDA. LIHAT WALAUPUN ANDA HANYA WAT BELIAN 200 KOTAK UTK BULAN TU, SEPATUTNYA TAK DAPAT APA2, TP HASIL GABUNGAN BELIAN ANDA DAN AGEN BAWAHAN, ANDA LAYAK DAPAT RM400 REBATE TUNAI
BG STOKIS YG DAPAT AGEN BAWAHAN YANG BARU, JUST SUBMIT PADA SAYA NAMA AGEN BARU TU, ALAMAT, NO HP, KAWASAN YG AGEN TU NAK COVER UNTUK URUSAN DELIVERY DAN IKLAN. URUSAN DELIVERY SY KURIER DIRECT TO UR NEW AGENT TAU, FREE KURIER LAGI. ANDA HANYA PERLU BAYAR HARGA STOKIS JE PADA SAYA ATAS BELIAN AGEN BARU ANDA. PAYMENT DARI AGENT ANDA AMBIL
BG STOKIS, IF ADA KAWAN2 LAIN NAK JADI STOKIS, MMG TAK BOLEH AMIK LA BELIAN STOKIS BARU TU COZ LEVEL AND DISKAUN ANDA TERIMA DGN NEW STOKIST TU ADALAH SAMA. JUST PASS NEW STOKIS TU TO ME COZ, ANNYSS BEAUTY (COMPANY FIGURE UP), MEMANG APPOINT KAMI WAKIL SYARIKAT UNTUK URUSKAN SEMUA KEMASUKAN AGEN AND STOKIS(WAKIL JUALAN) BARU.
SETIAP BELIAN PADA GANDAAN 50 KOTAK, ANDA LAYAK MENERIMA 5 KOTAK FU FREE.
Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut ... sila ke sini
Dia digelar AVATAR GIRL kerana rupanya seperti karektor di dalam filem AVATAR ..
Kesian kan ? tu tumor tu ..
Namun masih ada antara yang tak bersyukur dengan mengatakan wajahnya huduh atau tidak cantik seperti orang lain ... Bak kata orang tua tua , kita jangan mendongak ke atas untuk melihat orang yang lebih dari kita sebaliknya lihat ke bawah untuk menilai betapa 'terlebihnya' kita berbanding mereka ..
Untuk mengetahui cerita gadis ini .. sini
Kepada sesiapa yg mempunyai masalah keputihan, 'berbau' atau lendir berlebihan, senggugut, period x teratur, breast kendur, ibu2 yang baru melahirkan baby, and terutamanya kepada sesiapa yg dah 'longgar' and berhajat untuk 'ketatkan' balik dengan kadar segera, sis amat2 menggalakkan u all tuk try this product.. 199% dijamin ketat balik seperti anak dara.. memang sangat2 berbaloi..setelah diuji kepada berpuluh2 tester, feedback dr tester2 yg sis dpt mmg sis puas hati sngt2..alhamdulillah.
100% buatan kampung..menggunakan manjakani n kacip fatimah. tiada bahan merbahaya.
Untuk lebih lanjut > sini
Manakala untuk mereka yang mempunyai masalah jerawa pula , boleh mencuba ACNE CLEANER ... untuk keterangan serta bukti , boleh membacanya > sini
Sebarang pertanyaan , sila email atau hubungi DAYEN di sisdayen@gmail.com atau terus sms dayen kat num 014-5234115.
Hutan purba jadi lokasi tumpuan penduduk Jepun membunuh diri
BAGI segelintir orang, hutan adalah tempat cukup menenangkan tetapi bagi sebahagian yang lain, ia boleh menjadi sesuatu yang menakutkan terutama apabila dikaitkan dengan tempat penginapan makhluk halus.
Bagi golongan kedua, sebuah hutan di Jepun, Aokigahara atau dirujuk juga sebagai Laut Pokok yang terletak di kaki Gunung Fuji perlu dielakkan kerana didakwa penduduk serta pelancong banyak berlaku fenomena luar biasa di kawasan berkenaan.
Aokigahara adalah hutan purba yang dilaporkan berhantu berikutan banyak cerita dongeng tempatan berkaitan makhluk aneh, gergasi serta hantu di situ, sekali gus menambah perisa kepada reputasinya yang memang menakutkan.
Tanahnya berbatu dan sukar ditembusi peralatan seperti penyodok, manakala kira-kira satu kilometer ke dalam hutan berkenaan, boleh ditemui tulang manusia yang dipercayai berusia ratusan tahun berserakan yang menandakan kehadiran haiwan pemangsa.
Roh mereka yang mati dikatakan kerap ditemui golongan yang cukup berani meneroka ke dalam Aokigahara, namun kisah paling popular ialah mengenai besi magnetik bawah tanah di kawasan terbabit yang menyebabkan kompas tidak berfungsi dan pelancong tersesat dalam hutan.
Bagaimanapun, kisah itu nyata pembohongan besar kerana Tentera Jepun dan Tentera Amerika selalu mengadakan latihan di dalam hutan berkenaan dengan kompas digunakan mereka berfungsi baik, begitu juga dengan peralatan elektronik lain.
Aokigahara bukan saja popular dengan Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong tetapi juga dikatakan tumpuan utama mereka yang mahu membunuh diri. Ia dilaporkan lokasi bunuh diri ketiga paling popular di dunia selepas Jambatan Gerbang Emas di San Francisco, Amerika Syarikat dan Bloor Street Viaduct di Toronto, Kanada.
Sejak 1950-an, lebih 500 orang menemui ajal di hutan berkenaan, kebanyakannya membunuh diri. Purata 30 kes bunuh diri dilaporkan di hutan itu setahun, malah pada 2002 sebanyak 78 mayat ditemui dalam hutan berkenaan, menggantikan rekod sebelumnya iaitu 73 pada 1998.
Kebanyakan yang membunuh diri adalah lelaki, mewakili lebih 71 peratus kes yang dilaporkan pada 2007. Jumlah kes membabitkan golongan berusia lebih 60 tahun juga tinggi tetapi mereka yang berusia lingkungan 30-an adalah kumpulan paling berkemungkinan mengambil tindakan itu, malah bunuh diri juga punca utama kematian penduduk berusia bawah 30 di Jepun.
Kadar bunuh diri yang tinggi mendorong pihak berkuasa menaikkan papan tanda, menggesa mereka yang mahu menamatkan riwayat di hutan itu supaya mendapatkan bantuan. Pihak berkuasa juga melakukan gerakan mencari di hutan itu setiap tahun sejak 1970, disertai polis, sukarelawan dan wartawan.
Bagaimanapun, semua kejadian itu tidak pernah mengganggu golongan yang sukakan cabaran untuk terus meneroka hutan penuh misteri terbabit. Kebanyakan pengunjung menandakan laluan mereka dengan meninggalkan plastik warna bagi mengelak tersesat, namun ada pula masalah kerana tindakan itu menimbulkan kebimbangan mengenai ekosistem hutan itu.
Misteri Aokigahara juga mendorong seorang pengarah, Takimoto Tomoyoki mengarahkan sebuah filem bertajuk Jyukai - Laut Pokok Di Belakang Gunung Fuji. Ia mengenai kisah empat orang yang memutuskan untuk membunuh diri dalam hutan berkenaan.
Ketika mencari tempat sesuai untuk penggambaran filemnya, pengarah itu memberitahu wartawan dia menemui dompet mengandungi wang tunai 370,000 yen (RM13,421), tambah merancakkan lagi khabar angin popular mengenai kehadiran haiwan pemangsa di hutan terbabit.
sumber : BHARIAN
Sultan Muhammad V teruskan salasilah keturunan Long Yunus
TUANKU Muhammad Faris Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan, sejak ayahandanya gering mulai Mei tahun lalu.
Pemasyhuran itu pantas mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, perlantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.
Lima belas ahli MPN Kelantan yang bersidang itu sebulat suara bersetuju Tuanku Ismail Petra memerlukan pengganti berikutan gering baginda berlarutan sejak lebih setahun lalu.
Perkembangan yang berlaku di Kelantan dalam suasana Aidilfitri tahun ini, bukan setakat menarik minat semua lapisan rakyat yang menunggu saat pemasyhuran Sultan Muhammad ke-V, malah mengimbas kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah kesultanan negeri ini.
Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.
Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979.
Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah anak lelaki tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani.
Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A'Ishah Putri.
Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.
Kemakmuran dan keindahan negeri menjadikan Kelantan turut dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Tanjung Pura. Kewujudan banyak pondok kendalian ulama termasuk Tok Kenali dan Tok Selehor, yang menjadi tumpuan umat Islam mendalami ilmu agama membuatkan Kelantan menerima jolokan negeri Serambi Makkah.
Sultan Muhammad IV (duduk) bersama Sultanah Zainab serta kerabat diraja.
Berdasarkan buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim tulisan Mohd Zain Saleh, Kesultanan Kelantan dalam lipatan sejarahnya dikaitkan dengan kisah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang pernah ditabal sebagai raja yang bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan.
Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang dipercayai tidak pernah berkahwin itu dikatakan terkenal sehingga menjadi tumpuan pedagang dalam dan luar negeri termasuk dari Arab.
Wanita pertama menjadi Raja Kelantan itu juga dikatakan memiliki seekor kijang sebagai binatang peliharaan kesayangannya sehingga gambar binatang itu diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri dan diabadikan sebagai sebahagian daripada lambang kebesaran negeri hingga kini.
Ketika pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, ada sebuah kerajaan berpusat di Jembal yang diperintah oleh Raja Sakti (1638M atau 1046H). Selepas baginda mangkat, puteranya, Raja Loyor ditabal sebagai raja pada 1649M atau 1059H dan mempunyai dua anak termasuk Puteri Saadong.
Kerajaan Cik Siti Wan Kembang bersahabat baik dengan Raja Loyor, terutama selepas wanita pertama memerintah di Kelantan mengambil anak Raja Loyor, Puteri Saadong sebagai anak angkat untuk dijadikan pewaris takhta baginda.
Puteri Saadong dikatakan pernah menjadi tawanan Raja Siam, sebelum terpaksa membebaskan baginda selepas puteri berkenaan mengubati penyakit dihidapi raja itu.
Selain kisah Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong yang masih dianggap sebagai mitos sesetengah pihak, Kelantan juga pernah menyaksikan beberapa episod perebutan takhta untuk menguasai pemerintahan negeri ini.
Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhamad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad.
Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.
Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhamad yang juga putera Yang Di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa.
Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhamad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhamad.
Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhamad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhamad I.
INFO : Sultan Kelantan ke-29, Sultan Muhammad ke-V
Pendidikan
Hobi
Aktiviti sosial dan agama
Ketenteraan
sumber : BHARIAN
Tony tak berhak: Nadzmi
PEMANDU Lotus, Heikki Kovalainen memadam kebakaran keretanya ketika bersaing pada GP Singapura kelmarin.
Kami akan halang penggunaan jenama Lotus tahun depan’
PEMILIK jenama Lotus, Proton akan mengambil langkah wajar untuk menghentikan penggunaan jenama berkenaan oleh pasukan Formula Satu, Lotus Racing yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes mulai tahun depan.
Ketika Grand Prix Singapura hujung minggu lalu, Fernandes mengumumkan Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan, nama asal pasukan legenda itu yang diberikan oleh Colin Chapman pada 1950, selepas mendapat “hak” daripada David Hunt.
Proton bagaimanapun menafikan hak Hunt ke atas jenama Team Lotus dan berkata mereka akan menyokong Kumpulan Lotus dalam mempertahankan hak mereka.
Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh berkata: “Kami percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu hari ini. Kami adalah pemilik kepada jenama ini, dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan jenama Lotus.
“Tony Fernandes tidak berhak menggunakan jenama Lotus pada musim Formula Satu 2011, dan kami akan menghalang sebarang percubaan oleh beliau untuk menggunakan jenama kami tanpa kebenaran serta menarik balik penajaan kami daripada pasukan Lotus Racing.”
Amaran mengejutkan daripada Nadzmi itu memberi tamparan hebat kepada Tony yang sebelum ini amat bersemangat mengembalikan kegemilangan Team Lotus selepas mendapat “hak” penggunaan jenama berkenaan sebaik membeli sebuah syarikat - Team Lotus Ventures – daripada Hunt. – Agensi
sumber : BHARIAN
Sian dia.. tergelincir sewaktu mengadakan konsert FORMULA 1 SINGTEL SINGAPORE Grand Prix ..
Ada yang kata dia mengandung waktu mengadakan konsert ni.. erk.. betul ke tak .. hehe.. tanya la dia sendiri yer..
Kalau nak tengok video yang dia tergelincir tu.. klik sini ..
Kesian kan ? hehehe... dah suruh bersara dah tu..
Maaf la yer .. aku mmg tak suka nak buat tutorial tapi ni adalah permintaan sahabat blogger .. Jadi , aku buat je la tutorial Auto post ni... yang tak tau nanti pon leh tau gak... kan ? Yang dah tau tu, alhamdulillah... nanti leh ajar kawan yang lain ek ..
Biasanya akan keluar rupa begini setelah klik NEW POST
Klik pada POST OPTION .. TARIKH dan MASA akan tertera disebelah kanan window..
Gambar 3
Masukkan TARIKH serta MASA yang ingin anda paparkan entri anda itu .. Kemudian klik PUBLISH NOW .. Mudah bukan ? hehehe...