Serius .. aku naik menyampah dah dengan isu tak sedar diri ni ! Kalau rasa rasa tak suka , sila tengok kat sehelai kertas mahal harganya tu .. Dia tulis apa kat situ ???
Haaa.. tau ponn .. Kalau tak suka duduk kat rumah ni , g balik umah asal ! Senang cerita .. Ni tak sedar dek untung .. Dah la duduk dalam rumah ni , nasib terbela ! Cuba g balik umah asal tu haaa... silap silap nak dapat air suam pon susah ! Caittt ..
Skang ni ... dah bagi kongsi satu rumah ... banyak bunyi pulakk ... nak mintak share jugak ..Piirraahhh... Apa yang korang sumbang ?? Baru bagi duit berapa sen dah bunyi konon dirikan tiang rumah ! Huh .. sedar la woiii ... Aku yang sealiran dengan tuan rumah pon tak de hak nak tuntut apatah lagi korang tu ha..
Boleh tak duduk diam diam .. G kerja .. balik kerja.. cukup masa .. raya .. Makan cukup .. pakai cukup .. hidup pun aman .. Ok ??? Boring siut jenis tak sedar diri ... G bukak balik buku sejarah tu haa... kaji dalam dalam dan bersyukur .. ada gak tempat berlindung yang aman dan damai .. Mau bikin huru hara , sila balik kampung !!!! Bukan di sini yer ...
Cayalah Datuk Nicol !! Hehehe .. Sayang dia bukan sebab apa .. sbb dia harumkan nama negara di puncak dunia .. Dia habiskan usia muda dia dengan bidang yang dia sukai ..
Entah akan ada lagi NICOL selepas ini atau tidak , kita tak pasti .. Yang kita pasti , susah nak jumpa atlit yang benar benar komited dan konsisten macam dia ni ..
Tengok la fizikal dia .. mantap.. lelaki pon kalah woo...
Tahniah Datuk Nicol kerana berjaya menjadikan mimpi satu kenyataan .. EMAS pertama sukan Komanwel dan ini seolah olah melengkapkan GRAND SLAM dalam dunia Skuasy..
Maka dengan ini ... taraaaa ... dia akan dapat RM80 ribu dari kerajaan menerusi skim insentif atlet kebangsaan .. Layak !!! hahahhah... ( BHARIAN )
Ni baru patut terpahat dalam muzium JASAMU DIKENANG .. Tak sia sia ada title DATUK di usia muda ..
Teruskan usahamu ... Latihlah anak bangsa yang berminat dalam bidang ini agar legasi Malaysia di puncak dunia diteruskan !
Kesiannya ... tak tau nak cakap apa .. berkerut dahi terkelu lidah bila aku membacanya .
BACHOK: “Saya melihat anak sulung dan bongsu kami sedang terkapai-kapai seolah-olah sedang lemas menyebabkan suami terus berlari ke dalam air untuk menyelamatkan mereka.
“Bagaimanapun, tiba-tiba ombak besar datang dan menghanyutkan mereka,” kata Zainab Awang, 37, mengenai kejadian suaminya, Noordad Mohd Noor, 51, dan dua anak mereka, Fadilah Aisyah, 11, Mohd Nor Haziq Aiman, 6, hilang ditelan ombak ketika berkelah di Pantai Kemasin di sini, petang semalam.
Zainab berkata, ketika kejadian, anak keduanya, Noradawiyah, 8, sedang berenang di tepi pantai menyebabkan dia terus menarik anaknya itu untuk mengelak perkara buruk berlaku.
“Saya berjaya menariknya kerana dia dekat dengan pantai. Saya hanya mampu melihat kedua-dua anak yang terkapai-kapai itu dari jauh sebelum mereka dan suami hilang sekelip mata,” katanya.
Ketika kejadian kira-kira jam 4.30 petang, dia dan suami berada di tepi pantai sambil mengawasi anak mereka, sedang mandi di pantai berkenaan.
Tidak lama kemudian, mereka melihat Fadilah Aisyah dan Mohd Nor Haziq terkapai-kapai meminta tolong di laut sebelum anak bongsunya hilang daripada penglihatan.
Menurut Zainab, suaminya yang panik terus meluru ke arah Fadilah Aisyah yang berada agak jauh dari tepi pantai.
Katanya, sebaik Nordad tiba di tempat anaknya, dia melihat arus deras datang secara tiba-tiba lalu menghanyutkan dua ahli keluarganya itu.
“Kami sekeluarga ke pantai ini untuk berkelah bersama ahli keluarga lain dan sampai kira-kira jam 2 petang.
“Semua anak saya bersama tiga lagi saudara mereka terus ke pantai untuk mandi sebelum menjamah makanan. Kemudian, sekali lagi mereka ke pantai untuk mandi sebelum berlakunya kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Yuzaini Ahmad Kamil berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 4.37 petang dan tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian.
Katanya, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota skuad skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.
“Pada jam 5.52 petang, pasukan penyelamat hanya berjaya menemui seorang mangsa, iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Fadilah Aisyah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga jam 7 malam semalam, dua lagi mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari akan diteruskan hari ini.
sumber : Hmetro
Memalam gini , layan cerita jiwang ...boring .. huhu.. cerita hantu ?? hehe... susah dah nak dapat cerita antu yang benar benar boleh meremangkan bulu roma ...
Skang aku dok layan cerita PULSE 2 .. aku tak pernah tengok cerita ni .. kalau ada 2 mesti ada 1 kan ? Camana cerita ni ? Nampak mengarut tapi boleh la gak meremangkan bulu roma aku nih .. Kira kalau nak g toilet tu , kena tunggu esok gak la .. huhu ..
Nape aku tak tidur lagi eh ? Hurm.. tu la..aku pon dok pk kenala tak tidur je ... hahaha .. tah .. malas lagi ..esok kan cuti maka aku nak 'enjoy' dengan menghabiskan malam aku ni mencari idea idea untuk blog esok ...
Hehe.. insyaAllah ... kerja keras diperlukan dan kena kreatif.. kan ? hehehe...
Pada yang berminat / tercari cari pekerjaan (sambilan yer ) , sila hantarkan resume anda , segera !!
Kelayakan : Diploma
Waktu kerja : Waktu pejabat ler
Lokasi : Menara Dato' Onn , PWTC .. sudah semestinya di KL
Jika berminat , sila email resume dengan kadar segera ke nursoleha@motour.gov.my
Terima kasih ... psst.. yang dapat nanti , jgn lupa banje eh... hehehe.. roti bakar ngan air kosong je.. hahaha..
Anda blogger baru ? Berminat nak berada dalam bloglist di blog ini ?
Syaratnya .. mudah saja .. Sila buat satu entri .. letak
Tarikh tutup ?? Hari ini .. sebelum 12 tengah malam (09/10/2010) ..
Yang penting , blog mesti aktif !!! Setiap hari mesti ada entri ... Wajib ada yer..
Blog list akan kekal sehingga hujung tahun ..
Haih... tarik nafas panjang aku ... nak tunggu 'dia' jelma , bermacam macam pengalaman kehidupan perlu aku lalui .. Tapi bila dia sampai , kejap pulak dia tinggalkan aku .. adeh.. nak tunggu lagi , bukannya kejap... lama woo ...
Tapi tak mengapa.. kali ni dia jelma lagi .. aku dah plan nak buat dengan baik .. jangan persiakannya ... aku nak gunakan dengan penuh bijaksana dan bermakna ...
SABTU OH SABTU ... Aku menunggumu setiap minggu ... huk huk..
Satu hari di hari raya .. di rumah kawan yang mana makanan yang dia hidang sedap sedap belaka .. hehe
Ali : Tapau pon sodap ni !
Abu : Kau nak ke ? Aku cakap kat makcik tu eh ?
Ali : Kau jgn bagi malu aku .. aku memain je ni..
Abu : Ler .. ingat tadi nak sangat ..
Ali : Giler ke apa .. ingat leh main tapau tapau ke ?? Aadehh ..
Abu : Hehe.. mana la tau .. kot nak bagi kat jiran sebelah .. hehe
Tiba tiba tuan rumah datang menyapa diorng .. berborak la kejap .. Dalam dok rancak berborak , Abu potong perbualan tu ..
Abu : Encik Ahmad .. Si Ali ni nak tapau satay ni skit .. boleh ?
Ahmad : Eh .. boleh .. sekejap yer .. saya cari plastik ..
Ali : Erkk.... (dalam hati ... balik ni siap kau !!! )
BA : Hehe.. bila g open house .. mulut kena jaga .. kawan kawan leh buat dajal wooo ... malu kita dengan tuan rumah .. hahaa...
Item: Deep-Nourishing Body Lotion
Scent: Cocoa Butter
Price: RM40.00
Item: Ultra-Moisturizing Hand & Body Cream 200 ml
Scent: Amber Romance Midnight
{Forbidden Nectar & Sensual Musk}
Price: RM38.00
Item: Ultra-Moisturizing Hand & Body Cream 200 ml
Scent: Pure Seduction Midnight
{Tempting Berry & Sultry Woods}
Price: RM38.00
dan banyak lagi di ... sini
KOTA KINABALU: Seorang gadis berusia 14 tahun ditemui mati dengan sekurang-kurangnya lima kesan tikaman menggunakan tiga senjata tajam berbeza dalam kejadian pembunuhan kejam di Kampung Biah, Keningau, kelmarin.
Selain kesan tikaman, terdapat satu kesan luka besar pada perut mangsa yang ditemui terbaring berlumuran darah di rumahnya dipercayai dirobek dengan senjata tajam oleh penyerangnya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu.
Difahamkan, mangsa, Nassirah Jasto yang tidak bersekolah dan tinggal bersendirian di rumahnya ketika kejadian kerana ibunya keluar mengambil adiknya di sekolah kira-kira jam 12 tengah hari, manakala bapanya bekerja di sebuah kilang papan di Keningau.
Bagaimanapun, sekembalinya ibu mangsa yang berusia 30-an ke rumah kira-kira setengah jam kemudian dia mendapati anak gadisnya itu terlentang di dapur dengan keadaan berlumuran darah.
Wanita berkenaan kemudian berlari keluar rumah dalam keadaan panik untuk meminta tolong daripada jirannya supaya memaklumkan kejadian berkenaan kepada suaminya sebelum menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan anggota polis dikejarkan ke rumah mangsa untuk siasatan lanjut.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis menemui remaja perempuan itu terlentang dengan satu kesan tikaman besar menggunakan senjata tajam dipercayai parang di perut mangsa, manakala beberapa kesan tikaman lain di badan dipercayai menggunakan gunting dan pisau.
“Mangsa ditemui lengkap memakai seluar serta kemeja dan sepasukan anggota unit forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Zahari berkata, hasil siasatan awal pihaknya menemui beberapa senjata yang digunakan suspek iaitu sebilah parang, pisau dan gunting di tepi mayat mangsa.
“Selepas beberapa jam menjalankan siasatan, kami menahan seorang lelaki berusia 37 tahun pada kira-kira jam 5 petang pada hari sama dipercayai dapat membantu siasatan lanjut.
“Suspek yang juga jiran mangsa ditahan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dan polis sudah mendapat perintah reman untuk menahannya bagi membantu siasatan,” katanya.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, polis menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana keadaan rumahnya menunjukkan tiada kesan diusik dan semua dalam keadaan baik.
“Hasil siasatan awal juga pihak polis percayai pembunuhan itu bermotifkan dendam atau cemburu. Bagaimanapun kami masih menjalankan siasatan,” katanya.
Zahari berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis Keningau di talian 087-332222 bagi membantu siasatan.
sumber : Hmetro
Argh... tensen .. nak kata aku bodoh ..tak jugak ... ada gak kelayakkan... tapi nape susah sangat nak dapat kerja ?? Takde rezeki lagi ? Mungkin la kan atau aku belum ada pengalaman ?
Pengalaman ? Camana nak ada pengalaman sedangkan nak dapat kerja pon susah ! Haih ... Jiran aku yang takat SPM pon dah kerja lama .. tu pon bapak dia tolong ...
Bapak dia tolong ? Erk... ini bermakna , kena ada kabel la lak kalau kerja ni ? Adoi.. bapak aku bukan kenal sapa sapa pon .. dia sendiri pon sekadar bisnis sendiri.. Camana tu ?
Gunakan kuasa orang besar ? Patut ke ?? Nanti orang yang lebih layak dari aku , tak dapat .. kira aku dah 'amik' bahagian dia lak .. Kesian kat dia ..
Abis tu camana ? Guna kabel pon susah .. tak guna pon susah .. Harapkan isi melalui online ? Hurm... entah la...
Belum rezeki la tu kan ? Atau .. gunakan ilmu yang ada tu , buat perniagaan sendiri.. sekarang ni , $$ depan mata je.. jgn dok harap kerja ngan orang je .. kan ? Lebih best.. sendiri bos sendiri kuli... Tak buat kerja , sendiri rugi.. hehehe...
Dah macam satu kebiasaan di Malaysia ni kan .. asal kacak / cantik je mesti popular ... tak kira apa jua profesion dia ...
Cuba perhatikan betul betul .. berapa ramai yang berbakat tapi takde la cun / hensem sangat .. apa jadi dengan mereka ? Walaupun mereka lebih layak dari yang cun / kacak tu tapi 'kita' tetap memilih yang kacak / cun .. kan ?
Kenapa ini terjadi ? Cuba imbas kembali .. yg mana mereka yang lebih berbakat ini , tidak kemana mana .. Tenggelam disebalik mereka yang kacak / cun tapi .... hehe..
Kan ?
Wat a day .. permulaan hari yang lembab bagi aku .. tiada mood walaupun hari ni ada dua open house .. Waahh... pada yang berminat nak makan free tu , meh la ke PWTC .. PEMUDA N WANITA UMNO ada buat rumah terbuka... save duit .. hehehe..
Satu lagi di Putrajaya.. hurm.. ni yang aku rasa macam malas je nak g... sbb aku nak balik cheras.. kalau dah ke putrajaya , nanti nak patah balik ke cheras..buang masa jer ..
Malas nak bercerita tentang dunia .. aku dan dunia sama jer ..takde beza .. bezanya .. aku tak nak masuk dalam muka depan suratkhabar .. hehe.. faham faham je la ..