Aku bukan nak tegur apatah lagi nak mengajar .. sapa la aku kan ?? Isu aku yang ni yg terang terang aku nampak sendiri di Alamanda tadi .. Hurm.. Apakah ?
Ni isu basi yang mana ramai orang muak dah nak baca .. tapi tak kisahlah .. nak baca atau tidak , hak masing masing ..cuma aku nak mereka yang sudi membaca ni , jika terkena kat batang hidung sendiri maka aku nak mereka berfikir .. untuk kebaikan bersama ..
Pakaian anak dara sekarang ini .. Ramai tau fesyen skang ni fesyen ketat ketat .. Salah ke ?? Tak boleh ke ?? Aku rasa , yang pakai tu sendiri dh sedia maklum .. aku bukan nak persoalkan tu dah .. masing masing dah besar panjang ..dah tau hukum hakam.. dah tau wujud syurga neraka ... dah tau balasan di akhirat nanti .. Cuma aku nak tanya 'bala' yang mereka undang di dunia ini ..
gambar hiasan - mediahangat
Tengok gambar pon dah tau kan ?? Bayangkan korang (perempuan) pakai gini ke hulu ke hilir .. Adoiii... free je ni dok tayang kat lelaki tanpa kira bangsa dan umur ..
Soalan aku ialah ... pakwe korang tak kisah ke ?? Kalau diorng tak kisah , meh aku bagitau .. korang jadi 'bahan' cuci mata diorng jer .. Nak wat bini ?? Diorng pasti akan pk balik .. Kalau diorng amik jadi isteri , korang patut bersyukur sangat .. Kalau tak ??? Camana ? Tak kisah ? Kalau tak kisah , ok la kan .. aku nak kata apa.. dah diri sendiri tak kisah .. takkan aku lak nak amik kisah kan ? hehe.. sapa la aku .. Aku ingatkan jer...
Kedua , ibu bapa korang tak kisah ke ? Atau dah puas diorng cakap tapi korang tak nak dengar ? Erm... tak kesian ke ? Korang anak dara dia .. Ke hulu ke hilir yang korang bawak tu ialah maruah diorng .. Jangan lupa , nama korang tu masih berBINTIkan diorng .. Tak kisah gak ? Heheh.. ok la .. aku nak kata apa.. semua korang tak kisah ..kan kan ? Jangan sampai korang .. hurmm.. kena 'guna' dek jantan yang menjanjikan syurga dunia , dah la yer ..
Aku segan je skang ni .. nak pandang kiri kanan pon susah dah .. sana sini ketat .. haih ... Nak tengok perempuan ayu , cuma sehari .. erk.. dua hari setahun jer ... iaitu , pada HARI RAYA AIDILFITRI dan AIDILADHA jer .. tu jer ... lain ??? Sendiri tengok cermin je la yer ..
Akhir kata .. pada 10.10.10 ni , apa kata kita sama sama tengok cermin ... sedarkan diri kita sendiri .. harap harap , ada perubahan .. kita ni makin hari makin tua .. makin hampir dengan kematian .. kalau sempat tua la.. kalau tak ??