Kita tau sapa yang kita add dan kita accept.. tapi belum tentu lagi kita kenal hati budinya walaupun 10 tahun kita kenal.. Segalanya boleh berubah bila syaitan membisikkan hasutan yang menjanjikan 'syurga dunia' ..
Maka dengan itulah , hati hati .. kalau nak kutuk atau mengeji sekali pon , jangan sebut nama ... Boleh kena saman nanti ... Menjatuhkan maruah dan mengaibkan individu .. Kalau boleh , elakkan .. elakkan ..
Begitu juga dengan update status dengan memberitahu di mana anda berada .. Bagaimana jika anda ada 'peminat' hard core ?? Pasti dia akan mengikuti perkembangan semasa anda .. Bukankah itu mengundang kecelakaan kelak ?
Jangan dibuka segala cerita peribadi di dalam FACEBOOK .. kita tak tau sapa yang memerhatikan kita .. Jika nk dibuat jahat , sangat mudah sekali ..
Bagaimana jika mereka printscreen status anda ?? Dan dijadikan modal untuk memulakan kutuk mengutuk ??? Maka... berhati hatilah kita semua ...