Anak ikut je apa yang si ayah buat ... nak salah sapa ? Kalau ayah merokok , anak nak ikut gak .. kata dna milik ayah ? Yang ayah nak marah kenapa ? Kan ayah kan ?
Kalau minum arak ? Ehehe.. sendiri mau ingat la ayah .. hehe ..
Anak ikut je apa yang si ayah buat ... nak salah sapa ? Kalau ayah merokok , anak nak ikut gak .. kata dna milik ayah ? Yang ayah nak marah kenapa ? Kan ayah kan ?
Kalau minum arak ? Ehehe.. sendiri mau ingat la ayah .. hehe ..
Hahahaha... aku tak sangka .. camana laaaaa aku leh terkantoi.. dalam dok jaga jaga tu , leh terkantoi... tapi tak pe , terkantoi aku ini membawa seribu makna buat yang mengantoi aku ni.. hahaha
Buat bro Ezzu , good luck ! Blog ni mmg serius boleh g jauh ... Bukan sekadar cerita kosong ...
Ok.. kalau nak tau apa kes sebenarnya , jom g baca sendiri > EZZU
Haaa.. macam tak percaya dia yer ... rasanya kenapa muka dua dua tu cam tu ek ? Mesti ada sesuatu tu ! Rasanya ???
Jatuh hati walaupun dah berpunya ? Wow .. menarik nih !
Korang penah jatuh hati tak dengan seseorang yang korang minat dalam diam tapi pada masa yang sama , korang dah berpunya .. samada dah terikat , diikat atau mengikat ...
Dimana dan bila ? Masa belajar ... di tempat kerja .. internet .. Semua itu boleh menjadi punca kepada kecurangan secara tidak langsung .. Mungkin kita akan anggap , sekadar menghiburkan hati .. atau cuci mata .. atau paling tidak , berkawan .. Persoalannya , adakah teman anda itu tahu ??
Bermula dari situ nanti , kita akan mula beza membezakan antara dia , dan pasangan kita .. Dan kita akan ternampak perbezaan .. Samada yang baik atau tidak .. Apakah yang akan berlaku kelak ?
Jika berlaku perselisihan faham dengan pasangan kita , kita akan ambil mudah .. malas nak layan ! Kenapa ? Kita akan mengalihkan 'pandangan' kita pada orang yang kita minat secara diam tu ... Masalah utama tak selesai tapi mengundang masalah kedua yang bakal menjadi masalah besar kelak !
Bagaimana jika mula berkenalan ? Dah mula berbual ? Aku amik contoh jika masih belajar atau bekerja di satu pejabat .. Berkawan .. keluar sama sama.. tapi dalam hati ada perasaan ..mungkin suka , tergoda mahupun tertarik .. Bila dah 'bersama' senantiasa , ibarat sudah dapat lampu hijau .. Kan ?
Maka hati akan mula berbelah bagi .. Si dia , kekasih lama.. dah bertahun .. Dan si dia pula memiliki personaliti yang menarik hati.. Jiwa dah mula kacau ..Bayangan kekasih dah mula pudar.. diganti dek si dia yang baru muncul ..
Hurm... bagaimana ? Apa yang patut dibuat ? Cari pasal dengan kekasih dengan harapan dia akan putuskan hubungan dan dengan itu segala kesalahan bukan di kepala anda ? Bijak bukan ? Anda tidak perlu rasa bersalah sangat sebab bukan anda yang minta hubungan diputuskan dan yang pasti , anda sudah ada pengganti ..
Bagaimana jika , si dia yang baru anda kenali tu rupa rupanya menganggap anda sebagai kawan biasa ? Atau sekadar menjadikan anda tempat menghabiskan masa saja ? Yang dikendong dah tercicir.. yang dikejar ???
Hurm.. sungguhpon kalau si dia tu nak menjalinkan hubungan dengan anda , fikirkan .. jika dia mampu buat demikian dengan kekasihnya .. bayangkan jika dia sambung belajar atau bekerja di tempat lain nanti ? Begitu mudah hatinya berubah .. itukah kekasih yang nk dijadikan pasangan hidup ???
Ok.. bagaimana nak hindari ? Elak dari menghabiskan masa bersama .. Cukuplah bertegur sapa .. Jangan cerita masalah peribadi .. Dan paling penting , senantiasalah ingat kenangan terindah bersama .. Terpenting sekali , senantiasa menadah tangan , berdoa agar Allah memberikan yang terbaik buat anda ..
Ingat , yang di depan mata belum tentu terbaik dan yang didalam hati belum tentu cinta abadi ...
Apa itu blogger otai ? Adakah otai ni mahir dalam segala selok belok dunia blog ? Atau blogger otai ini dikira sebagai blogger lama ? Berapakah usia sesuatu blog untuk dinaiktarafkan menjadi otai ?
Huhu.. korang tanya aku ? Aku blogger otai ? Blogger femes ? Oh tidak... tidak tidak tidak ... Otai tidak , femes jauh sekali .. Disebabkan terdapat jurang yang dicipta oleh seseorang maka terdapat ramai blogger blogger yang baru timbul segan untuk bergaul dengan blogger blogger lama .. Maka mereka hanya sekadar bermain tepi tepian je , cam aku ... hehe..
Masakan tidak , ada blogger blogger baru yang sering bertanyakan soalan soalan yang agak mudah tapi tidak dijawab oleh blogger yang dah teror .. Teror wooo ... Tak pe...
Buat mereka yang sering tertanya tanya begitu begini berkenaan blog ni , aku nasihatkan .. gunakan enjin pencari terkenal di dunia ..GOOGLE .. laman webnya ialah www.google.com .. hehe ..
Cari je apa pun yang korang tak faham tentang dunia blog .. Aku pasti korang akan jumpa ! Ramai dah aku nampak blogger blogger buat tutorial dari masalah masalah yang timbul berkenaan dengan blog ..
Apa yg pasti , banyak blogger blogger lama ni , kurang nak menjawab soalan yang sepatutnya boleh dijumpai dalam internet ini . Mungkin dia bz atau mungkin dia malas? Wallahualam.. Harapnya dia bz la .. takkan blogger lama malas , kan ?
Buat blogger blogger yang baru timbul ni , jangan segan segan dengan semua blogger lama .. Aku pasti mereka mereka ini amat mesra orangnya .. Cuma mungkin sibuk barangkali .. Kena fikir positif.. kan ?
Buat blogger lama , kesudian anda melayan persoalan blogger blogger baru ( seperti saya ini ) , amatlah dihargai sangat sangat sangat ...
Kita musnahkan jurang pemisah ini tapi jgnlah lupa , respek perlu ada antara satu sama lain .. Biar dunia blogging ini dipandang tinggi ! Kita bukakan mata mereka yang pandang rendah dunia blog ini..
Kalau bukan kita yang menjaga 'maruah' dunia blog ini , sapa lagi ???
Ni gambar blogger blogger luar negara -bugblogger.com
Rasanya la kan .. kalau kita dikumpulkan mengikut karektor blog masing masing la kan , mana satu anda ???
Aku ?? Erk...Yang berkaca mata hitam tu kot ... hahahaha...
Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Cukup besar tak gambar ni ? hehehe...
KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
BA: Makin kerap kempen dibuat , makin ramai pula hilang nyawa..Salah siapakah ? Manusia atau makhluk halus ???
Aku nak amik kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Kenny Rogers Alamanda kerana layanan yang tidak berbelah bagi walaupun dah nak tutup .. Senyuman tetap diberikan tanpa rasa jemu .. Begitu juga ucapan terima kasih yang tidak lekang dari bibir mereka ..
Dan buat kakitangan Pejabat Pos PWTC , sememangnya dari dulu , mereka senantiasa memberi layanan yang terbaik pada pelanggan mereka.. Tidak pernah sekali aku dgr mereka meninggikan suara ketika beurusan dengan pelanggan.. Malah barang aku yang tertinggal di situ pun mereka menyimpan dan memulangkannya tanpa banyak soal apabila aku menanyakan kepada salah seorang kakitangan pejabat pos tersebut... Azira namanya .. Terima kasih ..
Teruskan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan anda !!!
gambar dari SUARAPEOPLE
Aku dah pesan kan ? Haa.. tgk la contoh ni.. Maaf yer.. ni bukan hasil kerja aku .. Tapi kerana FACEBOOK , badan binasa .. sah sah polis akan cari nanti jika ada orang buat laporan polis .. Adeh...Irwan Carjunk oh Irwan Carjunk ..
Apa yang aku pesan ??? Baca kat sini haa... > LINK