Hurm .. jauh perjalanan esok pagi ni ... Lepas subuh nak bertolak dah .. Rasanya tak banyak kereta esok ..
Perancangan semalam di Kelantan , pastu ke Kuala Terengganu .. nak antar mertua ke airport sana .. diorng nak g mekah ..
Dari situ lak , nak turun ke KL balik .. hurm... mungkin nak singgah kat Cherating ? Hehehe.. tidur sana ? Kalau penat , mungkin berenti berehat kat sana ..
Perancangan sebelum tu , nak singgah rumah blogger masakan popular .. hehe.. Kak Nor Secubit Garam .. ahaks .. InsyaAllah .. semua ni perancangan .. Selagi tak sampai sana , selagi itu dinamakan merancang ..
Kalau ada rezeki , insyaAllah .. Yang pasti , mmg akan memenatkan .. huhu.. doakan kitorang selamat pergi dan balik yer... terima kasih ..
Erk.. ada sapa sapa yang bakal antar ahli keluarga g haji gak ke Sabtu ni di area Kuala Terengganu nanti ?? hehehe.. kot nanti tersua.. mana tau .. kan kan ?
LONDON: Seorang remaja Afghanistan yang cacat pada mukanya selepas dikelar oleh suami tersenyum lebar ketika menunjukkan hidung palsu barunya untuk kali pertama, semalam.
Aisha, 19, memeranjatkan masyarakat dunia apabila muncul kali pertama di muka depan majalah Time tanpa hidung, Ogos lalu.
Semalam, dia dengan berani muncul di depan khalayak ramai dengan memakai hidung palsu, sesuatu yang memberikan idea kepadanya mengenai bagaimana dia akan kelihatan selepas menjalani pembedahan.
Dia muncul depan kamera televisyen untuk menerima anugerah Enduring Heart di satu majlis untuk Yayasan Grosman Burn, sebuah pertubuhan yang berpusat di Los Angeles yang membiayai pembedahannya.
Aisha menerima anugerah itu daripada isteri Gabenor California, Maria Shriver.
Ketika berusia 12 tahun, bapa Aisha mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang didakwa pejuang Taliban, kononnya sebagai membayar hutang.
Dia diserahkan kepada keluarga lelaki itu yang kemudian menderanya dan memaksanya tidur di kandang haiwan.
Apabila cuba melarikan diri, dia ditangkap dan hidung dan telinganya dipotong oleh suaminya sebagai hukuman.
“Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, saya pengsan. Pada tengah malam, saya terasa air sejuk mengalir dalam hidung saya.
“Saya langsung tidak dapat melihat kerana dilitupi darah,” katanya kepada wartawan CNN, Atia Abawi. Dia dibiarkan di kawasan pergunungan tetapi berjaya merangkak hingga ke kediaman datuknya.
Bapanya berjaya menghantarnya ke pusat perubatan yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat, tempat dia dirawat selama 10 minggu.
Mereka kemudian menghantarnya ke sebuah pusat perlindungan rahsia di Kabul dan dihantar ke Amerika Syarikat Ogos lalu. - Agensi
sumber : HMETRO
Atau malu nak dikenali sebagai blogger tegar ? Hurmm ...
Pendapat aku ? Hehehe.. ni sekadar pendapat aku jer .. G tengok kat Utusan Online , Bharian Online , Hmetro atau BERNAMA .. Nak tengok apa ? Heheh.. Senantiasa diupdate dengan berita berita terkini .. kan ?
Berbeza dengan blog ? Dari segi apa ? Kalau mengarut tak tentu arah .. cerita tah apa apa , mungkin la .. tapi kena tau .. kalau blog tu cerita tah hapa hapa apatah lagi tiada info , adakah blog itu dikenali ramai atau senantiasa ada pengunjung ?
Laaa.. nak cerita apa ? Buntu ? Hurm... Apa saja yang kita nampak , kita boleh cerita .. Kena kreatif.. jadikan ianya satu cerita yang menarik dan penuh infomasi..
Aku sekarang ni , di station ERL Bandar Tasik Selatan .. Dengan selamba dan tanpa malu , aku keluarkan laptop dan terus update.. Kenapa ? Dah tiba tiba idea datang gitu .. Takkan nak dibuang je kan ?
Idea apa yang aku dapat kat sini tadi ? Tengok tajuk balik .. Blog senantiasa perlu disegarkan ... Barulah ramai blogger nak letak kita dalam bloglist mereka .. Takkan mereka nak letak blog yang seminggu sekali update ? Adaaa.. sapa kata takde ? Blog tu sememangnya dah cipta nama .. Dengan satu update yang panjang berjela , penuh info , menarik , sudah pastinya menjadi tarikan ..
Cukupkah kah satu entri seminggu atau sehari ? Berapa banyakkah entri yang anda ada ? Mampukah entri entri itu menghasilkan trafik walaupun sudah berhari hari lamanya tersimpan ?
Hurm.. entri entri lama mampu menghasilkan trafik jika kena gaya.. Keyword @ SEO .. sebab itulah , blogger blogger baru kena rajin mengemaskin blognya dengan cerita cerita terkini dan berinfomasi.. Walaupun secubit garam dah cukup meninggalkan kesan buat pembaca ..
Tak perlu mengarut .. Blogger adalah mereka yang bijak berfikir .. Dan sudah pastinya , anda tergolong diantara mereka itu .. Ala , zaman sekolah dulu boleh buat karangan berdasarkan tajuk jer .. Siap ada karangan bergambar lagi.. takkan tak mampu nak menghasilkan sebuah cerita ringkas berdasarkan pemerhatian anda ??
Yang penting ... jgn mengarut .. ! Biar ringkas tapi padat .. jgn terlalu menghuraikan panjang lebar.. boring nanti pembaca ... ;)
Selamat berblog ... ahaks..
Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Cukup besar tak gambar ni ? hehehe...
BA : Malam nanti tau eh keputusan.. cepat cepat !
Anak ikut je apa yang si ayah buat ... nak salah sapa ? Kalau ayah merokok , anak nak ikut gak .. kata dna milik ayah ? Yang ayah nak marah kenapa ? Kan ayah kan ?
Kalau minum arak ? Ehehe.. sendiri mau ingat la ayah .. hehe ..
Hahahaha... aku tak sangka .. camana laaaaa aku leh terkantoi.. dalam dok jaga jaga tu , leh terkantoi... tapi tak pe , terkantoi aku ini membawa seribu makna buat yang mengantoi aku ni.. hahaha
Buat bro Ezzu , good luck ! Blog ni mmg serius boleh g jauh ... Bukan sekadar cerita kosong ...
Ok.. kalau nak tau apa kes sebenarnya , jom g baca sendiri > EZZU
Haaa.. macam tak percaya dia yer ... rasanya kenapa muka dua dua tu cam tu ek ? Mesti ada sesuatu tu ! Rasanya ???
Jatuh hati walaupun dah berpunya ? Wow .. menarik nih !
Korang penah jatuh hati tak dengan seseorang yang korang minat dalam diam tapi pada masa yang sama , korang dah berpunya .. samada dah terikat , diikat atau mengikat ...
Dimana dan bila ? Masa belajar ... di tempat kerja .. internet .. Semua itu boleh menjadi punca kepada kecurangan secara tidak langsung .. Mungkin kita akan anggap , sekadar menghiburkan hati .. atau cuci mata .. atau paling tidak , berkawan .. Persoalannya , adakah teman anda itu tahu ??
Bermula dari situ nanti , kita akan mula beza membezakan antara dia , dan pasangan kita .. Dan kita akan ternampak perbezaan .. Samada yang baik atau tidak .. Apakah yang akan berlaku kelak ?
Jika berlaku perselisihan faham dengan pasangan kita , kita akan ambil mudah .. malas nak layan ! Kenapa ? Kita akan mengalihkan 'pandangan' kita pada orang yang kita minat secara diam tu ... Masalah utama tak selesai tapi mengundang masalah kedua yang bakal menjadi masalah besar kelak !
Bagaimana jika mula berkenalan ? Dah mula berbual ? Aku amik contoh jika masih belajar atau bekerja di satu pejabat .. Berkawan .. keluar sama sama.. tapi dalam hati ada perasaan ..mungkin suka , tergoda mahupun tertarik .. Bila dah 'bersama' senantiasa , ibarat sudah dapat lampu hijau .. Kan ?
Maka hati akan mula berbelah bagi .. Si dia , kekasih lama.. dah bertahun .. Dan si dia pula memiliki personaliti yang menarik hati.. Jiwa dah mula kacau ..Bayangan kekasih dah mula pudar.. diganti dek si dia yang baru muncul ..
Hurm... bagaimana ? Apa yang patut dibuat ? Cari pasal dengan kekasih dengan harapan dia akan putuskan hubungan dan dengan itu segala kesalahan bukan di kepala anda ? Bijak bukan ? Anda tidak perlu rasa bersalah sangat sebab bukan anda yang minta hubungan diputuskan dan yang pasti , anda sudah ada pengganti ..
Bagaimana jika , si dia yang baru anda kenali tu rupa rupanya menganggap anda sebagai kawan biasa ? Atau sekadar menjadikan anda tempat menghabiskan masa saja ? Yang dikendong dah tercicir.. yang dikejar ???
Hurm.. sungguhpon kalau si dia tu nak menjalinkan hubungan dengan anda , fikirkan .. jika dia mampu buat demikian dengan kekasihnya .. bayangkan jika dia sambung belajar atau bekerja di tempat lain nanti ? Begitu mudah hatinya berubah .. itukah kekasih yang nk dijadikan pasangan hidup ???
Ok.. bagaimana nak hindari ? Elak dari menghabiskan masa bersama .. Cukuplah bertegur sapa .. Jangan cerita masalah peribadi .. Dan paling penting , senantiasalah ingat kenangan terindah bersama .. Terpenting sekali , senantiasa menadah tangan , berdoa agar Allah memberikan yang terbaik buat anda ..
Ingat , yang di depan mata belum tentu terbaik dan yang didalam hati belum tentu cinta abadi ...