Dah bagi peha , nak betis lak .. huhu.. Bagi aku la kan , kerajaan dah bermurah hati nak bagi bantuan khas sebanyak RM500 , tu dah kira cukup baik dari takde langsung ..
Syukur , alhamdulillah .. walaupun kecil jumlahnya tapi semua rasa .. Seperti yang PM kata , jika diberi bonus sebulan gaji , ianya melibatkan wang sejumlah RM3.1 billion .. Bukan satu jumlah yang kecil..
Macam macam dah kerajaaan bagi untuk penjawat awam di Malaysia ni .. Buat masa sekarang ni mungkin kerajaan nak guna banyak wang bagi membangunkan semula ekonomi negara .. Dan jangan lupa , pilihanraya yang akan datang..
Buat semua penjawat awam , sama sama kita menadah tangan besyukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana PM sudi memberi bantuan kewangan khas pada pada kita semua ..
Kerajaan tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan: Najib
KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak.
selanjutnya > sini