Kecewa dengan sikap orang melayu yang pandai mencari alasan dari membaiki atau memberi cadangan untuk mempertingkatkannya lagi ..
Apa yang biasanya kita nampak , buruk buruk buruk buruk .. Katakan la skang ni kewujudan kereta dan kapal terbang masih tiada.. Datang seorang hamba Allah , kata nak cipta kereta .. Sudah pastinya akan ramai membangkang ! Akan katalah ramai akan mati eksiden .. pelbagai alasan akan diberikan ..
Persoalannya , kenapa asik nak tengok buruk je ??? Sedangkan kebaikkannya terlalu banyak ??
Seperti kamera .. ramai akan kata , nanti akan disalahguna .. Amik gambar bogel sana sini .. Yang salah tu , kamera ke orang ? Kalau digunakan dengan sebenarnya , ada otak , ada akal , nak ke buat menda tu semua ? Amik la gambar yang sepatutnya diambil !
Internet .. ramai kata mendatangkan keburukan dari kebaikkan .. Sapa yang bersalah ? Orang yang takde akal yang salah guna atau terlalu bijak menyalahgunakan ? Segalanya datang niat diri sendiri ..
Macam macam la orang kita ni .. buat la camana pon .. Semua tak puashati.. Skang ni mmg tak puashati.. Cuba la sendiri berkuasa ! Aku pasti , dia sendiri ternganga .. Datang saudara mara , jiran tetangga mintak tolong , nak jawab pe ? Sila isi borang dan tunggu ????