" xtaw nk komen apa..tengok je lah...berhati hati di jalan raya yeaa..ingat orang yang tersayang "
cerita sebenar di sini ..
" xtaw nk komen apa..tengok je lah...berhati hati di jalan raya yeaa..ingat orang yang tersayang "
cerita sebenar di sini ..
Pastinya malam ni keghairahan Piala Malaysia sampai ke kemuncaknya. Perlawanan separuh akhir biasanya menjadi lebih menarik dari perlawanan akhir ... Kenapa ? Hehe.. dapat masuk final tu lebih teruja dari beraksi di final sbb masing masing bertarung untuk mendapatkan tiket ke perlawanan akhir yang pastinya menyediakan 2 pasukan saja.. hehe... mana boleh lebih kan ? hehe..
Tapi ... aku tak tengok pon .. Kenapa ? sbb takde pasukan aku ke ? Erk.. aku sokong sapa eh ??? Sokong negeri kelahiran aku ? Patutkah aku sokong negeri kelahiran aku walaupun aku tak minat langsung pasukan kelahiran aku ? huhu..
Sebenarnyakan ... bagi aku la .. sudah tiba masanya setiap pasukan negeri menjadi kelab profesional sepenuhnya .. Bukan lagi ada mengikut negeri .. Kata 1MALAYSIA ? Kalau dah mengikut negeri , sudah tentu semangat kenegerian tu kuat bukan ?
Disebabkan itulah , berlakunya pergaduhan antara peminat sbb berlaku ejek mengejek padahal dalam MYKAD masing masing tertera , MELAYU dan WARGANEGARA .. dan paling ketara ISLAM .. tapi bergaduh sesama saudara ? Apa kes ?? Pasal bola ? Pasal negeri ? Adeh.. sedih arr..
Kalaulah tahap bolasepak kita ni di tahap dunia dan bergaduh kerananya , bolehlah dikatakan berbaloi.. tapi ?? Pelawanan Kelab dalam Asia Tenggara pon kucar kacir .. camana tu ?
Aku bukanlah tak menyokong atau takde semangat kesukanan tapi aku rasa sudah tiba masanya pihak terlibat dalam bolasepak negara ini benar benar menjadikannya 1MALAYSIA dan bukan lagi mengikut negeri negeri ...
Takkan tu je cara nak tarik penonton ke stadium ?? hurmm... Entah la..
Sekadar pendapat aku jer .. tak sokong mana mana pon.. nak lihat bolasepak kita maju dari yang sepatutnya.. Hari ni setapak ke depan.. esok ke belakang 2 langkah... bila nak maju dan terus maju ??
Memandangkan segmen mari berkenalan dengan blogger baru mendapat sambutan .. maka aku nak jadikannya lebih besar dan lebih menarik ..
Bagi mereka yang merasakan mereka blogger baru , bolehlah menyertainya .. Tujuannya adalah untuk menarik lebih ramai sahabat sahabat blogger baru untuk kita berkenalan ..
Jika berminat , caranya mudah saja.. Sila buat satu entri dan kandungan entri itu wajid ada ..
Tu je .. Selepas membuatnya , sila tinggalkan url entri anda itu di ruangan komen ini ... Mudah kan ? Ok.. jgn tunggu lagi .. Bila tiba masanya , aku akan terbitkan segalanya.. Cuma 'bila' , akan menjadi rahsia.. ;) .. yang pastinya sewaktu trafik tengah 'cun' .. InsyaAllah.. Terima kasih ..
Sapa sapa selalu g Alamanda , Putrajaya pasti tau akan kewujudan NOODLES STATION ... Aku antara yang gemar makan di sana dulu tapi .. tu dulu... skang?
Tadi aku g makan malam ngan wife kat situ .. Hurm.. masuk situ dalam kul 9 lebih malam.. Orang tak ramai pon dalam tu .. Mereka dah cam seolah dah mula mengemas gitu tapi belum menunjukkan tanda tanda nak tutup ..
Bayangkan restoran gitu , dipasang lagu ala ala orang muda ( hip hop ) yang sememangnya langsung tak sesuai di dengar memandangkan pengunjungnya bukanlah orang muda !
Tunggu makanan hampir 15 minit lamanya padahal bukan susah nak buat makanan yang diorder tu rasanya ... Bila sampai je makanan tu , main letak cam tu jer.. tak disusun sudu garpu langsung .. kira main letak je gitu ! Korang tau tak satu mee goreng yang diorder tu harganya hampir RM8 dan rasanya seperti maggie goreng tomyam RM.60 !!! Dalam menu tu baik punya susunan dia ..cantik je nampak.. tapi bila sampai atas meja , bersepah jer hiasannya .. hurm..
Aku punya lak ... tawar semacam .. haih.. tkde rasa langsung ... Makanan dah tawar .. dicampur dengan lagu yang menyakitkan telinga .. mmg menghilangkan selera langsung !! Aku segerakan makan aku ... bayar dan blah.. Harga ??? Tak berbaloi langsung .. RM21 lebih .. tapi kenyang ?? Aku g restoran mamak , tapau mee goreng ayam .. jauh sedap !
Layanan ??? Hancur lebur ... macam datang kutip hutang je kitorng ni .. Yelah , nak senyum ? Aisey... Penat ??? Jangan jadikan alasan sbb tu sememangnya dah jadi tanggungjawab.. Pelanggan membayar tunai dan bukannya murah !
Sesungguhnya NOODLE STATION telah tersenarai dalam blacklist restoran yang aku nak g .. termasuklah ANI SUP UTARA .. huhu.. tak berbaloi !!
Hurm .. ramai yg terasa blog mereka tak tersenarai ... Buat pengetahuan semua , senarai yang aku amik tu dari entri Projek Baekk untuk Blogger Baru dan juga Sapa blogger sedang berada luar negara ?
Maka yang tersenarai dalam tu je la aku leh amik dan listkan .. tu je aku termampu buat .. Kalau ikutkan hati aku , nak je aku buat cara aku iaitu , SILA BUAT ENTRI .. tapi tak sangka lak sambutan begitu tinggi.. Hurm..
Tak mengapalah , lain kali akan aku minta mereka yang berminat nak sertai segmen Blogger Baru ni buat entri eh ? Lagi puashati .. kan kan ?
Pada yang terasa tu , aku minta maaf la yer .. bukan sengaja pon ..
Malam malam gini , kadang kadang buntu nak update blog kan ? Apa kata kita luaskan jajahan persahabatan kita .. Best gak kan ??
Ok .. ni aku amik dari senarai yg letakkan url mereka di entri aku baru baru ni .. Kalau berminat nak berkenalan , jom ..
http://www.bluediamondfaizah.blogspot.com/
http://alkisahsibelalang.blogspot.com
http://www.dhiaqiud.blogspot.com
http://azwanikhairul.blogspot.com/
http://www.suzzsuzie.blogspot.com
http://www.surisolehah76.blogspot.com
http://naughtytwin.blogspot.com
http://bukanpembohong.blogspot.com/
http://mylilcutie.blogspot.com
http://xananinos.blogspot.com/
http://batulesung.blogspot.com
http://mydiary-notes.blogspot.com
http://mydiary-notes.blogspot.com
http://anggerikberduri.blogspot.com/
http://duniasigadisbunga.blogspot.com/
http://lurveelivestorys.blogspot.com/
http://dianayahya.blogspot.com/
http://hatikuhatigetah.blogspot.com
http://cikmimmie206.blogspot.com/
http://wannzazryn.blogspot.com/
http://sayasukamalek.blogspot.com/
http://journey42morrow.blogspot.com/
http://ummi-alifya.blogspot.com/
http://simplelife22.blogspot.com
http://enciksuami.blogspot.com
http://sarah-najwan.blogspot.com
http://mysweetworld-didie.blogspot.com/
http://dotdotsekian.blogspot.com/
http://ennana-chenta.blogspot.com
www.namesayemejai.blogspot.com
www.namesayemejai.blogspot.com
http://acousticofme.blogspot.com/
http://snowygirl-syuhada.blogspot.com/
http://miyainsyira.blogspot.com
http://amiramastura.blogspot.com
http://iznulmuazim.blogspot.com/
http://ara-eyrrakeyash.blogspot
http://sweet-ladybird.blogspot.com/
http://pelangihidupkami.blogspot.com/
http://loveninasyakina.blogspot.com/
http://cintakasihlatina.blogspot.com/
http://kunangkunang3017.blogspot.com/
http://kasehainzuryn.blogspot.com
http://bondaaidid.blogspot.com
http://aku-wanny.blogspot.com/
http://greensyndicate.blogspot.com
http://wati_amanpuri.blogspot.com
http://www.azsuliana2300.blogspot.com
http://miszshusyi.blogspot.com/
http://bahiyahaziz.blogspot.com
http://nirzashah.blogspot.com/
http://aisyahamsyar.blogspot.com
http://www.anitadahahs.blogspot.com/
http://keyrillaugustinegmailcom.blogspot.com/
www.indahnyatakdirmu.blogspot.com
http://nazrulazat.blogspot.com
http://nazrulazat.blogspot.com
http://black-roses92.blogspot.com
http://lambaiansyahdu.blogspot.com/
http://belog-newbie.blogspot.com
www.hidayahmohdsalleh.blogspot.com
http://puteriiqaizyanmohamad.blogspot.com
http://normj1001.blogspot.com/
http://tihazainal.blogspot.com/
http://fatingurlzz92.blogspot.com/
http://fightingfishdress.blogspot.com/
http://arolpunyeblog.blogspot.com
http://manismanismasam.blogspot.com
http://tulipsufie.blogspot.com
http://kotakkosong-aina.blogspot.com/
http://sectionsubzero.blogspot.com/
http://www.acuzaza.blogspot.com/
http://islamicoparadise.blogspot.com
http://www.whitepearl1400.blogspot.com
http://softtouch82.blogspot.com/
http://skypecrews.blogspot.com/
http://teddyunawakaka.blogspot.com/
http://nurulchumel.blogspot.com/
Blogger luar negara lak ..
http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com
http://zacksygfaiz.blogspot.com
http://biotechboy.blogspot.com/
http://iammemaself.blogspot.com/
http://3heartsofmine.blogspot.com/
http://myapeapeaje.blogspot.com/
http://worldofsizuka.blogspot.com
http://aku-sayuti.blogspot.com
http://ummsyuhada.blogspot.com/
Fuhhhhhhhhhhhhh.. penatnyaaa ... adehhh. .. ada hampir 120 blog .. huhu... amacam ? nak blogwalking ? ada bran ?? Hehe..
Hampir seminggu aku tak balik ke rumah .. Ni disebabkan wife aku yang terpaksa bertugas di luar kawasan tapi dalam KL je la.. hehe..
Semalam , akhirnya aku kembali ke rumah .. Rindu giler kat rumah .. rindu nak tidur atas carpet.. atas sofa .. hehehe ... Tapi .. jeng jeng jeng...
Masuk je dalam rumah .. aku terkejut .. rumah agak berselerakkan .. ops.. mmg agak selerak pon masa tu sbb sampai sampai dari Terengganu , malam tu dah terus kena g tempat wife bertugas.. Cuma .... kenapa keropok sira yang aku beli di Kelantan ni bertaburan !!!! Bukan satu tapi 3 bungkus !!
Dan yang peliknya , habis keropok sira ni 'dimakannya' !!! Sapa yang makan ?? Takkan lipas ?? Tikus ?? Mustahil sbb tak pernah pulak aku terdengar bunyi 'cit cit ' dalam rumah aku ni .. Bau tikus pon takde .. Jadi sapa yang makan ???
Erk.. takkan en. SSSS kot ???? Jangan dibuat pasal !! Malam esok aku tidur sorang lagi sbb wife kena g outstation ke Sarawak lak .. tinggal aku sorang je kat umah ni . Haih ...
Sapa yang makan ek??? Buat yang tak tau tu , keropok sira pedas ni dibuat dari ikan ... mmg sedap la ... Takkan 'dia' makan ??? hurmm .. Pelik bin ajaib ni ... Selagi misteri ini tidak terungkai , aku agak segan nak tidur sorang sorang kat rumah ni .. tapi nak balik tidur umah mak aku , dah full house lak .. Adeh ... Camana ek ? Perlukan aku merungkai misteri ini sbb nanti ada lak orang kata , 'Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri ' ... haaa... camana tu ???
Hehehe... ada yang tau .. dan ada yang tak tau .. kan kan ? Ok... bagi mereka yang berminat dunia masakan resepi melayu / kampung mahupun ala ala barat , boleh la menyertai KELAB MASAKAN di FACEBOOK dan juga kelab DAPUR TANPA SEMPADAN milik Mat Gebu ..
KELAB MASAKAN adalah khas buat mereka yang gemar mengeluarkan entri mengenai masakan . Manakala DAPUR TANPA SEMPADAN pula adalah untuk mereka yang ingin bersoal jawab tentang resepi milik MAT GEBU ...
Amacam ? Berminat ?? Kalau berminat , tunggu apa lagi ?? Meh la join .. Sila klik .. klik je leeer ..
DAPUR TANPA SEMPADAN - MAT GEBU
Dan jika berminat untuk membaca entri entri terkini dunia blog , bolehla sertai
Terima kasih kerana sudi sertai .. ;)
Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.
Lanjut > MALAYSIAKINI
Kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mengenai Islamic Fashion Festival (IFF)
Saya berada di Qatar ketika ini. Pihak media bertalu-talu menghubungi saya bertanya pendapat tentang hal ini. Maka, saya ingin menyebut secara ringkas beberapa perkara berikut;
1. Berdasarkan apa yang ditonjol, jelas bahawa mengaitkan fesyen-fesyen tersebut dengan Islam adalah satu penghinaan. Sama sekali ia tidak islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak.
2. IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
3. Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini.
4. Mereka yang terlibat hendaklah memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’.
5. Bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti ini. Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting.
6. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan. Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim.
7. Saya mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak.
-DRMAZA.COM-
Aku baru menerima satu mesej di FACEBOOK berkenaan dengan satu kempen ni .. Setelah aku baca baca baca dan terus membaca .. erk .. sat... ok.. dan membacanya lagi ...maka aku buat kesimpulan bahawa kempen ini sangatlah bagus untuk mereka yang gemar berFACEBOOK ... Aku ?? Gemar ke ? Ok ok kot.. hehe..dulu gemar giler la.. skang ni , menurun sedikit sbb dok banyak melepak kat blog.. erk.. panjang lak.. soriii..
Ok... kempen apakah ini ?? Haaa.. ni bukan kempen pilihanraya mahupun kempen keselamatan di jalan raya tetapiiiiiiiiiiii.. dipanggil
"Zero Negativity Day - The 15th"
Untuk apakah kempen ini ?? Menurut si dia ( Izawati Ahmad ) yang memberi mesej ini ;
" It is totally a non-profitable gesture towards a positive way of life. Mengajak kita semua spend 1 hari setiap bulan (setiap 15hb), 1 hari sahaja untuk tidak post negative status di facebook. Dengan harapan ianya boleh mengubah cara kita bersosial, insyaAllah harap-harap boleh menjadi trend yang baik satu hari nanti. "
Faham tak ni ?? Maknanya setiap 15hb di setiap bulan , mereka yang ada akaun FB ni , janganlah menulis status bersifat NEGATIVE ... Haaa.. bukan susah pon.. kan kan ? Kiranya pada hari tu nanti tulis yang baik baik je ( bukankah sepatutnya tiap tiap hari tulis gitu ? ) .. hehe..
Ok ... bagi yang berminat nak menyertai kempen ni , apa kata kita sertai dulu Group Zero Negativity Day di FACEBOOK dulu dan kemudian kita sebarkan agar lebih ramai mengetahui tentang kempen ini .. Bagus kan ? Apa salahnya kan kita menyebarkan sesuatu yang baik ? Kan kan ?
Untuk menyertai group tersebut , search dalam FB > Zero Negativity Day - The 15th
Terima kasih buat mereka yang sudi menjayakan kempen ini ... waalaahh..
Semalam di KLCC , ternampak satu pelakon ni ... hehe.. Dok shopping kat butik MAC .. Maka sajalah aku menghalakan kamera aku kearah dia .. Adeh.. disebabkan wife takut orang nampak aku amik pic tu , maka kualiti pic jadi gini la.. sbb amik curik curik.. hehehe..
Ala... dia bukan buat apa pon .. sekadar bershopping dengan kawan2 dia je... Cuma aku nak test jadi paparazzi je.. snap pic dengan pantas gitu... tapi tu la... ada penghalang.. hahaha...
Pastu saja g jalan yg mana mungkin berselisih dengan dia .. Ops.. mmg berselisih dengan dia ..hurm... kecik je orangnya.. Makeup ? Toksah cite ler... hehehe...
Sapa dia eh ?? Teka la.. hahaha... yelah yelah.. FAUZIAH GHOUS.. cun ke dia ben ? Kalau tak cun takkan ada orang amik dia berlakon kan ?
LONDON - Wayne Rooney membuat 'pusingan U', apabila mengumumkan kekal bersama Manchester United dan bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, semalam.
Keputusan itu mengundang persoalan, mungkinkah penyerang England itu sekadar 'main wayang' setelah bersungguh-sungguh menunjukkan keinginan untuk meninggalkan United.
Laman web kelab itu menyatakan: ''Wayne Rooney telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama United, sehingga Jun 2015''..
Rooney, yang dilaporkan menuntut gaji sebanyak 150,000 pound (RM734,650) seminggu selepas cukai, menegaskan persetujuan itu dibuat, setelah Alex Ferguson memberi jaminan bahawa United akan terus komited sebagai pasukan yang hebat.''Saya gembira menandatangani kontrak baru ini.
''Sejak beberapa hari lalu, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka telah menyakinkan bahawa saya seharusnya berasa bangga bersama kelab ini.
''Pengurus (Ferguson) seorang yang bijak, kepercayaan serta keyakinan beliau, menjadi faktor utama untuk saya kekal di sini.
''Saya telah menandatangani perjanjian baru yang mana kepercayaan pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, yang merupakan faktor utama saya menyertai kelab ini.''
Sebelum ini, Ferguson mendedahkan rundingan kontrak dengan Rooney, yang tamat Ogos lalu, gagal menemui penyelesaian dan menyatakan pemain itu akan dijual.
Kenyataan Ferguson bahawa Rooney tidak menghormati United, menggambar hubungan dingin di antara dua mereka. Ini disebabkan kedua-duanya berperang mulut, ekoran keputusan Ferguson merehatkan pemain itu dalam tiga perlawanan, kerana cedera buku lali.
Namun, semalam Ferguson gembira dengan keputusan Rooney: ''Minggu ini amat sukar, tetapi liputan hangat yang diberikan, sememangnya sudah dijangka.
''Saya berkata kepadanya bahawa pintu sentiasa terbuka untuknya, saya gembira Wayne bersetuju untuk kekal.
''Kadang kala, apabila anda berada di kelab ini, sukar untuk anda menyedari betapa pentingnya kelab ini. Sehinggalah berlaku sesuatu, barulah anda lebih memahami.
''Saya rasa Wayne kini memahami apakah kehebatan kelab seperti Manchester United ini.''
Rooney dikaitkan dengan perpindahan Manchester City, yang membangkitkan kemarahan penyokong.
Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu, sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tersebut. - AFP
-UTUSAN MALAYSIA-
Dahsyat .. Bukan Dahsyat 13 yer ..Seperti yang aku bagitau tadi , TRADERS HOTEL ni mmg sangat sangat cool... Kakitangannya sangat best.. Tak caya ? G la sendiri rasa .. Tak payah check in.. Naik je teksi , berenti depan hotel tu.. Pastinya dengan ramah , anda di sambut tanpa mengira kedudukan korang !
Yang pastinya korang lak jadi segan bila tak membalas sapaan mereka tu .. Alangkah bagusnya jika itulah yang diamalkan oleh mereka yg bekerja di bahagian depan kaunter yang melibatkan perkhidmatan awam ..
Antaranya seperti LRT PUTRA.. Sangat sangat sangat mendukacitakan !! Nak ucap terima kasih , sikit punya susah nak dengar ! Yang lebih memalukan , yang duduk depan tu ,satu bangsa dengan aku ! Di mana budi pekerti serta lemah lembut yang sering diagungkan kita tu ? Tarak dah !! Dok kalut berbual depan tu.. Si pembeli tiket lak dok sengih sambil mengucapkan TERIMA KASIH dengan senyuman sinis.. Malu la wehhh ... Anda mencerminkan syarikat anda bekerja .. Usahkan terima kasih , senyum pon tidak ! Huh..
Takkan la nak dibayar elaun untuk senyum dan mengucapkan terima kasih baru kalut nak buat kot ??? Ikhlas la berkhidmat untuk pengguna.. Pengguna beli pon senang hati .. Dapat gak pahala kan ?
Selain cikgu cikgi yang singgah kat blog ni , ada geng geng blogger nun yang sedang berada diluar negara tu .. aku berhajat nak kumpulkan seramai boleh ...
Dulu pernah aku letakkan kumpulan blogger blogger yang berada diluar negara tu dalam satu blog list tapi sayangnya ... aku dah 'musnahkan' kerana membuat pembaharuan ..
Skang ni aku nak kumpulkan kembali.. mana tau , berguna untuk rakan rakan lain yang berada dalam negara .. kot kot bila p luar negara , ada gak geng kat sana.. kan kan ?
Jadi mereka yang berada diluar negara dan bergelar blogger , jika sudi .. sila tinggalkan url blog anda yer .. Terima kasih ...
Hurm.. tadi ada seorang sahabat lama di FB tanya aku , antara aku dan REDMUMMY sapa lagi top ? Erk ...
Sudah tentu dia .. dia orang lama... dah bertahun dalam dunia blog ni .. Lagi pon dia selalu kuar kat media mahupun seringkali dipromosi dek NUFFNANG .. Rajin turun events NUFFNANG... maka cepat la naik .. Maka sudah tentu aku tidak setaraf langsung dengan dia .. kan kan ?
Sebenarnya ramai tak sedar .. terlalu ramai blogger yang lebih bagus tetapi 'tersorok' .. low profile.. tidak mengejar populariti .. dan paling bagus , tiada 'iklan' langsung di blognya .. haaa.. camana tu ?
Dunia blog ini ibarat benua .. belum tentu kita mampu menjelajahi keseluruhan dunia blog ini dan menentukan siapakah bagus dan siapakah lebih 'otai' ... Yang pentingnya ialah , maklumat yang hendak disampaikan.. Tak kira lama atau baru , masing masing ada kelebihan , keistimewaan dan kelemahan .. Ambil mana yang boleh diambil .. Jangan mengutuk atau memburukkan antara satu sama lain kerana belum tentu kita sendiri bagus .. kan kan ?