Negro : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 4 bulan.
Negro : Esok saya nak balik bangladesh , isteri saya mengandung 4 bulan.
Aku penah bagi satu soalan ni pada rakan rakan FB ... Soalannya berbunyi gini ..
" Siapakah yang akan anda selamatkan terlebih dahulu sekiranya rumah anda ( rumah 2 tingkat ) terbakar di mana anda , suami beserta seorang anak perempuan yang berusia 1 tahun sedang berada di dalam rumah dan kebetulan sedang nyenyak tidur di tingkat atas .. Api semakin marak ..
Flash back : Pasangan anda pula baru saja saja mengalami kemalangan di mana kakinya patah dan memerlukan bantuan untuk bergerak .
Persoalannya di sini ... anda ada satu peluang saja untuk menyelamatkan satu nyawa ... Siapakah yang akan anda selamatkan ? "
Hehehe... Siapakah yang akan anda pilih dan mengapa ? Jawab jawab ..
Bila kita di atas , ingatlah bahawa ada lagi di atas kita .. Maka pandanglah ke bawah agar mengingatkan kita bahawa ada orang dibawah kita ..
Bila kita dibawah , ingatlah bahawa ada lagi orang dibawah kita .. Maka pandanglah diatas agar kita majukan diri supaya tidak berada dibawah selamanya ..
Bila kita di tengah tengah .. ingatlah bahawa bila bila masa saja kita boleh naik ke atas begitu juga sebaliknya. Segalanya atas daya usaha sendiri.
Janganlah asyik mengharapkan orang lain untuk membantu kita sedangkan kita sendiri tidak membantu diri kita sendiri .. Dan janganlah pula tidak membantu orang lain bila mereka memerlukannya..
Dunia ini ibarat cuaca ... Cerahnya belum tentu panas terik dan mendungnya belum tentu hujan lebat .. Jika beringat , payung ditangan senantiasa kemas agar panas terlindung hujan tidak basah ..
-BEN ASHAARI , 25/10/2010-
Oleh: Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani (UKM)
(Majalah Sinar Rohani, Oktober 2003)
Dalam kebanyakan buku-buku yang membincangkan tentang perkahwinan dalam Islam, biasanya terdapat satu konsep yang menjelaskan tentang peranan suami iaitu sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam memberi nafkah kepada keluarga.
Misalnya, dalam buku Memasuki Gerbang Perkahwinan yang menjadi panduan kepada bakal pengantin dan diterbitkan oleh JAKIM dengan jelas mencatatkan perkara tersebut iaitu: “Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada keluarga.”
Konsep ini dibentuk berasaskan kepada hujah dari ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan. Antaranya yang terpenting ialah ayat yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34).
Begitu juga dengan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud: “Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”.
Hujah-hujah ini telah menjadi panduan umum kepada umat Islam di seluruh dunia tentang kewajipan yang diamanahkan kepada kaum lelaki iaitu dalam konteks pemberian nafkah keluarga.
Walaupun konsep tersebut telah diterima pakai lebih dari seribu tahun, perubahan yang berlaku dalam masyarakat seperti perindustrian dan kini kepada masyarakat dalam lingkungan teknologi komunikasi maklumat dikatakan menuntut kepada perbincangan baru tentang kedudukan lelaki sebagai ‘breadwinner’ utama kepada keluarga. Berita Harian, 22 Julai 2002 misalnya, memfokuskan satu perbincangan tentang jangkaan perubahan struktur keluarga
dalam masa 10 tahun akan datang disebabkan dominasi mahasiswa wanita melebihi lelaki di hampir kesemua institusi pengajian tinggi awam di Negara kita.
Universiti-universiti utama seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara mempunyai nisbah mahasiswa wanita melebihi lelaki sehingga ada yang mencapai nisbah 60:40.
Memetik kata-kata Kamarudin M. Said, Ketua Program Antropologi dan Sosiologi, UKM, beliau berpendapat “… wanita akan berhadapan dengan masalah kerana sejauh mana kepimpinan mereka boleh diterima, terutama oleh golongan yang tidak mengiktiraf wanita sebagai ketua keluarga… sejarah sosial menunjukkan walaupun kepimpinan diterajui wanita, namun tidak wujud masyarakat di mana
wanita lebih dominan dari lelaki”.
Justeru, apakah wanita akan menjadi peneraju utama keluarga yang akan mengubah konsep asas kehidupan seperti yang diamalkan sejak ribuan tahun dahulu? Apakah perubahan set-set pekerjaan dengan bentuk pekerjaan yang bernilai lebih tinggi dipegang oleh golongan
wanita akan menyebabkan fungsi kebapaan seperti yang difahami umum turut berubah?
Apakah persepsi Islam terhadap perubahan persekitaran yang dikatakan mendesak dan mempengaruhi kepada perubahan konsep suami sebagai pemberi nafkah seperti tercatat dalam ayat dan hadith yang disebut di atas?
Perbincangan ini akan berlegar di sekitar satu kerangka umum seperti
yang ditegaskan oleh Islam iaitu manusia dicipta oleh Allah, asasnya ialah sebagai ‘khalifah’ yang memakmurkan bumi. Dalam penciptaan tersebut, terdapat konsep fitrah atau sunnatullah yang tidak boleh berubah akibat perubahan persekitaran.
Namun Islam turut meraikan, malah menggalakkan juga perubahan dalam perkara-perkara murunah (fleksibel) yang memberi kebaikan kepada manusia.
Kehidupan manusia, seperti yang dibahaskan oleh Ibn Khaldun, terikat kepada proses yang disebut oleh beliau sebagai ‘teori kitaran’ yang melalui phasa kelahiran, pembesaran, muda, dewasa dan kematian.
Generasi demi generasi akan silih berganti dengan fungsi sebagai khalifah dalam teori kitaran tersebut sehingga berlakunya hari kiamat.
Fungsi Asas Bapa dan Ibu . Barangkali kalau diterbalikkan persoalan yang selalunya dianggap menjadi kebiasaan dalam menjalani kehidupan seharian, ia boleh memberi gambaran bentuk kerangka logik berfikir yang munasabah.
Misalnya, apakah boleh dipersetujui umum bahawa wanita perlu mencari nafkah untuk keluarga dan lelaki akan menjadi suri rumah yang bertanggungjawab dalam mengurus urusan seharian rumahtangga termasuk memberi tumpuan kepada mendidik, menyusu
dan membesarkan anak-anak?
Apakah lelaki yang bergelar bapa dibekalkan dengan segala kekuatan fizikal dan emosi untuk menjalankan tanggungjawab tersebut secara berkesan untuk pembangunan masyarakat?
Apakah keseluruhan wanita pula sanggup menukar pemikiran mereka untuk menjadi meneraju utama rumahtangga yang menjadi ‘breadwinner’ sepenuhnya untuk keluarga?
Persoalan-persoalan seperti ini memaparkan tentang realiti kemanusiaan yang akan memperlihatkan tahap pemikiran manusia dan kegelisahan dalam usaha untuk melakukan adjustment dan akomodasi kepada persoalan perubahan di sekitar ruang lingkup kehidupan.
Al-Quran telah lama menyediakan jawapan kepada persoalan di atas. Di dalam al-Quran terdapat dua surah yang dikatakan paling banyak membicarakan hal ehwal berkaitan wanita iaitu Surah an-Nisa’ dan Surah at-Thalaq. Tiada satu pun surah yang ditujukan khusus kepada pembicaraan tentang lelaki.
Walaupun begitu, di permulaan surah an-Nisa’, Allah SWT menggambarkan dengan jelas tentang kejadian manusia, baik lelaki ataupun perempuan, bahawa mereka dicipta daripada nafs (jiwa) yang satu (iaitu Adam) dan kemudian diciptakan bagi Adam AS seorang isteri dan dari mereka lahirlah zuriat manusia seterusnya yang terdiri dari kumpulan lelaki dan wanita.
Berdasarkan prinsip ajaran Islam, adalah disepakati pada asasnya bahawa darjat lelaki dan wanita di sisi Allah SWT adalah sama, sesuai dengan fungsi biologi dan peranan masing-masing. Lelaki dicipta oleh Allah SWT dari segi biologinya tidak mempunyai keupayaan untuk mengandung, melahirkan anak dan menyusu. Ini berbeza dengan biologi wanita yang mempunyai segala keupayaan di atas.
Walaupun berbeza dari segi biologi, lelaki dan wanita yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai fungsi kehidupan yang saling melengkapi dan saling memerlukan untuk memenuhi fitrah keinsanan. Ia dianggap sebagai sunnatullah. Manusia lelaki tidak boleh hidup dalam satu komuniti jika didalamnya hanya terdapat yang berjantina lelaki sahaja, begitu sebaliknya.
Perbezaan fungsi dan biologi disebut oleh Allah sebagai iktibar seperti diungkap oleh isteri ‘Imran maksudnya “dan anak laki-laki tidaklah sama dengan anak perempuan” (ali-Imran: 36).
Apa yang dipersetujui dalam konteks tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan ialah dari sudut fizikal di mana dalam nazar isteri ‘Imran’, beliau amat mengharapkan supaya dikurniakan seorang anak lelaki untuk berkhidmat di Baitul Maqdis.
Apabila diketahui bahawa jantina anak yang dilahirkan adalah anak perempuan, beliau bermunajat kepada Allah SWT dengan mengakui bahawa anak lelaki tidaklah sama dengan anak perempuan dari segi fizikal, namun dia masih boleh mencapai tahap ketakwaan tertinggi
kepada Allah SWT .
Fungsi asas kepada bentuk kehidupan lelaki dan wanita yang saling
bekerjasama disebut dan wanita yang saling bekerjasama disebut dengan jelas dalam beberapa ayat yang menggambarkan wujudnya kerjasama jantina dalam menjalani kehidupan di atas muka bumi.
Antara ayat-ayatnya ialah yang bermaksud: “Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu, dan menciptakan pasangannya darinya, supaya kamu tinggal bersamanya” (al-A’raaf : 189) “Dan
Allah mencipta isteri-isteri bagimu dari jenismu. Dan dia jadikan bagimu anak-anak dan cucu-cucu melalui isteri-isterimu” (an-Nahl: 72).
Islam mengakui perbezaan biologi yang wujud dan menggariskan informasi asas yang jelas sebagai rangka rujuk kepada perjalanan kehidupan manusia. Perubahan persekitaran yang diakibatkan oleh beberapa faktor seperti berlakunya bencana alam, peperangan, kematian dalam jumlah yang besar akibat epidemik dan penciptaan teknologi yang mengubah kaedah bekerja tidak mungkin mengubah ketetapan asas yang menjadi fitrah manusia.
Dari sudut itu,dengan lain perkataan, tidak mungkin bapa akan menjadi ibu atau ibu akan menjadi bapa. Walaupun begitu, bapa masih boleh memainkan peranan yang dimainkan oleh ibu dalam perkara-perkara yang bersifat murunah untuk mewujudkan perasaan mawaddah wa rahmah dalam kehidupan berkeluarga.
Seorang bapa boleh membasuh pakaian, memasak, mengemas rumah dan pelbagai set pekerjaan yang selalu dirujuk kepada tugas seorang wanita. Begitu juga dengan seorang ibu. Beliau boleh bercucuk tanam, menoreh getah, bersawah, berniaga dan pelbagai set pekerjaan lain yang selalu dihubungkan
dengan pekerjaan lelaki.
Bapa dan Pekerjaan
Istilah “pekerjaan” sebenarnya mempunyai makna yang luas, bukan terhad kepada kerja yang dibayar dengan upah (wang). Kamus Dewan memberi pelbagai pengertian kepada istilah “pekerjaan” iaitu antaranya sesuatu yang dikerjakan; sesuatu yang dilakukan (harus dilakukan) sebagai tanggungjawab, kewajipan, tugas; sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yang dilakukan berterusan (dari sehari ke sehari) untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapat wang, pencarian; pergerakan atau perjalanan sesuatu; dan majlis
(istiadat) perkahwinan dan lain-lain.
Pengertian pekerjaan yang paling relevan dalam perbincangan ini barangkali boleh dirujuk kepada aktiviti seharian yang dilakukan secara berterusan untuk memperoleh ganjaran atau pendapatan yang dinilai dalam bentuk wang.
Walaupun begitu, perlu juga disebutkan bahawa terdapat pelbagai set pekerjaan lain yang tiada ganjaran dalam bentuk wang yang mesti juga dilakukan oleh seorang bapa untuk memenuhi tanggungjawab yang disebut oleh Islam sebagai “memberi nafkah”.
Terdapat perbezaan makna berhubung istilah ‘nafkah’ dengan kewajipan suami yang disebut dalam kitab-kitab feqah dengan istilah “pekerjaan” seorang bapa yang seringkali dikaitkan dengan profesion tertentu kini. Nafkah yang dimaksudkan dalam Islam adalah lebih luas pengertiannya berbanding dengan istilah pekerjaan.
Para ulama Islam selalu menyebut nafkah dengan merujuk kepada nafkah zahir dan nafkah batin. Nafkah zahir merujuk kepada menyediakan keperluan asas kehidupan meliputi makan minum, pakaian, tempat
tinggal dan juga memberi perlindungan dan keselamatan.
Misalnya Allah menegaskan kewajipan nafkah berkaitan makan minum, tempat kediaman dan pakaian seperti berikut:
“Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya” (al-Baqarah : 233)
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Suami adalah penjaga
(pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” (al-Bukhari).
‘Perlindungan dan keselamatan’ pula merupakan nafkah yang terikat
dengan factor biologi di mana wanita yang tiada tempat pergantungan kepada lelaki akan menghadapi saat kehidupan yang ada kalanya tiada ketenangan terutama dalam memenuhi keperluan keinsafan. Jika wanita bersuami, ia mungkin bergantung pada bapa, anak atau adik lelaki terutamanya ketika berhadapan dengan saat-saat kecemasan.
Nafkah batin pula termasuk keperluan memenuhi nafsu seks untuk tujuan menjamin kesinambungan zuriat dan aspek psikologi yang disebut dengan istilah mawaddah wa rahmah yang bernatijahkan sebuah keluarga yang bahagia menurut kacamata Islam.
Ia boleh dicapai melalui pergaulan yang baik antara suami dan isteri dan ahli keluarga yang lain. Islam meletakkan konsep amanah sebagai pengawas tertinggi kepada setiap bapa sebagai individu untuk menunaikan nafkahnya kepada keluarga.
Justeru, Islam menggalakkan agar bapa dan ibu saling bekerjasama dalam memenuhi keperluan keluarga tanpa meletakkan satu garis set pekerjaan yang serba tetap untuk jantina tertentu.
Dalam masyarakat tradisi yang terikat dengan pertanian, jenis-jenis
pekerjaan yang dibahagikan kepada bapa adalah jelas perbezaannya dan diturunkan generasi demi generasi. Pekerjaan seperti memburu, menggembala, bertukang kayu atau besi, membuat rumah, alat-alat upacara dan sebagainya yang dianggap memerlukan kekuatan akan dirujuk kepada lelaki.
Manakala set pekerjaan seperti memasak, mengangkut air, menganyam, bertenun, menjahit dan membuat pakaian dan sebagainya yang tidak memerlukan tenaga yang
banyak serta boleh dibuat di rumah atau sekitarnya atau berdekatan dengan anak-anak selalunya dikhaskan sebagai pekerjaan perempuan.
Walaupun begitu, terdapat pekerjaan yang saling dilakukan bersama seperti bercucuk tanam dan sebagainya yang merupakan usaha saling bantu-membantu bagi memenuhi keperluan hidup berkeluarga.
Zaman perindustrian pula menyaksikan pertumbuhan kilang-kilang dan industri yang memerlukan tenaga kerja yang mempunyai korektor tertentu untuk bidang pekerjaan tertentu.
Kerja-kerja yang dulunya berat dan memerlukan tenaga fizikal yang selalunya dirujuk kepada lelaki telah dibantu oleh mesin-mesin. Justeru, kebanyakan kerja tidak boleh lagi diklasifikasikan mengikut jantina.
Oleh sebab perindustrian membangun melalui ideologi kapitalisme, output material diletakkan sebagai objektif tertinggi yang mengetepikan persoalan kemanusiaan sehingga masa kerja tidak lagi fleksibel. Kilang-kilang memaksa kerja berlaku selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.
Ini telah memberi kesan kepada perubahan struktur kehidupan kebanyakan keluarga yang terlibat dalam dunia industri. Bapa dan ibu yang kedua-duanya bekerja dalam waktu yang ditetapkan akan berhadapan dengan persoalan kemahiran menyusun masa untuk kerja dan pembangunan keluarga.
Zaman teknologi maklumat yang kembali memperkenalkan konsep working from home boleh mengembalikan cara bekerja yang lebih fleksibel dan memberi lebih peluang kepada bapa dan ibu membahagikan set kerja yang lebih teratur untuk membangunkan kemanusiaan.
Suami sebagai pemimpin kepada rumah tangga memerlukan kemahiran
khusus dalam zaman ini bagi menentukan ketaatan isteri dan saling hormatmenghormati serta memahami di antara satu sama lain bertunjangkan ketakwaan kepada Allah.
Dari segi ‘kuasa’ suami yang berhadapan dengan isteri yang mempunyai pendapatan sendiri, ada kalanya melebih pendapatan suami, konsep memberi nafkah yang disebut di awal ini masih lagi relevan.
Dalam kajian Fatimah Abdullah (Jurnal Antropogi dan Sosiologi, 1987) mengenai wanita bekerja dan pengurusan rumah tangga, beliau mendapati masih terdapat kesedaran tinggi di kalangan wanita dual career terhadap tanggungjawab pengurusan rumah tangga dan berkongsi kerja.
Banyak kerja-kerja seperti membasuh, memasak, mengemas rumah dan sebagainya diurus secara bersama atau dengan bantuan pembantu rumah.
Responden yang bekerja sebagai Ahli Sains Hayat, Sains Fizik, Arkitek , Jurutera, Doktor Perubatan/Haiwan, Akauntan, Pegawai Kewangan, Peguam, Guru, Wartawan, Pensyarah, Pentadbir dan lain-lain masih mengekalkan konsep bekerjasama dan menghormati suami sebagai pemimpin rumah tangga.
Daripada 100 orang responden yang diselidiki, 94 orang masih memberi jawapan bahawa suami layak dianggap sebagai ketua ‘isi rumah’ apabila diajukan soalan tersebut dan mereka mengakui terlibat secara bersama salam membuat banyak
keputusan berkaitan keluarga.
Dalam tulisannya berkenaan dengan keluarga, William J. Goode (1991)
cuba menegaskan bahawa dalam sebarang analisis berkaitan pekerjaan jantina, perkara utama yang perlu selalu diingat ialah bahawa tidak semua individu dalam masyarakat akan melaksanakan peranan jantina yang dibebankan oleh masyarakat.
Akan terdapat juga individu seperti wanita yang dikatakan bersifat kasih sayang dan pengasih yang tidak memenuhi tanggungjawab sepenuhnya.
Beliau seterusnya menulis:
“Sedikit sebanyak pembahagian kerja berdasarkan jantina adalah
universal, tetapi nampaknya kebanyakan daripadanya tidak diperlukan
disebabkan oleh keanehan biologi kedua-dua jantina. Seseorang lelaki memang tidak boleh mengandung atau menyusui anaknya.
Pada umumnya lelaki adalah lebih kuat dan boleh berlari lebih pantas daripada perempuan yang kadangkala berhalangan disebabkan kehamilan dan datang haid. Sebaliknya, perempuan biasanya mempunyai kekuatan dan kepantasan yang cukup bagi melakukan hampir semua tugas dalam satu-satu masyarakat”.
Konsep hidup bekerjasama antara suami dan isteri atau bapa dan ibu
bukanlah perkara baru dalam sejarah kemanusiaan. Islam menggariskan konsep asas yang perlu dipegang walaupun berlaku perubahan persekitaran.
Manusia kini adalah juga manusia dahulu yang dicipta dengan naluri dan fitrah yang sama dan memerlukan keperluan yang masih sama iaitu keperluan rohani dan jasmani.
Kesimpulan Pekerjaan kebapaan merupakan satu dari kepelbagaian tanggungjawab yang telah digariskan secara jelas oleh Islam untuk menjadi panduan melayari bahtera kehidupan di dunia bertujuan menjamin kebahagiaan abadi di akhirat.
Sebagai ketua dalam keluarga yang dipertanggungjawabkan memastikan ahli keluarga terelak daripada memasuki api neraka, tanggungjawab tersebut adalah amanah berat yang menjadi fitrah keinsanan.
Islam meletakkan objektif yang jelas bagi setiap keluarga iaitu pembentukan keluarga yang ada mawaddah wa rahmah yang menimbulkan ketenangan dalam kehidupan dan jauh dari kebimbangan, keresahan dan sebagainya yang merosakkan hati dan pemikiran.
Dengan berada di bawah payung ketakwaan kepada Allah dan berusaha menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan, nescaya kaum bapa akan beroleh kebahagiaan hakiki yang disebut dengan saadah wa nasr al-salam (kebahagiaan
dan menyebarkan kesejahteraan).
- Sticky Post Entry -
Pengasas RedGlow
Arlina(arlinarosli.blogspot.com) & Annur Najwa(annurnajwa.blogspot.com)
Ingin belajar cara solekan untuk kegunaan peribadi atau pun mengandam ? Sila ke blog RedGlow atau Jadual Kelas RedGlow.
A : Solekan Ke majlis
Solekan segar namun menyerlah
1- Mula2 sapu foundation dan loose powder.
2- Sapukan eyeshadow mengikut tema yg di gemari di kelopak mata... Manakala warna kuning cair dibawah kenaning utk menampakkan kening yg lebih tinggi... (Eyeshadow:Lancome)
3- Gunakan eyeshadow bewarna hitam utk melukis soket pada mata... (Eyeshadow:Midnight Clinique)
4- Gariskan eyeliner pada mata...
(Eyeliner: MAC Engraved)
5- Sapukan mascara... (Mascara: MAC Zoom Lash)
6- Diikuti blusher dan lipstick.... (Blusher: MAC Warmsoul)
B : Solekan Biasa
Sesetengah org suka pada gaya simple dan lembut... Jadi kali ni RedGlow bagi tips untuk penggayaan yg simple dan ringan... Seperti biasa, fokus adalah pada bahagian mata...
Selepas apply bedak asas dan loose powder, kita terus fokus di bahagian mata... Kali ni kami memilih eyeshadow warna kuning air-glitter ( anda boleh tukar kepada warna tanpa kilat seperti pink,lite chocolate, soft green atau mana2 earth color)...
Anda juga punya pilihan sama ada ingin menambah soket bewarna hitam atau pun coklat utk menyerlahkan kelopak mata... jika minat pada mata yg polos, anda boleh skip bahagian ini.
Oleh kerana kami tidak mengenakan false eyelashes, kami apply mascara 2-3 kali utk menyelahkan bulu mata asal...
Akhir sekali tambah blusher dan lipstick lembut seperti coklat cair/peach...
Tadaaaaaaaaa!
Lain lain contoh :
Berminat ? Untuk keterangan lebih lanjut :
Atau hubungi :
email : annurnajwa@yahoo.com
sms : 012-3588999
Satu peristiwa yang buat aku tersengih dan kemudiannya aku ditegur oleh isteri yang masih segar dalam ingatan aku ...
Berlaku di Alamanda ... Sepasang suami isteri seperti baru berkahwin lagaknya.. jalan berpimpinan tangan... mesra gitu.. Nak kata macam baru kawin tu tak la tapi macam sedang hangat bercinta .. Menarik bukan ? Skang ni susah dah nak tengok pasangan yang dah berkawin , romantik gitu .. kan kan ?
Aku perhati je gerak geri mereka... si suami ni tak lepas langsung tangan si isteri ni walaupun untuk seketika.. Aku perasan sewaktu si isteri berpaling ke belakang lalu terlerai sudah tangan mereka tetapi dengan pantasnyaaa !! Diulangi yer .. Dengan pantasnyaaaa si suami menarik kembali tangann si isteri.. Mak aihhhhhh ... Dahsyat 13 !!! Perghh.. Alangkah bagusnya dapat laki gini ehh...
Setiap langkah mereka aku perhatikan... perlahan je ... Tapi aku terperasan sesuatu .. hehehe... ada bayang bayang rupanya... Ada sesuatu yg mengekori mereka !! Si anak kecil mereka !! Seorang budak lelaki yang aku rasakan dalam umur 7 tahun gitu berada di belakang mereka ... huhuh.. dibiarkan je jalan dibelakang mereka tanpa diperhatikan 100% oleh ibubapanya ... Hurmm...Patutkah itu berlaku di zaman mudahnya kanak kanak hilang ini ???
Sesekali bapanya menoleh kebelakang...melihat anaknya ... kemudian menyambung menarik kembali tangan isterinya .. Hurmm... Romantik mmg romantik .. tapi , rasanya tak patut di biarkan anak mereka jalan keseorangan di belakang.. Ada satu ketika di ekslator , mereka dah turun tapi anaknya bermain lagi dibahagian atas.. haih...
Entahlah.. mungkin setiap orang ada cara mereka mendidik anaknya .. tapi janganlah terlalu dilepaskan sangat... Budak kecik mudah terasa... disimpannya dalam hati ,sampai ke tua nanti .. haaa... masa tu baru la sedar diri .. ke rumah orang tua la membawa diri...
Dapat hidayah ketika kunjungi masjid
LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.
Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.
“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.
“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.
Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh, adik Imam Reza, imam kelapan penganut Syiah daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.
“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.
Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.
“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.
Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.
“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi
Cik Tom tom bak kita ni ada tanya aku dalam entri dia di blognya iaitu BEN ni adik beradik AWAL ASHAARI ke ?? Entri ini ..
Hurm.. Yng pertamanya , aku tak penah tengok lakonan dia .. dan yang kedua , aku tak minat pon nak tengok.. hehehe.. sbb apa ? Haa.. ada satu kes dulu berkaitan dengan dunia blog.. masih aku teringat... ahaks..
Menjawab persoalan tu , tiada kene mengena langsung dengan AWAL mahupun AKHIR apatah lagi TENGAH ... BEN ASHAARI cuma ada kaitan dengan BEN AFFLECK dan BEN 10 .. Kira ada bau bau taugeh jer ..
Kalau dikaitkan dengan J LO atau Will Smith pon best la gak.. Ni Awal Ashaari ???? Hahahaha.. guwau je ... Tapi ni bukan kali pertama la.. Memula dulu penah gak org tegur aku di pasar malam Jalan TAR .. Dia tanya aku ni Awal Ashaari ke ??? Aku jawab je la.. Ashaari tu betul dah... Cuma tak terAwal je lagi.. hehehe..
Apa pun buat Awal Ashaari .. semoga berjaya dalam karier anda .. Cari rezeki halal yer ... ehehe..
Nampaknya ramai dah confius.. ada yang ingat BEN ASHAARI dan MAT GEBU , adalah orang yang sama .. Mungkin diorng ingat baju putih yang aku pakai tu baju chef ... dan tak kurang juga ingat aku pakar motivasi.. dan ada jugak ingat aku doktor gigit ..
Camana tu ??? Sebenarnya aku ni bukanlah chef , pakar motivasi mahupun doktor .. bukan bukan.. salah tuu ...
Buat yang nak tau , MAT GEBU adalah MAT GEBU yang terkenal dengan TIFFINBIRU dan aku pula BEN ASHAARI yan tak terkenal dengan TIFFINBIRU tu ..Faham tak ni ??? Ok.. aku pon tk faham..
Maka disini , suka citanya ingin aku memberitahu bahawa , setiap resepi masakan di blog MAT GEBU aka www.tiffinbiru.blogspot.com tu bukanlah milik aku , walaupun sebesar zarah.. hehehe.. tu semua Ahmad Albab Mat Gebu yang punya ..
Jadi , kalau nak cilok resepi tu , silalah rujuk pada mahkamah syariah atau mahkamah sivil dulu yer ... kalau susah sangat , rujuk je pada pesuruhjaya sumpah ,Datuk Paduka MAT GEBU..
Sekian , terima kasih ..