Aku terperasan seorang sahabat FB aku mengeluarkan statement gini di FB nyer .. Pinjam sat eh ...
" Muka saya mmgla mcm budak 6 tahun... badan saya memangla kecik mcm budak darjah 6.. tapi saya sudah BERKAHWIN...!! Sila jangan ngorat saya secara online ataupun offline.. Dan yang paling penting hati saya sudah BERPUNYA!!! Peace!! "
Ini cumalah contoh status yang mana kawan aku ni dah sah sah tahap tak leh tahan sbb dingorat walaupun terang terang dalam status FB nya tu tertera MARRIED !!!
Tahukah anda sesungguh syaitan suka merosakkan rumahtangga anak cucu Adam ? Kalau dapat runtuhkan , maka tinggilah lagi darjat syaitan dikalangan mereka !! Wahai lelaki lelaki , janganlah kamu samakan darjat kamu dengan syaitan syaitan itu .. Sesungguhnya masih ramai lagi anak dara di luar sana tu untuk dipinang.. Kalau anak anak teruna tak nak pinang anak dara , biarkan saja yang bapak teruna ni pinangkan .. amacam ? hahaha.. guwau laaa...
Kenapa lelaki ( tak kira bujang atau tidak ) suka pada perempuan yg dah kawin ? Lagi dah kawin lagi diorng nak ngorat ? Adakah perempuan yang dah kawin ni lebih menarik dari yang dara tu ??
Sebenarnya tidak langsung ... Semua ini kerana bisikan syaitan ... Mata , nafsu , telinga segalanya ditipu oleh syaitan laknatullah !! Dibisiknya mengatakan yang dah kawin tu lebih mudah digoda .. lebih anggun .. kesepian dan macam macam lagi... Bawak istighfar kawan kawan ... Jangan cari pasal .. Kalau dah gatal sangat nak runtuhkan rumahtangga orang tu cuba fikirkan satu jer .. Di dunia ni , ada akta untuk mereka yang menganggu rumahtangga orang dan di akhirat nanti ada neraka yang menunggu masa untuk membakar mereka yang bakal menghuninya ..
Sama sama kita menghayatinya ... Tamo hujan ke malam ni ?
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Jabatan Meterologi Malaysia meningkatkan Amaran Peringkat Merah berikutan hujan lebat di beberapa kawasan di utara dan pantai timur Semenanjung sejak beberapa hari lepas.
Kawasan terbabit adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli di Kelantan, manakala di Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap serta di keseluruhan Perlis.
Jabatan itu, menerusi laman webnya, turut mengeluarkan Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Pokok Sena, Pendang, Yan, Sik dan Baling di Kedah, serta Daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu di Terengganu juga ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga.
Nasihat Hujan Lebat dan Ribut Petir Peringkat Kuning diberikan di beberapa kawasan di Kedah termasuk daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu serta keseluruhan Pulau Pinang.
Hujan dijangka berlanjutan di kesemua daerah sehingga Rabu ini yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. - Bernama
Sian penyanyi feveret aku dulu dulu ni .. Dia dipenjara dan didenda RM 4 ribu kerana didapati bersalah kerana memasukkan dadah ke dalam badan.. Sian dia kan ...
Sayang betul la .. suara dah la unik .. pasal apa leh pilih jalan gitu eh ? Tengok Saleem Iklim , Jamal Abdillah .. semua tu terlibat dengan dadah dulu .. Bayangkan berapa banyak duit dihabiskan untuk membeli barang haram tu ??? Haih... kalau didermakan lagi bagus gitu ..
Berbalik pada Ameng ... aku antara mereka yang suka giler lagu jiwang dia tu .. SEJIWA , BOUGENVILLA , SEPI TANPA CINTA .. iskh..banyak lagi la... nak tulis sini panjang lak nanti ..
Tak pe tak pe.. 2 bulan tu jap je.. harapnya keluar nanti insaf.. bawak bawak bertaubat ye bro Ameng.. kasi nyanyi balik .. kasi tunjuk yang awak tu boleh naik semula.. kasi buang itu dadah jauh jauh .. Yakin boleh bro !!
Maaf yer.. aku pasti ramai yg meluat dgn entri Nuffnang td.. Aku bukan nak tunjuk trafik yg mencanak mengarut tu.. serius..tk menarik langsung sbbnya aku pernah dpt lg menarik dari tu..
Tujuan aku hanya untuk memberitahu ttg masalah teknikal (mungkin) yg berlaku pada Nuffnang memandangkan ramai yg letak Nuff di blognya..
Tak perlu korang nak terasa hati atau nak rasa bengang dengan aku sbb korang boleh dapat semua bila bila masa jer kalau korang nak ! Masalahnya ada yg tak mahu mencuba sehabis mungkin..
Jangan terlalu bergantung dgn cara klasik...korang kena fikirkan cara lain ..Gunakan kreativiti serta kelebihan korang tu..Aku yakin korang boleh jadi lebih bagus dr mereka yg korang anggap otai..
Aku sendiri masih merangkak..SeTahun jagung lagi aku ni.. Oleh itu, buang perasaan negatif terhadap blogger lain sekiranya ingin maju dgn penuh bergaya ! Tak berbaloi ada 'hitam' dalam hati hanya kerana dunia maya ini. Sepatutnya kita merapatkan lagi persahabatan dan bukannya mencipta musuh ..
Ingat, walaupun 1UV trafik korang tu, korang patut berbangga kerana korang mencarinya dengan usaha sendiri !!! Dengan hasil penulisan yg korang sendiri .. Maka berbanggalah wahai sahabatku ... berbangga kerana dulu cikgu korang je yang baca karangan korang tu .. skang ?? Ramai woooo ... Tak kira apa pangkat dan jantina , mereka membacanya .. Jadi , perlukah nak ada rasa iri pada mereka yang sememangnya terlebih dahulu bernasib baik ?? Hari ini hari mereka... sapa tau esok lusa korang pulak ? Dan waktu tu kalau ada yang hasad pada korang lak , sapa nak tolong ??
Fikir fikirkan bersama .. hehe.. aku pon kena pk gak .. ;)
Kan kata dah .. tetiba je mencanak canak naik .. betul ke tu ? Cam tak percaya je..
Aku tak rasa aku punya je.. Mat Gebu pun ngadu kat aku tadi.. tak pasal pasal dia punya dah mencecah .. erk.. tu g tanya kat dia sendiri .. kang dia marah lak.. hahaha...
Nuffnang oh nuffnang... tak guna mencanak gini kalau takde BUFF .. kan .. hahaha ... kasi la barang 8-9 buff ke.. baru la leh raya Deepavali sket... heheh..
Aku dah buat banyak dahhhh.... penat jeee.... huwaaaaaaa... tensen ! benci ! geram !!! arghhhhhhhhhhhhhhhhhh... help ! help ! help !!
Lupa nak save.. boleh ?? Baik solat dulu..huhu...
Peti undi di blog aku menunjukkan BN bukan menjadi pilihan pembaca blog aku .. Mengapa ini terjadi ? Majoriti pembaca blog aku skang ini terdiri dari ... tengok la sendiri tu yer .. diambil dari ALEXA ..
Em... BN perlu lakukan sesuatu untuk terus memikat pengundi dikalangan remaja ... heheh... Mereka ni bijak memilih dah skang wooo..
Wah.. tak pasal pasal gadis banjir banjar ni mengutuk aku dengan cara terhormat dalam blognya .. Wawawa... Aku pasti ramai tak kenal dia ni sbbnya dia mmg terkenal di kalangan blogger lama jer .. blogger baru tak kenal sangat dia ni sbb dia ni jenis pemalu.. Kalau korang tengok dia jalan kan , sah sah nak buat dia jadi menantu jiran rumah korang tu .. haaa...
Korang kenal tak awek ni ??
Dulu kat GENGBLOGGER , blogger panggil dia GADIS BELALANG TERBILANG ... Mmg dia terbilang kat sana wooo ... aku sendiri pon tak leh nak terbilang macam dia .. maka aku jadi DIBILANG dah la yer ..
Ok.. buat mereka nak berkenalan dengan gadis banjaran Himalaya ni , boleh la g jengok dia kat blog dia .. Awas !! Sudah berpunya !!! Sapa yang punya ??? Ahmad Albab yang punya ...
Erk.. Yo MISS KICK , jangan marah aaa ... jom g tengok apa dia ngumpat pasal aku.. huh > GADIS TERBILANG
Serius.. aku tak sangka.. sampai skang ni aku masih lagi dok tongoh bijik mata aku ni.. Macam tak percaya jer ... Maklumlah ... aku bukannya artis .. apatah lagi bujang .. ada rupa ? Jauh sekali arr !!
Setiap hari , ada je yang add aku .. mmg buat aku terharu je .. Bukan apa , aku bukan jenis blogwalking 100% .. kadang kadang je aku buat gitu terutama bila free yang amaat amat free.. bila BW , barulah aku jadi follower mereka .. tu pon jika blog mereka tidak 'menghang'kan pc aku ... maklumlah , aku kan guna netbook yang mana processor dia cumalah ATOM jer .. dan kadang kadang guna HTC aku ..
Terima kasihlah yer kerana sudi mengklik FOLLOW tu .. bagi aku , korang bukanlah peminat atau pembaca setia tetapi rakan rakan yang senantiasa memberi semangat aku agar terus berblog walaupun kadang kadang semangat aku jatuh ke bumi tanpa payung terjun !! hukhuk .. nak ajak datang rumah , jauh kan .. hehe.. tak pe , kita serbu je rumah mat gebu nanti ... hehe.. Raya haji nanti ? Leh buat gathering kat umah dia tu.. hahahhaha.. Amacam mat ? Ada brani ??
Huhu .. senang eh ? Tulis je apa nak tulis eh ? Nak baca ke tak nak baca ke , lantak la eh ?
Teeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt !!! Salah ! Anda salah !! Memula tu , yer .. blog korang tu dibaca oleh kawan kawan terdekat , adik beradik mahupun jiran sebelah rumah ..
Tapi jangan lupa ... sebaran mengenai blog anda itu berlaku dengan amat pantas sekiranya blog anda mempunyai 'cerita' yang bagus dan menarik !
Oleh itu ... senantiasa berhati hati bila bercerita dan jangan terlalu lantang bila bersuara kerana apa ...
ANDA SENANTIASA DIPERHATIKAN !!!
Cam blackhawk down lak eh .. hahaha.. sapa sapa yang update tengah malam semalam pastinya akan frust sbb takde kiraan $$ disebabkan berlakunya masalah teknikal .. hehehe..
Kalau tak caya cuba tengok balik analytics korang tu .. tak silap aku dari kul 2 sampai ke kul 5 kot takde kiraan .. kat situ je leh dapat beberapa ratus UV.. rugi rugi.. kan kan ? Hahaha.. tak pe la.. bukan selalu terjadi pon .. kadang kadang jer ..
Aku rasa Nuffnang pon ketat gak muka dia ari ni .. takkan tak bayar domain kot ? hahaha.. guwau yer incik Nuff ... Makan dah keeee ? Kalau belum jemputlah ke rumah Datuk Paduka Mat Gebu Al Buaya Padang Pasirun .. hehehe ..
Serius .. aku makin menyampah dengan pengangkutan awam ni .. bukannya makin bertambah baik tapi makin merosot !
Pertukaran jadual lrt suka suka diorg jer ! Bayangkan kalau dulu , aku boleh sampai opis awal 5 minit tapi sekarang turun turun stesen aku ada 5 minit untuk sampai ke opis yang mana biasanya pasti mengambil paling cepat pon 15 minit !! Bukannya dekat tu.. dari stesen PWTC ke Menara Dato Onn dan nak naik lif lagi ke tingkat 23 !
Arghh... geram betul aku .. Aku naik ERL jam 7.10 .. sampai ke stesn Tasik Selatan , 7.25 gitu .. Sedang jalan kaki , sebijik LRT dah lepas yang mana aku tau dia pasti lewat sekurangnya 2-3 minit sebelum aku masuk ke stesen LRT .. Kalau dah lepas tu , nak kena tunggu lagi 5 minit .. pastu bila bergerak , LRT pasti akan berhenti di persimpangan CHAN SOW LIN tu .. sekurangnya kat situ pon dah 3-4 minit ! Yang peliknya kenapa kena berenti kat situ ? Kata canggih ???
Takkan aku nak kena keluar awal macam dulu ? Kalau gitu tak de maknanya la aku tukar jadual ??? Haih... Dulu ok jer ?? Nape kebelakangan ni makin teruk ?? Tak pasal pasal dah merah ! Tak sabar aku nak tukar ke Putrajaya !!!
Tak pe.. buat masa skang , aku tak de pilihan .. samada aku kena kuar awal atau berlari je kejar LRT yang awal tu .. huh... sah berpeluh nanti ..
Salam dan selamat pagi semua ..
1 Nov dah ... bulan ni akan ada dua hari yang bermakna dalam hidup aku .. apakah itu ? Tu kena tunggu laa... hehe..
Sekejap je masa berlalu... Pejam celik pejam je dah masuk hujung tahun .. Rasanya azam korang dah tercapai ke belum ? Aku ? 50% tercapai dan berpuashati ..
Minggu ni aku ada azam baru .. Sehari satu entri .. boleh ? Rasanya nak slow down skit bab blog ni .. nak rehatkan pala otak .. rasa rasa korang aku boleh buat ke tak ? Heheh.. Entah ... aku pon tak yakin ..Bak kata orang , kalau dah kaki tu kaki gak ..
Tak kisah la .. janji takde hati yang sakit dengan blog aku dah la yer .. Kalau ada tu , aku mintak maaf la yer... Kita hidup atas dunia ni sementara jer ...
Ya Allah .... arghhh... tensen tul orang sebelah aku ni ... arghhhhhh....
Aku teringin jadi Bill Gates .. Hidup senang lenang.. harta melimpah ruah .. tiada apa yg perlu difikirkan ..
Atau aku teringin jadi seperti David Beckham ... penuh dengan glamour .. ke sana ke sini .. peminat terjerit jerit ..
Atau aku teringin jadi seperti Shah Rukh Khan .. Dengan dunia tersendiri .. senantiasa di puja sana sini ..
Ah .. mereka ini seolah tiada masalah .. Senyuman terpatri kemas dibibir mereka seolah tiada masalah .. Alangkah bahagianya mereka ..
Tapi sedarkah kita berapa ramai ingin jadi seperti kita ??? Menyangkakan kehidupan kita lebih lengkap berbanding mereka ? Kita duduk di dalam restoran mewah walaupun hanya makan nasi goreng kampung sedang mereka duduk di tepi jalan mengemis hanya untuk nasi kosong ??
Tidakkah kita sedar berapa ramai ingin jadi seperti kita yang ingin mandi bersama air dingin lagi bersih walaupun di dalam bilik air yang kecil sedangkan mereka terpaksa mengunakan baldi untuk mengangkut air di sungai keruh ?
Kita mengeluh makan maggie setiap hari kerana salah kita sendiri ! Membazir dengan berjoli sana sini .. Tahukah kita betapa mereka sujud syukur kiranya dapat sebungkus maggie itu ??
Hurm ... adakalanya kita terlupa .. ada lagi malang dari kita .. kita senantiasa nampak yang diatas dan teringin berada bersama mereka ..
Kalau hanya memegang cangkul tapi duduk berborak , masakan tanah akan berbakti pada kita ?
Kalau kita asyik menuding jari mencari salah orang , masakan kita boleh berlari bersama mereka ?? Hurm..fikirkanlah ..
Isnin .. Selasa .. Rabu .. dan seterusnya .. Kita lalui dengan mengeluh di dalam diri .. Fikirkan mereka di Merapi sana .. Apakah Isnin mereka sama seperti kita ? Dulu sama .. sekarang ??
Hurm ..