Ingat lagi tak entri aku berkaitan dengan tugas blogger ? Hurm... walaupun aku ni sekadar melepaskan entri entri biasa di blog aku ni namun dalam diam ada insan insan meminta pendapat dari aku .. Bukanlah nak kata pendapat aku ni bagus tapi mereka yg minta pendapat aku ni dah lama mengikuti perkembangan blog aku dari mula ..
Hurm .. baru baru ini aku dapat mail di FACEBOOK .. Aku terkedu membacanya .. Dan aku harapkan ianya sekadar gurauan semata mata .. Tapi bagaimanakah jika ianya betul ?
Ingin aku paparkan di sini tapi aku rasa seperti tidak amanah pulak sbb dia mintak pandangan aku atau aku rasa dia lebih nak meluahkan perasaannya ..
Manusia .. tidak lari dari masalah .. cuma ada yang membantu dan ada yang cuma memandang .. Paling keji jika turut menambahkan lagi masalah dengan mengutuknya lagi .. Bukan tak de jenis ni.. ada .. ramai ....
Ingin sekali aku berkongsi dengan rakan rakan lain dan meminta pandangan mereka memandangkan pembaca blog aku ni terdiri dari pelbagai pemikiran ..
Tapi aku belum dapat lagi kebenaran dari dia.. InsyaAllah.. dia kata dia akan mengirimkan ceritanya .. Apa pun buat rakan kita tu , bersabarlah .. tiada jalan mudah untuk mengharungi hidup ini .. Yang nampak mudah pon sebenarnya perit !