Niat aku memberi segala tips yang aku tau bukanlah inginkan pujian melambung mahupon kata kata manis dari mereka.. Aku malu bila baca segala komen di blog aku atau di blog mereka .. Malu bila dikatakan 'otai' atau pelbagai lagi ..
Hurm.. aku hargai sangat apa yang mereka ingin sampaikan didalam komen ataupon entri penghargaan mereka.. Aku sangat sangat terharu . Samada ikhlas atau tidak , hanya mereka saja tau tapi bagi aku , mereka ikhlas 100% ...
Kenapa aku sibuk sangat nak bagi segala tips yang aku tau ? Apa yang aku mampu bagi pada mereka yang tercari cari rentak dalam dunia blog ini ? Hanyalah secebis pengetahuan serta pengalaman aku yang seciput ini jer .. Mana lah tau mungkin berguna buat mereka yang baru nak mula melangkah .. Sapa tau bukan satu hari nanti mereka mampu melangkah ala ala BOLT tu .. haaa...
Aku tau perit nak melangkah .. perit sangat bila tengok rumah cantik tapi tiada pengunjung sedangkan pintu pagar di buka luas untuk menerima kehadiran tetamu tetapi bilangan yang mengunjungi amat menyedihkan .. Semangat mati .. Sapa nak bangkitkan mereka ? Sedangkan ada diantara mereka menunjukkan segala kejayaan mereka namun berapa ramaikah menghulurkan tangan mempelawa untuk meraih segala kejayaan bersama ?
Sikap utamakan diri sendiri ini mmg dah lama kita tau .. Sejak lahir kita didunia ini , kita dah tau .. Lepaskan dulu diri kita baru pandang ke belakang .. samada nak hulur tangan atau tidak , hanya hati yang mengetahuinya ..
Berbalik soal 'otai' .. OTAI ini terlalu berat pangkatnya .. Seolah olah Otai ( old timer ) ni cukup mahir dalam selok belok dunia blogging .. Bila ada diantara mereka mengatakan bahawa aku ini otai , maka ramailah akan 'menziarahi' blog aku .. Maka selebihnya aku rasa korang tau sendiri la kan .. Takkan otai macam aku ni kan ??? Lebih lagi aku guna blogspot.. Otai tak guna blogspot.. Dia mesti guna wordpress..baru la otai.. Nak kata apa kan .. malas nak bicara isu ini ..
Aku lebih rela dikatakan blogger baru .. atau sebenarnya aku belum pon layak di gelar blogger disebabkan ilmu penulisan aku langsung tidak mantap lagi .. Aku masih setahun jagung.. Dan aku sedang berusaha untuk memperbaikinya lagi ..
Isu Otai ini boleh menyebabkan mereka mereka yang tidak berpuashati dengan aku , mencetuskan satu isu negatif yang mana aku rasa korang mungkin boleh agak ..
Aku malas nak layan bab bab negatif ni sbb aku ada dunia realiti yang perlu aku amik tahu .. Dunia maya ini cumalah dunia kedua aku di mana disini aku ada ramai rakan rakan blogger di seluruh pelusuk dunia ... Menarik bukan ? Lebih baik cipta kawan dari lawan ..
Ok.. tu je la aku nak bagitau .. Senang dan mudah ... AKU BUKAN OTAI DAN TAK BERMINAT NAK JADI OTAI .. KAU DAN AKU ADALAH SAMA ! KITA SETARAF !
Selamt datang ASHIYA !