Akhirnya , cecah gak 4 ribu pada tepat jam 4 petang tadi ..pergh .. Sapa yang dapat no 4 ribu tu ?? Lucky number ?? Neehh... dulu aku mungkin berminat nak cari sapa yang nombor sekian sekian tu tapi kali ni tidak sebab tanpa no pembaca setian nombor 3,999 atau 3,541 , yang no 4 ribu tu tak jadi 4 ribu kan ? Faham tak ni ??? Adeh.. Ok .. sila ulang baca jika tak faham..
Ini bermakna , semua dalam sudi menjadi follower blog ini sama jer .. Kesudian mereka mengharukan aku .. Tak sangka boleh sampai seramai ni .. Dulu aku mula berblog , ingatkan nak dapat seribu pon susah.. Tapi tak sangka la kan ? Kita tak tau 'rupe' rezeki kita .. Yang penting apa ???? Kerjasama ??? Tak la.. usaha ...
OK.. bab follower ni , ramai yang akan kata .. Alaa.. follower tu belum tentu diorg baca blog tu .. kan ? Tapi dari 4 ribu tu , kalau 100 orang baca pon dah kira bagus kan ? Dari takde langsung kan ? Ini semua alternatif kepada pencarian trafik .. Buat yang tak tau tu , ada blogger akan merujuk pada DASHBOARD blogspot untuk mencari entri entri menarik untuk di baca ..
Satu lagi kelebihan FOLLOWER ini , pemberi semangat .. Tapi ramainya follower tu belum tentu menunjukkan blog tu popular atau tidak .. bahagian tu , aku tak pasti.. popularnya sesuatu blog tu bukan disebabkan ramainya FOLLOWER .. haa.. tu kena betulkan skit yer ..
Namun bagi aku , makin ramai Follower di blog aku membuktikan blog aku diterima mereka ... Alhamdulillah .. Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa di blog ini dan juga menjadi pembaca setia ..