Hurmm.. Sementara menunggu wife aku dok bershopping kat COSWAY tu , aku amik peluang update satu entri memandangkan aku teringat sesuatu kes... hehee...
Aku plan nak bertanya tentang satu lens kat butik NIKON yang kebetulan ada kat sebelah COSWAY tu ..Tetiba aku teringat semalam punya hal ..
Ada satu butik baju wanita di Precint Diplomatik yang mana harga membuat jualan murah potongan sehingga 50% untuk mana mana baju .. Wife aku terkejut la.. sbb dia dok lalu lalang kat situ tak perasan akan sales tu .. hehe.. lalu dia tanya la kenapa jual murah sangat ... Menurut tuan punya butik tu , sewa kedai kat situ dinaikkan .. Sekarang ini , sewa bulanan adalah RM6 ribu .. Bulan depan akan dinaikkan RM8ribu !!! Perghh .. Giler !! Dah la
Dulu tempat tu , tempat jin bertandang .. orang nak datang makan pon leh kira dengan jari.. skang ? Bila dah mula ramai , terus nak naik giler babas .. Mana boleh tahan kan ... Terus tutup kedai.. dia nak bukak kat tempat lain.. Sian .. Bangsa aku lak tu.. haih.. Baru nak maju skit , dah kena tutup..
Disebabkan itulah aku kensel nak bertanya kat butik NIKON ni sbbnya sah sah harga mengarut.. Baik aku g tanya je kat LOW YATT atau BTS jer.. BTS ler.. tk tau ? Berjaya Times Square ...
OK.. abis part tu .. nak jawab satu soalan tadi.. Camana nak buat auto post .. hurm.. Cuba google.. TUTORIAL MEMBUAT AUTO POST.. hehhe.. pasti ada punya .. Apa saja yang korang tak tau , google jer .. mesti jumpa .. termasuk la robot robot tu haa.. hehehe.. jumpa dah kan .. hehehe.. Kalau rajin , belajar la tentang SEO .. google yer.. Apa itu SEO ..
Ops..tadi terjumpa si KON , owner GENGBLOGGER .. hehe.. terkejut dia bila aku kata aku dah potong dia bab ALEXA .. dulu GB jauh tinggalkan aku ... mencanak aku nk kejar.. heheh..lalalala.... aku guna blogspot okeh.. bukan wp... bukti blogspot boleh maju .. kan kan ..
Caakk !! Mana ada tips tingkatkan follower !! Kalau diorng nak follower , diorng follow le.. kalau tak , korang bagi je flower .. haha.. apadaaa..
Aku perasan la kan ... kalau ada je perkataan TIPS maka counter aku cecah 100++ .. aisey... Gini yer... Sebagai seorang blogger , rajin rajin google dan tengok bagaimana blogger dulu punya tips n tricks.. Rajin rajin godek.. aku tau korang semua pandai tapi 'M' tu je jadi penyebab .. kan kan ?
Ok.. aku nak balik .. jangan maraah aa.. guwau jeee.. Selamat berhujung minggu .. hehehe
Malam ni , g tengok wayang .. midnite lak tu .. kul 12 tengah malam baru mula.. biasanya waktu tu aku akan post satu entri .. tapi kalau aku keluar camana ? Aku akan rugi banyak trafik woo..
Apa yang penting sangat trafik bagi aku ? Penting.. banyak penting untuk aku walaupun aku takde BE .. Bukan sebab ranking atau NUFFNANG ..tapi ada sebab lain .. aku rasa korang mesti tau.. tak pe.. biar korang pk dulu.. nanti aku cerita .. hee..
Jadi , sebelum aku keluar , aku akan sediakan 2 entri khas untuk malam ni.. Kul 12 dan kul 1 pagi .. Ada kawan blogger tanya , ada ke orang nak baca blog waktu tu ??? Hehe.. ramaiii wooo... Cuba tengok kat bawah ni.. Ada korang nampak '0' ?
Tak de kan ? Jadi , jangan biarkan blog korang ' sepi tanpa cinta' ... Lainlah kalau korang guna 'teknik' khas.. hehe... Aku tak suka gitu.. aku suka 'segar dari ladang' .. Aku nak mereka senantiasa datang kembali ke blog ini.. kan kan ? Bukannya sekali baca pastu ilang terus... Cuba kekalkan mereka.. susah ? Itulah yang menarik.. kan kan ? Cabaran !!
Aku ditegur di FACEBOOK tadi.. aku rasa dah berkali kali dia cuba pm aku tapi aku wat dek .. Sbb cam pelik gaya teguran dia .. Tapi kali ni aku jawab salam dia.. Dah orang bagi salam kan , kena la jawab ..
Tanya aku kat mana .. pastu bila nak jumpa ? Huk aloh.. intro takde apa takde terus nak jumpa ? Kok iyer pon , perkenalkan diri ... Haih.. aku pon jawab le untuk apa jumpa ?? Kalau bab bab MLM ni aku mmg lemah skit .. malas banyak .. hehe ..
Tau dia jawab apa ?? NAK CIUM AWAK BOLEH ? Hak tuih Geli geleman aku siut.. Dia ingat aku ni apa ??? Gay ke ? Ya Allah .. Aku rasa gay tengok live pon tak minat aku.. hahahha .. Yeker ?? Sat ..nak ingat balik ... Hurm.. minat minat.. bukan tak penah kena goda.. hahaha..adoii.. geli arrr...
Best part .. aku tengok background.. hurmm.. haih... camana laa dia boleh pilih jalan hidup menyimpang gitu .. Ya Allah ... berilah hidayahMU pada mereka ...
Tutup bab tu.. ni aku nak tolong promotekan satu GA ni atas permintaan dia .. Kalau nak tau dengan lebih lanjut.. g masuk blog dia ye .. > SOFFYA
Ah... sakit telinga ku ini .. hari hari dengar leteran dia .. Bosan la.. Aku bukan budak kecil lagi .. Dah cukup dewasa sudah .. Takkan masih nak dibeleterkan lagi .. Sudahlah ibu , dewasa sudah anakmu ini ..
Kena berleter lagi .. Dah kawin pon masih dibeleterkan jugak ? Tolonglah.. tak perlu aku dengar leteran semua itu .. Sakit telinga ini.. bukan sehari dua aku hidup di muka bumi ini .. haih ...
Ala.. kat pejabat pon kena berleter .. boringlah .. sana sini semua kena berleter.. apa hal ni ? Teruk sangatkah aku ni sampai semua orang pakat nak berleter kat aku ? Apa salah aku ??
Bayangkan .. satu hari nanti .. ibu kita tiada .. siapa nak berleter lagi pada kita ? Siapa lagi yang kita harapkan untuk menegur kita ?
Bayangkan .. jika pasangan kita itu meninggalkan kita .. siapa lagi yang nak jaga kita ? Leteran mereka kerana sayangnya pada kita .. Kita buat salah kita tak sedar .. Apa saja mereka nak buang masa mereka dengan berleter pada kita ?
Bayangkan .. di pejabat kena leter.. Syukur la.. ada pekerjaan.. kalau takde kerja ? Mesti ada sebab kena leter ..
Fikirkan .. Jika mereka ini tiada , telinga ini nak dipasang untuk dengar apa ? Lagu cinta ?
LOS ANGELS: Oprah Winfrey dinamakan sebagai wanita yang meraih pendapatan tertinggi di Hollywood.
Hos rancangan televisyen itu mengalahkan artis seperti Beyonce Knowles, Lady Gaga dan Madonna, mengumpul AS$324 juta (RM 1.001 bilion) daripada empayar medianya, termasuk rancangan bual bicaranya sendiri dan majalah untuk mengungguli senarai dikumpul majalah Forbes.
Oprah, 56, mengumpul kekayaan lebih banyak berbanding bintang lain jika kelima-lima mereka digabungkan bersama, dengan Beyonce meraih AS$89 juta (RM275.14 juta), Britney Spears (AS$65 juta – RM200.95 juta), Lady Gaga (AS$64 juta – RM197.86 juta) dan Madonna mengumpul AS$59.9 juta (RM185.18 juta).
Pendatang baru di bawah usia 30 tahun membuat tanggapan besar dalam 10 senarai teratas, dengan Gaga mengalahkan mereka yang kekal dalam senarai iaitu Sandra Bullock, satu-satunya aktres dalam senarai dan Ellen DeGeneres.
Miley Cyrus dan Taylor Swift turut menempatkan diri dalam senarai itu, dengan hos televisyen Hakim Judy berada di tangga ke-10.
– Agensi
Senarai Top 10 Wanita Hollywood yang meraih pendapatan tertinggi 2010.
- 1. Oprah Winfrey: $324 juta (RM1.001 bilion)
- 2. Beyonce Knowles: $89 juta (RM275.14 juta)
3. Britney Spears: $65 juta (RM200.95 juta)
4. Lady Gaga: $64 juta (RM197.86 juta)
5. Madonna: $59.9 juta (RM185.18 juta)
6. Sandra Bullock: $59.2 juta (RM182.93 juta)
7. Ellen DeGeneres: $56 juta (RM173.04 juta)
8. Miley Cyrus: $48 juta (RM148.32 juta)
9. Taylor Swift: $46 juta (RM142.14 juta)
10. Judge Judy: $46 juta (RM142.14 juta)
Bukan mengongkong !! Kalau kita perasan la kan , sewaktu bercinta ni punya la jaga tak hengat .. Nak g sana sini , susah belaka .. Kira nak dapat cop mohor dari maharaja Jepun pon lagi mudah la dari nak dapat kebenaran dari pasangan kita ni .. Pergh.. kena gaduh dulu la baru leh dapat .. Tapi bukan semua gitu.. kan kan ?
Alasannya ? SAYANG weh !! Gue sayang lhooo .. jadi kena la prihatin .. Bagus la gitu kan ? Tak salah ... Tapi kenapa bahagian bahagian lain tak nak jaga ?? Takkan bab kuar malam , atau g sana sini kena prihatin ? Bab solat si pasangan tu , tak nak jaga ? Bab bab agama .. ajak ajak la gi majlis ilmu.. tak nak la pulak kan ? G lepak tempat tak berfaedah , ok la pulak eh ?
Ramai pening bila dapat pasangan yang mengongkong tak tentu hala ni terutama perempuan .. Pening dapat lelaki yang giler babas punya mengawal segala tindak tanduk sehingga kalau boleh laaa sampai suar dalam pon nak checking !!! Haaa... Ada ke gitu ? Jgn tak tau woo.. ada spesis makhluk gini tapi bukan aku laa.. Pengalaman member cerita gitu.. hehe..
Ginilah .. lelaki dan perempuan .. selagi korang belum diijabkabulkan secara sah dan halal di sisi agama dan undang undang negara , masing masing jaga diri masing masing .. Dah besar panjang kan ? Cukuplah sekadar mengingatkan serta berdoalah kepada Allah agar melindungi pasangan kita tu ..
Kalau benar dia itu jodoh kita , maka tunggu je la harinya .. Jika bukan , lepaskanlah demi kerana sayang dan cinta .. Buat apa merosakkan cinta dan kasih sayangnya dengan menyakitkan hatinya ? Sebaik baik cinta atau sayang , peliharalah agar senantiasa bercahaya .. kerana Allah ...
DENVER: Sebutir mutiara seberat enam kilogram, dipercayai yang terbesar di dunia, kini dikunci di dalam sebuah peti simpanan bank di Colorado sehingga satu pertikaian perundangan di sini dapat menyelesaikan bagaimana untuk membahagikan hasil jualannya.
Seorang hakim persekutuan bersetuju untuk membuka kembali kes 29 tahun terhadap apa yang digelar ‘Mutiara Allah’ itu.
Namun, minggu lalu peguam seorang daripada pelabur meminta mahkamah kekal dengan perjanjian terdahulu.
Asal mutiara berdiameter 23 sentimeter itu yang menyerupai bentuk otak manusia, dikelilingi lagenda dan mitos. Penyelam yang menemuinya pada 1934 di luar pantai Filipina lemas apabila dia masuk ke dalam kepah besar untuk mengambilnya.
Seperti yang dilaporkan akhbar Denver Post pada 4 Mei 2007, konflik berhubung pemilikan batu permata itu bermula pada 1975 apabila pemilik bersama Eloise Bonicelli ditembak dan dibunuh seorang penceroboh di rumahnya. – AP ( BHARIAN )
IKLAN
Victoria's Secret
Dan banyak lagi koleksi terkini .. hanya di > Ardini's Treasure
Satu perkara yang tak bagusnya bila dah tua ni , sukar nak menerima mereka yang muda apatah lagi mereka ini berpangkat lebih tinggi dari yang tua.. Hurm.. tak sesuai sebut tua.. VETERAN .. haaa.. sesuai gitu ..
Entahlah.. sepanjang aku bekerja di sektor kerajaan ni , ada satu jenis perangai yang membuatkan aku geleng kepala .. Bukan satu tapi banyak la.. Aku rasa semua ni ada di mana mana ..
Aku tak nak cerita pasal sektor swasta walaupun aku ada pengalaman jugak bekerja di sektor tersebut .. Apa yang aku nampak dan tak gemar ialah mereka yang merasakan diri mereka dah cukup besar apatah lagi mereka mempunyai pengaruh keatas orang atas menidakkan kuasa orang lain .. Ini mmg satu perangai yang teruk !
Walau camana veteran pon kita dalam sesuatu bahagian tu , kita tetap kena ikut pangkat .. Hormat perlu ada .. Suka atau tidak , itulah kenyataan yang perlu kita terima.. Nak kata apa dah kan ? Sapa suruh tak belajar rajin rajin dulu .. Nak salah kan sapa ? Mahu atau tidak , kena tabik pada yang muda sbb dia ada pangkat ! Hormat ..
Tapi yang muda ni pulak , jgn besar kepala .. Berlagak macam tak pernah ada kuasa .. Kena hormat orang bawah .. Sama sama hormat ..Barulah selesa kerja .. kan kan ?
Hehehe ... rehat jap.. banyak penyertaan CERITA KREATIF tu .. Undian pun banyak .. huhu ... Tiada undian rahsia berkaitan contest tu sbb suka suka je.. Aku nak blogger saling sokong menyokong antara satu sama lain .. Kesimpulan bagi aku , semua penyertaan mmg kreatif .. Maka ..biarlah undian je menentukan .. Kalau aku pilih takut jadi berat sebelah kan ? Maka biarlah pembaca yang tentukan sendiri .. Dan bergantung pada blogger tu sendiri nak buat promosi .. hehe ..
Malam ni , aku nak layan movie lagi kat Alamanda .. Cerita apa ??
Show kul 12 malam .. hehehe.. Esok ?? Mid Valley !! shopping !! Tapi sebelum tu , malam ni kena g gym.. perut dah membulat.. hahaha..
Aku harap isu pasal blogger baru selepas ini tidak timbul lagi .. Berbloglah dengan hati yang gembira .. Cari kawan dan bukan lawan .. Bina 'kawasan' masing masing ..
Gambar diatas menunjukkan trafik aku yang stabil dari dulu lebih lagi selepas raya ari .. Bukan mudah nak mudah .. Bukan susah nak susah ..
Ok ? Yang penting usaha dan kreatif dan sedikit 'nasib' ... Semoga berjaya ..
Alhamdulillah .. LRT dah pulih .. tiada lagi merah.. Katakan TIDAK pada merah .. hehehe ..
Ngantuk dan lapar .. Baru lepas redah hujan .. Hujan kat KL skang ni .. Rasanya dari malam tadi hujan sbb Putrajaya pon hujan .. Liat nak bangun pagi tadi .. hehe ..
Ada yang tanya mengapa aku tak guna form atau poll .. ;) .. Sebenarnya ada sebab aku buat begini .. Tujuan utama contest ini adalah bukan untuk mencari pemenang .. Tapi nak buktikan yang sebenarnya mereka yang kata tiada idea tu mempunyai banyak idea untuk berkarya cuma mereka perlu didorong oleh seseorang dan sesuatu .. Untuk contest ini mereka nak blog mereka dipromosi sekiranya menang .. Bukankah aku dah terang terang promosi blog mereka ??
Bila mereka dah buat , bermakna mereka dah berjaya mencipta satu entri yang mana ianya datang dari idea mereka sendiri .. Samada ceduk atau tidak , terpulang pada diri sendiri .. Yang penting , mereka ada daya usaha dan berminat nak majukan blog masing masing .
Kalau ada yang nak kata aku sengaja mencipta contest untuk menarik trafik , tolong buang pemikiran tersebut .. Mereka yang dah join ni , pastinya ada yang masuk baca tulisan mereka.. Kalau mereka tak tulis , ada trafik tak dari blog sini ?
Ini semua sebenarnya adalah sessi suai kenal blogger jugak .. Takde sapa kalah menang untung rugi .. Ini adalah masa untuk belajar serta mencari kelebihan diri untuk menjadi penulis yang lebih kreatif..
Segalanya bermula dari bawah .. Contest aku ini adalah asas sangat.. Budak sekolah pon boleh buat .. Tapi ingat , dikala dewasa ini , kita dibelenggu dek pelbagai masalah menyebabkan otak kita jadi tepu dan inilah masa untuk cairkan semula..
Terbukti .. ramai yang kreatif ! Ok .. contest ini akan mencari TOP 10 PILIHAN PEMBACA dan aku sendiri akan cari entri yang menepati kriteria aku .. Aku harap jangan ada yang kecil hati sbbnya korang semua telah pon menang .. Menang kerana berjaya membuktikan korang kreatif !
Eh.. lupa lak. .salam dan selamat pagi .. ;) .. Aku pon bermula dari sini .. Yang penting bukan hadiah tapi pendedahan aku kepada dunia blog .. Ingat , bila belajar jangan harap dapat 100 markah terus . Yang penting ilmu itu ..
Okeh.. semua dah masuk dalam tu.. penat tau buat neehh .. haaa.. last last dapat kutukan .. mempergunakan korang .. hahaha ... jadi skang ni korang dipergunakan sehingga aku dok berjaga tiap malam .. dasat gak kan .. ni pon pening dah kepala.. esok mau kije lagi.. sabtu mau shopping lagi.. erk.. lari tajuk lak ..
Okeh.. skang ni masa untuk mengundi .. Senang jee.. tak susah ... hahaha.. Kita akan cari TOP 10 di kalangan yang antar entri ini .. Sapa yang akan pilih ??? Sapa yang akan undi ?? Korang sendiri !!
Syarat syaratnya ialah ... satu orang hanya boleh memilih satu entri yang dirasakannya KREATIF !! Penilaian terpulang pada korang sendiri !
Kemudian tinggalkan di ruang komen ini , nama blogger yang korang pilih itu .. Tidak dibenarkan memilih diri sendiri ! Malu malu !! hahaha.. Undian TOP 10 ini sehingga jam 12 tengahari esok .. kemudian .. apa yg akan berlaku ??? Tungguuuuu .. hehehehe..
Korang boleh mintak rakan rakan korang di FB undi untuk korang .. tapi dengan syarat , kena tinggal komen la .. hehehe..
Cara untuk meninggalkan komen ialah , contoh yer :
PUTERI IQA IZYAN
Ok ? Faham.. skang ni sama sapa boleh masuk baca , dan pilih yang paling kreatif .. Sila mulakan .. sebarang pertanyaan ? Takde ? Bagus.. Mulakan ...
Blogger , masa ni gunakan tips yang telah diajar .. hehehe...
Sila rujuk entri ini( link ) untuk baca kesemua jawapan peserta