Sewaktu aku kecil dulu .. perkara yang paling aku takut ialah , kematian kedua orang tua aku .. Pelbagai persoalan timbul dalam kepala aku.. Sapa nak jaga aku dan adik beradik aku ? Dengan sapa aku nak bermanja ? Ah.. aku rela kena rotan hari hari .. Aku tak nak degil dah ..
Bila dah remaja.. aku rasa aku mampu hidup berdikari.. dah boleh cari kerja dan hidup tanpa mereka.. Bila merajuk .. cuba la nak lari dari rumah.. Baru 100 meter , aku hilang punca .. akhirnya belakang rumah sampai ke malam .. hahahaha...
Bila dah besar gini .. sayu je tengok wajah diorg .. mau rasanya setiap malam urut kaki .. tangan ..badan diorg terutama ayah yang tak henti henti cari rezeki siang malam .. sanggup ketepikan segala kemahuan diri semata mata untuk bayar pelajaran anak anak dia ..
Skang .. baru faham erti kepayahan .. erti melindungi keluarga .. Betapa keluarga adalah segalanya .. hurm.. Syukur pada Allah , sehingga sekarang aku masih ada diorng .. Aku tak boleh nak bayang hari hari aku tanpa mereka ..
Sesungguhnya aku amat kagumi mereka yang bergelar yatim piatu .. Ketabahan mereka , aku belum tentu dapat bayangkan ... Korang mmg tabah !