Ehem.. pastinya ramai tertanya tanya .. apakah kejayaan kami berdua bila kami bersekongkol .. hehe .. Seperti biasa , semua orang tau MAT GEBU dah cukup popular dia Majalah SAJI dan terbaru ialah di HMETRO ..
Seperti yang ramai perasaan , pertukaran FEED adalah penyumbang kepada trafik kitorang .. Satu pertukaran yang sangat sangat berbaloi pada kedua dua pihak .. Itu yang terang lagi nyata ..
Tapi yang satu ni .. Sebenarnyakan aku perhatikan la , ada blogger yang suka menerima tapi bila tak reti laaa nak membalasnya ... Konsep ini aku guna pakaikan diantara blog aku dan blog mat gebu dan beberapa buah blog lagi tapi tak banyak la.. skit jer ...
Konsep ini sama je cam segmen suaikenal .. iaitu , blogger baru memberi dan aku membalasnya kemudian ... Korang faham tak ni ? Aiseh.. mudah je la ..
Gini yer .. Semalam , IRINE dan EYRIQAZZ ada buat entri dan kemudiannya meletakkan backlink ke blog aku ... Terima kasih .. secara terangan dia 'mempopularkan' blog aku kepada pembaca dia walaupun ringkas je bab tu .. Dah tu , bila orang dah memberi , takkan aku sekadar g blog dia dan bagitau , terima kasih , irine .. eyriqazz .. Ok ke ? Mungkin ok .. tapi sepatutnya disitulah bermulanya satu kerjasama antara pihak terbabit ..
Maksud aku .. kalau korang perasan , aku dan Mat Gebu saling bercerita antara kami .. Perlu korang tau , pembaca setiap hari hampir 40% adalah pembaca baru .. Apa salahnya kita bertukar pembaca ??? Rugikah ??? Aku bagi kat kau , kau bagi kat aku .. Dua dua dapat .. Tapi masalahnya skang , satu beri satu lagi nganga .. Camana tu ?
Tapi macam aku nampak skang ni la kan .. ada blogger tak nak berkongsi pembacanya .. Tak kisah la .. hak dia .. masing masing punya cara .. Aku cuma berkongsi resepi jer ...
Aku dah gunakan dengan geng geng blogger baru .. Ok kan ? Walaupun tak meletup , baik ada dari takde langsung kan ? hehehee.. pelan pelan kayuh ..
Kalau konsep ini digunakan .. insyaAllah ... NUFFNANG pening nak cari blogger popular .. ramai sangat nanti.. hahahaha..
Harapnya , takde sapa yang terasa yer ..