Hurm .... mungkin aku bukan taksub sangat kot dengan cerita Harry Potter maka aku boleh menguap dalam panggung ditambah lagi dengan bengang dek budak kecik kat sebelah aku bersama ayah dia yang dari mula sampai ke tengah cerita yang tak habis habis melantak !!! Ya Allah.. sabar je la aku ... Mmg la sukahati dia nak makan .. tapi bunyi plastik yang tak henti henti tu menggangu 'jiran sebelah ' ... Tak reti nak prihatin langsung ..
Review aku mengenai HARRY POTTER kali ni ? Pendapat aku ? Bagi mereka yang ikut filem ni dari bahagian satu , sudah pastinya best .. dan aku pulak ... mmg tengok dari bahagian satu tapi tu la... bersambung yang buat tensen tu .. nak tunggu sambungan dia , tahun depan lak tu .. tah panjang nyawa entahkan tidak ..
Filem yang aku nak tengok selepas ni adalah TRON dan AKU TAK BODOH.. Boleh tahan gak pelakon filem AKU TAK BODOH ni .. Disebabkan takde pelakon yang aku tak gemar berlakon dalam filem ni , maka aku nak g tengok .. heheh..
Tapi sebelum tu , aku nak layan RAPUNZEL .. Diorng kata best .. Tu diorng kata la.. aku tak kata apa apa pon .. kena tengok dulu baru leh nak komen .. hehehe.. mana aci komen tanpa tengok kan .. kecuali 2 Alam tu la.. Tak yah tengok pon dah leh review.. Tak adil bukan ? Salah filem tu atau penerbit dia ? Hehehe.. Dia kisah pe kan ? Duit banyak ... hehe..