Cerita harta keturunan tu sebenarnya adalah simbolik saja (link) ... Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah dunia blog ini .. Kepuasan berblog sampai kemuncaknya bila segala strategi menjadi kenyataan .. Tak kira samada dari sudut coding , promosi , template atau apa saja asalkan dari usaha sendiri ! Walaupun 100 orang masuk sehari , berbanggalah sbb mereka mahu juga masuk dan membacanya .. Yelah , cuba fikirkan .. kita ni bukan artis .. sapa la nak tau perjalanan hidup kita ni kan ? Tapi bila ada orang baca , komen serta hargai setiap inci tulisan kita tu , patut rasa bangga .. Bangga maksud aku bukanlah riak atau takbur la... bangga sbb hasil idea dan kreativiti kita ada yang membacanya ..
Berbeza dengan sebaliknya ... Korang faham maksud aku kan ? Cuba selidik , bagaimana mereka boleh berjaya .. Jangan ternganga semudah itu tapi cari resepinya .. Lainlah tiada resepi tetapi orang tolong buatkan .. tu lain kes ..
Aku bukan cemburu atau terasa hati... Rezeki masing masing .. Tengok cam hartawan dalam negara kita .. mana ada yang keluar dari perut ibu dia tu terus kaya raya ??? Semuanya bermula dari bawah .. Bila berjaya , itulah kepuasan ..
Tak caya ? Cubalah ... hehehe.. Cam exam laa... tiru best ke , buat sendiri best ... walaupun gagal , sekurangnya kita usaha sendiri ...