Sejak aku mengenali dunia blog .. aku sedar ... yang paling best mengenai blog ini ialah kandungannya .. pengisiannya .. Tapi jika kandungan dan pengisiannya menarik namun tiada yang membacanya , satu isu jugak kan ? Tolak tepi mereka yang buat blog untuk suka suka ... Itu boleh di privatekan ..
Bicara aku malam ini ialah mengenai blog yang inginkan dikunjungi senantiasa .. Pelbagai cara yang kita ( blogger ) buat untuk menarik pengunjung ke blog mereka .. kan ?
Sebagai blogger , sebenarnya kita pon jangan kedekut .. Itulah yang aku amalkan ... Satu kita beri 10 kita dapat .. Yang penting kita mestilah ikhlas ...
Ada yang tak berminat .. tak mengapa.. hak mereka .. tapi sebenarnya kita lebih meriah jika saling beri dan menerima.. Dari situ boleh terbit satu lagi persahabatan secara tidak langsung ..
Petang tadi , sewaktu aku g gym KBS .. akhirnya aku bertemu seorang lagi blogger yang mana dia selalu menghabiskan masa kat gym tu .. Mr. Freeky ...
Ni bukan masalah kita dah popular atau tidak .. Aku dulu pon tak dikenali sapa sapa pon tapi bila sebut nak g mana mana , ada je rakan blogger ajak singgah ke rumahnya ..
Aku dan Joegrimjow .. dulu penah gak ber'gaduh manja' dalam blog tapi bila dengar dia turun KL atau dia buat open house dan kebetulan aku ada kat sana , kunjung tetap kunjung kan .. Dalam blog , kita biarkan dalam blog .. Luar kita tetap saudara seagama.. Apa guna nak bermusuhan kan ? Dan baru baru ni pon ada gak g main futsal sama sama .. haaa.. jumpa lak geng blogger yang lain kat padang futsal ..
Bila dah gitu , pe salahnya kita perkenalkan kawan kawan blogger tu dalam blog kita tanpa harapkan balasan .. Dia akan sedar sendiri bila dia rujuk pada referral ..
Amalkan sikap terbuka dan memberi .. Tak perlu nak kedekut dengan pembaca kita tu.. kita tau ada blog yang bagus , kita perkenalkan pada kawan kawan pembaca / blogger .. kan lebih meriah gitu !