TIMBALAN Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof (dua dari kanan), meninjau keadaan helikopter Robinson 44 (R-44) yang musnah terbakar selepas terhempas ketika juruterbangnya, Inspektor Mohd Shukri Osman, 31, menjalani latihan di kawasan lombong tinggal berdekatan Kampung Seri Malim, Malim Nawar dekat Kampar 3 petang tadi. Mohd Shukri meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Ikhwan Munir
IPOH: Mangsa nahas helikopter yang terhempas di Malim Nawar, petang tadi dikenal pasti sebagai Inspektor Mohd Shukri Othman, 31, dari Unit Latihan Polis Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Allahyarham yang sedang mengikuti kursus latihan penerbangan di Integrated Training And Services berpusat di Terminal Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, maut apabila helikopter yang dipandunya terhempas sebelum terbakar di sebuah kawasan lombong di Malim Nawar jam 3 petang.
Beliau berasal dari Permatang Tok Gelam, Seberang Perai, Penang meninggalkan seorang balu berusia 28 tahun anak lelaki berumur setahun lebih.
- BHARIAN-