KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini mengesahkan terdapat penularan fahaman militan di universiti tempatan, berdasarkan laporan agensi perisikan dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, katanya, keadaan itu masih terkawal dan tidak menjejaskan keselamatan negara.
"Keadaan itu tidak membawa ancaman segera tetapi kita tak boleh leka....sekiranya ia menimbulkan kebimbangan kepada 'militancy' atau keganasan maka tindakan akan kita ambil tanpa was-was," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah International Organisation for Migration (IOM) William Lacy Swing di pejabatnya di sini.
Hishammuddin diminta mengulas laporan sebuah media asing sebelum ini yang antara lain menyebut ada universiti di negara ini menjadi pusat rekrut utama untuk menarik anak-anak muda menyertai kumpulan militan Islam berikutan polisi kemasukan yang longgar.
Beliau, bagaimanapun, menolak tanggapan bahawa universiti dijadikan tempat merekrut, sebaliknya lebih kepada penularan fahaman yang tidak terhad kepada militan Islam, tetapi juga ideologi lain seperti Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) dan Sikh Militants.
Hishammuddin berkata, pihaknya bekerjasama dan berkongsi kepakaran dengan agensi antarabangsa yang lain termasuk Federal Bureau of Investigation (FBI), United Kingdom Intelligence, Australia Intelligence dan Saudi Intelligence bagi menangani perkara itu.
"Sistem Biometrik yang akan diperkenalkan tidak lama lagi juga dijangka turut membantu menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
Mengenai desakan agar Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di atas dakwaan menghina Sultan Selangor, Hishammuddin berkata kes itu lebih berbentuk hasutan.
"Kita hanya menggunakan ISA kalau tindakan menjejaskan keselamatan negara. Perkara-perkara yang berhubung kait dengan hasutan ia jatuh kepada Peguam Negara untuk menentukan sama ada tindakan itu adalah hasutan atau tidak," katanya.
Mengenai kunjungan Swing, Hishammuddin berkata Malaysia meminta bantuan IOM untuk meneliti undang-undang berkaitan anti pemerdagangan orang, selain dipelawa sebagai rakan kongsi dalam usaha menubuhkan sebuah akademi di Langkawi yang berperanan menangani jenayah merentasi sempadan termasuk penggubahan wang haram dan pengedaran dadah. - BERNAMA
Update tetap update walau di mana mana .. dari menghabiskan gitu gituan , baik bebel sat dalam ni .. sekurangnya ada gak terhibur kan lebih lagi diri sendiri .. hehehe ..
Masih ada 17 minit .. lama tu .. Gym ari ni tak g lak.. saja cuti .. Skang ni dalam proses penjimatan .. Lagi pon kat rumah aku kan dah buat mini gym .. jadi boleh la membelasah takat mana yang larat ka n..
Sekejap masa berlalu ... aku dok pk sebenarnya ... nak buat perjumpaan blogger secara kecil kecilan di Alamanda .. Saja je la nak jumpa kawan kawan lagi .. Tapi tak pasti bila ... Tahun Baru Cina ni nak balik kelantan dan plan nak bercuti di Terengganu .. hehehe...
Aku kena selalu bercuti ... maklumlah , kena rehat banyak banyak .. Kalau kat rumah aku tak leh nak rehat sebab mata ni gatal nak tengok laptop.. Tinggal kejap je pon tak leh.. hahaha .. Kecuali aku dah mengadap tv ... mmg tak bergerak dah ... Tapi itu tak bermakna aku malas okeh !! Rajin wehh ... haaa... Cakap je nak makan pe ! Dengan segera aku order kat kedai ... Tak pon mintak Mat Gebu antar kat aku... haaaa...
Hurm.. lagi 13 minit.. Kalau tengok laptop ni , masa bergerak cam air.. Kalau tak buat apa apa, seminit pon cam sejam .. letih nak tunggu ... huhu... tu pasal berguna usung laptop kecik ni ha... IPAD ? Tanya mem tu haaa.... huhu...
OK la.. nak gerak .. cuci mata lagi .. hehehe...
Sukaaaaaaaaaaaaa !! > http://kyleril.blogspot.com/
" Malu dengan masalah kulit gelap?Kulit gelap juga mampu kelihatan cantik jika sikap merendah diri dibuang ke tepi.Si hitam manis pasti akan tampil menawan jika mempunyai keyakinan diri.Jangan malu untuk ke depan dan cubalah melakukan sesuatu untuk perubahan gaya anda. " ...
Best entri dia ... simple tapi menarik .. bergaya gitu ... nak baca sambungan dia lagi ? Jom .. > sini
Mangsanya , wanita ... jerungnya pula lelaki dan adakalanya wanita .. Kadang kadang lelaki pon leh jadi mangsa ..
Apa kes ? Terbaru , bila si jerung cuba mengumpan mangsanya dengan mengajak melakukan dosa .. Pergh.. semudah itu je dia mengajaknya ? Apakah agama yang dia anuti itu cuma satu pengenalan diri ??
Kalau buta dunia , aku tak nafikan boleh tersangkut dengan ajakkanya itu memandang si jerung boleh menjanjikan kebahagian duniawi .. Tapi bagaimana dengan akhirat ? Sanggupkah dia menghadapi setiap perbuatannya itu ?
Yang menyedihkan aku , sasaran si jerung ini adalah bangsa aku sendiri . Apakah bangsa aku ini jenis mudah termakan godaan ? Satu bangsa yang mantap dilindungi pula dengan ajaran ISLAM yang sempurna .. Dimanakah kesilapan ini sehinggakan si jerung bermuka durjana ini sanggup menidakkan segala pengajaran serta tauladan yang dia patut amik di depan mata dia ???
Bukalah mata kita ... mati kita pasti.. hukuman itu wujud .. Neraka menanti .. syurga abadi ... Pilihlah ... nikmat seketika atau syurga milikNya ...
Haa... ada sahabat blogger mintak aku tolong dia war warkan dua entri dia yang mana dia nak bagi pembaca / blogger souvenir ..
Tamo ke ? Ala.. amik la..bukan kena bayar pon .. dia nak bagi free je nih ... Tak caya ? Iskh.. apa yang boleh buat korang percaya pada kata kata ku ini ?? Habaq mai sat ..
Ok.. baru nak percaya ?? Huh.. dah terlambat !!! Tadi masa aku offer , korang juai mahai !! Skang aku dah majuk ... Aku tamo layan dah segala surat menyurat .. Twitter ok ! Aku layan !!
Hehehe.. ngarut sudah ... Tamo cerita banyak.. kalau nak tau lebih lanjut , meh sini dan sana ... Terima kasihhh..
Tertunggu tunggu eh.. hehehe..sabar sabar.. saja je kasi sejuk skit semangat tu ... hehehe..
Ok.. penganjur kata hadiah on.. apakah hadiah tu ? Tu pemenang je akan tau .. biarlah rahsia katanya .. haaaaaaa... nanti dah dapat , bagitaulah apa dia yer.. aku pon tak tau apa hadiahnya .. hehehe..
Berikut adalah soalan soalan terkumpul tersebut :
SOALAN 1 ( sini )
SOALAN 2 ( sini )
SOALAN 3 ( sini )
SOALAN 4 ( sini )
SOALAN 5 adalah :
" SALAH KIRA LA AWAK TU ! " ( Beri nama pemilik blog ini )
Klu , sila rujuk sini ..
Silahantar jawapan anda pada hari KHAMIS persamaan 6/1/2011 .. Tepat jam 10 pagi , sila hantar jawapan dalam bentuk entri khas.. Jangan lupa letak banner segmen ini yer.. tak letak , dikira tidak lengkap .. Macam biasa , jawapan paling tepat dan pantas penghantarannya di kira pemenang ..
Ingat ! Tepat 10 pagi baru hantar .. Kalau hantar awal , aku tolak .. okeh ???
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedang berbincang untuk mencari rumah serta lokasinya yang sesuai untuk dihadiahkan kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, yang mengharumkan nama negara membantu menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 menentang Indonesia, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunaan Insan, Belia Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fattah Mahmood, berkata kerajaan negeri juga belum menetapkan nilai rumah yang akan dihadiahkan kepada pemain remaja itu.
"Kita sedang berbincang di peringkat dalaman untuk menentukan rumah, lokasi dan nilainya untuk dihadiahkan kepada pemain itu, yang penting keselesaan bagi dia dan keluarga,” katanya hari ini.
Dua hari lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan hadiah tersebut. Khairul Fahmi turut mengharumkan nama Kelantan.
Sementara itu, Khairul Fahmi yang tinggal di Kampung Cherang, dekat sini berkata, beliau tidak menduga kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah sebagai menghargai jasa dan sumbangannya.
Ditanya mengenai seorang lagi pemain Kelantan yang turut menaikkan nama negara dalam piala itu, Nor Shahrul Idlan Talaha, yang berasal dari Terengganu, Abdul Fattah, berkata pemain itu akan diberikan hadiah dalam bentuk lain. - BERNAMA
GUA MUSANG: Polis mengingatkan pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Berang, Terengganu, supaya lebih berhati-hati berikutan terdapat banyak kerosakan teruk termasuk lubang besar di laluan berkenaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah, berkata kawasan yang paling teruk berlaku kerosakan adalah di Kilometer 47 dari Kuala Berang ke Gua Musang.
"Kerosakan juga turut berlaku di jalan kawasan Rancangan Tanah FELDA Aring yang memerlukan pengguna lebih berwaspada terutama waktu malam.
"Musim tengkujuh sekarang antara faktor berlaku kerosakan jalan dan kita telah meninjau di sepanjang jalan itu dengan mengenalpasti lokasi bahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan ke laluan itu hari ini.
Sementara itu, beliau berkata kadar kemalangan jalan raya membabitkan jalan utama di Hulu Kelantan sudah berkurangan sepanjang tahun lalu berikutan sikap pengguna yang lebih berhati-hati. - BERNAMA
TANAH MERAH: Lebih 13 kawasan di sekitar daerah Tanah Merah bakal mengalami gangguan bekalan air, Jumaat ini.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Hazwan Hassan, berkata gangguan itu berikutan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di Loji Rawatan Air Bukit Remah, dekat sini.
"Bagi penambahbaikan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna di sekitar daerah ini, AKSB akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan teknikal berjadual di loji rawatan terbabit.
"Gangguan dijangka berlaku bermula pukul 8 malam sehingga 5 pagi keesokannya," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Bandar Tanah Merah, Jalan Jedok, Jalan Klinik, Manal, Padang Siam, Lubuk Rotan, Bukit Panau, Belimbing, Jalan Lubok, Bukit Gading, Bechah Laut, Jerangau, Temangan dan beberapa kawasan berhampiran.
Hazwan berkata, bekalan dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan. - BERNAMA
Cerita selanjutnya > sini laa