Tu dia.. keyword di malam jumaat .. hahahah.. malam kliwon ke neh ? Haih.. mmg ada yang jadi hantu malam ni eh... Huhuhu... Jadi vampire assistant jer la ehhh ..
Yang tak tahan tu.. siap ada google " cari camana nak ajak awek main " tuuuu ...
Awat laaa dok cari menda menda lagu ni ??? Sudah sudah la tu .. nak main ngan anak dara orang ni kenapa ? Dah tak takut dosa ke ?
Hadis Ibnu Abbas r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bertanya kepada Maiz bin Malik. Apakah benar berita yang sampai kepadaku mengenai dirimu itu? Beliau bertanya pula kepada Rasulullah s.a.w, berita apakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Aku mendengar bahawa kamu telah melakukan zina dengan seorang hamba perempuan si anu. Maiz bin Malik menjawab: Memang benar. Bahkan dia sendiri mengaku sampai empat kali, bahawa dia memang melakukan zina. Akhirnya Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya.
Hadis Riwayat Muslim
Hukuman ? Dalam Al-quran dah dijelaskan ..
Perempuan berzina dan lelaki yg berzina, hendaklah kamu sebat tiap2 seorang dr kedua-duanya seratus kali sebat; dan jgnlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dlm menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kpd Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yg dikenakan kpd mereka itu sekumpulan dr org yg beriman.
Tu di dunia ... kalau akhirat ? Hurmm.. tak terbayang hukumannya .. Pandai pandai la fikir yer ... 5 minit punya sedap dengan tempoh masa di akhirat nanti ..
Ya Allah.. ampunilah dosa dosa ku ini ..