Kita ini manusia .. dari bayi hinggalah ke dewasa .. pendidikan , pengajaran serta asuhan samada dari seorang ibu , ayah , guru , rakan rakan malah orang yang lebih dewasa pastinya diperlukan oleh kita untuk menjadi menjadi manusia yang lebih matang fikirannya ..
Sebagai seorang blogger , aku mulakan dari bawah .. pelbagai jenis orang aku dah kenal dalam dunia blog ini .. Pelbagai jenis kecaman dan kritikan dah aku baca ... Segalanya membuatkan aku menjadi 'dewasa' namun itu belum bererti aku sudah boleh dikategorikan 'besar' atau 'senior' apatah lagi 'otai' .
Blog aku ni , seperti mana korang tau bukanlah blog tutorial .. Blog peribadi aku yang aku cerita segala perjalananan hidup aku .. dan juga blog segmen , kata sesetengah blogger .. Kira cari makan dengan buat segmen laa.. kan ? Apa nak buat , kalau itu dah tanggapan mereka , mereka terima je la .. tapi bagi aku , aku cuba ikut contoh mereka dengan 'berkongsi dengan orang lain' ..
Aku pernah terlibat dengan pelbagai isu .. Ada mana mana blogger 'besar' atau 'senior' datang menegur aku ? Takde ... malah apa yang aku dapat ialah , entri entri yang menyindir , memaki hamun atau cuba menjatuhkan semangat aku .. Apakah aku menyalahkan blogger dewasa atau senior itu ? Sudah pastinya tak boleh kan ? Mereka dah pastinya dengan urusan mereka sendiri .. dan takkan la diorg ada masa nak singgah baca di blog aku tu ..
Apa yang berlaku pada blogger blogger baru sekarang ini , aku dah lalui dulu .. Takkan berulangkali aku nak ceritakan dalam blog ? Contoh, semalam aku dah cerita mengenai nuffnang .. minggu depan ada blogger tanya lagi pasal nuffnang yang mana aku dah ceritakan pada minggu lepas .. Hurm... bulan depan nanti.. ada lagi yang tanya.. camana tu ? Tkkan berulang kali aku nak ceritakan perkara yang sama ? bukan tak boleh , boleh tu boleh.. tapi silent reader aku pasti boring dan kata aku dah takde idea .. camana tu ? Kiri kanan nak kena jaga .. teruk la gini kan ? Aku pon manusia biasa .. bukannya ada syarikat besar cam FACEBOOK tu kan ?
Aa yang perlu kita , sebagai blogger baru buat ialah ... nikmati segala pengalaman yang terhidang itu .. Satu hari nanti , kita pasti mengelengkan kepala dan juga tersenyum bila mengenangkan kembali saat saat bergelar blogger .. Pahit , manis ... segalanya adalah kenangan ..
Sesungguhnya pengalaman adalah guru terbaik .. Harunginya dengan bijaksana .. Selesaikan dengan kematangan fikiran .. Pastinya kita dapat satu keputusan yang cukup mengagumkan ..