Aku terbaca satu entri sewaktu mengusha entri entri para blogger terbaru di KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ( link ) tadi .. Katanya dalam entri tu , dia teringin nak jadi blogger popular sbb banyak perkara ..
Hurm... aku bukanlah blogger popular untuk memberi nasihat atau contoh tapi bagi aku la kan .. tak perlu jadi popular.. sbb bila dah popular , kena berlakon.. berlakon mengikut kehendak semasa ... Dah tak original .. Entri dalam blog pon jadi tah hapa hapa jer .. sbb terpaksa mengikut kehendak 'penaja' ..
Kalau teringin sangat nak jadi popular semata mata nak kejar glamer .. toksah la.. nanti hidup tak tenang.. Macam aku ni..walaupun tak popular , tapi ada je orang kantoi aku .. Baru ni kantoi dalam LRT .. aku tak kenal dia.. tapi dia kenal aku ! Haa... camana tu ? Bayangkan masa tu aku tengah korek telinga ke.. hidung berair ke.. dia amik pic diam diam. pastu buat entri.. Sapa malu beb??? Sapa maluuuu ???? Mak bapak aku tak malu beb.. jiran aku malu !! Sbb berjiran dengan aku haaaa..
Nikmati saat korang sekarang .. tak kira picisan.. baru .. lama ... enjoy laa.. toksah beria sangat laaa .. Ala kadar janji happy.. tu yang penting sebenarnya ...