Seperti yang dijanjikan walaupun lewat , tapi aku sampai jugak kat KB MALL .. Merayau punya merayau mencari di mana food court , akhirnya terjumpa si joegrimjow.com.. hehehe ... hehe.. Makin kurus dia .. Tokey herbalife .. sapa nak kurus , leh la cari dia .. huhu..
Skang ni dok tunggu sapa yang ada .. Sapa yang ada ?? Haha.. entah... tak sampai lagi ke atau dok tercari cari sbb tak janji nak jumpa kat mana pon .. Tapi port paling best , food court ni la.. leh duduk sampai pengsan .. lalalala..
Joe g bayar bil ... aku dah mula menganga kat meja ni dan update entri ni.. jadi sapa sapa baca dan dok mencari aku , aku kat sini yer .. Sampai jam 4 lebih gitu... okeh ?
Kenal logo ni ? Hehe.. Logo KELAB BLOGGER BEN ASHARI .. Haa.. Kelab Blogger ini ditubuhkan setahun yang lepas .. Dan jumlah blogger terkumpul melebihi 7 ribu lebih .. Satu jumlah yang besar bagi aku ..
Tujuan Kelab ini adalah untuk mempromosi entri entri terkini .. Hurm... bagi mereka yang gemar membaca kisah kisah atau mengikuti perkembangan terkini dunia blog , boleh juga lepak dalam ni .. Setiap saat pasti ada entri terkini ..
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut .. jom , klik SINI ..
Siapa Syakillaaa ... Aku pon tak tauuuuuuuuuu.. woooo hooo .. Patut Kelantan tak berenti hujan sejak aku menjejakkan kaki ke tanah ini .. Cewah .. Nyanyi tak abis abis.. huh..
Ok .. ada yang tanya aku .. sapa BEN ASHAARI ni ? Dalam kebanyakkan blog pasti ada cerita BEN ASHAARI jer ? Aku tak pasti la cerita camana kan .. Tak kisah la.. Yang buat entri pasal BEN ASHAARI ni , jutaan terima kasih .. SAYANG U OLLS ! Haaha.. guwau jeeeer ar.. rileks la.. kata santai kan ?
Ok ... aku mulakan dunia maya aku ni dengan gambar yang korang tengok kat sebelah kanan tu ha.. Dah naik bosan kan ? Bak kata NORFAFIFU.COM tu , udah udah la gambar tu ... Hahaha.. Aku pon teringin nak buat tapi gambar tu dah jadi cam satu brand kat blog ni.. Jadi biar je la.. Orang dah kenal gambar tu di FB dan juga blog ..
Sapa aku ? Aku bukan artis , peguam dan jauh sekali hakim mahkamah tinggi ... Bukan juga arkitak atau juga doktor .. Doktor cinta mungkin.. ahaha.. Bab pekerjaan tu , leh dapatkan majalah RAPI keluaran 1FEB 2011 .. Haaa.. kasi promosi skit majalah tu.. kang kalau laku nanti dia amik blogger lain kan ? Haa..
Kenapa aku popular sangat dalam blog ? Persoalannya . POPULARkah aku ? Kenapa aku tak rasa gitu pon ? Bagi aku , kita sama jer .. mungkin rezeki aku terlebih sedikit.. awal skit 'ternaik' .. nanti turun gak aku kan.. Maka aku tak kisah semua tu.. yang penting , niat aku nak menyatukan ramai blogger dibawah satu bumbung , tercapai.. Haa...
Dengan pelbagai segmen yang aku buat , alhamdulillah ramai blogger dengan pantas dalam mengenali antara satu sama lain dengan jangka masa yang singkat .. Kan ? Ni pahal aku cakap cam ahli politik lak ??? Nak masuk bertanding bleh ? DUN BLOG ada kosong ?
Kesimpulan... BEN ASHAARI sekadar blogger saja .. Yang popular adalah BEN ASHAARI .COM .. jadi aku bukan antar mereka yang terkejar kejarkan dunia glamer atau mengaku diri ini sebagai POPULAR .. Cukup puas bila melihat blogger bergurau antara satu sama lain walaupun kali pertama bertegur sapa ..
Nak g spa.. rilekskan jari jemari ini .. gulp... Gathering di KB MALL ? Waaa.. tak siap lagi ..
Ada sale la geng !! Cepat meng'usha'kan diri kat blog ISLAMICOPARADISE
oK.. Iklan abis dah .. skang kita teruskan dengan rancangan SUAIKENAL BLOGGER pada tengahari ini .. Sambil membaca , sambil memfollow.. sambil dapat rakan baru , dapat juga ilmu.. kan ?
Ok.. senarai terkini :
- acul
- cik syuhada asyiqin
- cik blogger
- yad'z
- nur
- wanmardziyyah
- jiwemude
- Nizam
- MAIZURA MOKSIN
- ezral ghazali
Haaaaaaaa.... skit skit dulu ek.. kang tak baca lak korang .. dok main follow jer.. hehehe..tamo tamo tamooo gitu yer ...
Wah .. penat gath aritu tak abis lagi.. Jap lagi ada lak perjumpaan blogger area pantai timur ni.. Tapi bajet tak ramai la.. sapa yang ada , ada je .. malas nak buat besar besaran .. lepak pada sesi bersantai jer.. borak borak sambil pekena teh o bing ... kan kan ? hahaha..
Takat ni yang ada EVAGURL IZMA .. yang lain , seperti biasa , INSYAALLAH .. maka aku tak menaruh harapan sangat la.. sapa ada , ada .. takde , aku shopping.. Janji aku dah turun dan tunaikan janji aku.. kan kan ..
Khamis nanti , geng geng blogger area TERENGGANU lak .. Planning nak jumpa kat Pantai Batu Buruk.. Rasanya boleh la menginap kat Primula Beach ari tu .. heehhe ... tepi pantai kan .. InsyaAllah...
Ok.. untuk ari ni , aku akan berada di KB MALL jam 2 lebih.. Aku akan update dalam blog di mana aku nanti eh ... Nak no tel aku ke ??
Okeh .. segmen ni masih dibuka yer ... Mmg best sbb kena bagi pandangan atau pendapat.. cuba baca .. nak join ?
Ada lagi.. tungguuuu...
Best ! Best ! Makin naik harga minyak kan ... Jangan naik angin dah la yer .. Tak per , kita rakyat Malaysia mampu menampung kenaikan tu.. Gaji kita besar , kan ? Ok la tu .. Naikkan lagi pon ok.. tak per .. Rakyat Malaysia cool jer .. kan ? Takkan jadi macam kat Mesir tu punya .. Tau tau je harta Hosni Mubarak tu bernilai RM120 bilion .. eh ? Tak cukup 200 lagi tu.. kumpul la lagi..
Minyak naik , harga barang naik ... gaji ? Ada yang naik ada yang tak naik ... Rakyat pon naik gak .. naik tekanan darah cam aku ... Apa nak buat .. segala guna duit sendiri .. nak bergerak skit je dah guna kereta .. Nak claim tak boleh .. Nanti g kerja naik basikal je la .. Apa nak buat bos , kuli jer.. gaji cukup makan laki bini.. Nasib baik la ada blog .. Ni pon dengar cita nak kena bayar cukai .. Tak pe , asal negara kaya dah .. aku miskin tak per .. kan ?
Hurm.. entahlah ... Aku rasa rakyat Malaysia sekarang ni terutama yang berpendapatan kecil ni dok menyimpan perasaan jer .. Geram ada .. sedih ada ... bila bila je boleh meletop.. hur.. tunggu je la pilihanraya nanti .. apakah akan berlaku sesuatu ? Hurm
Bila dalam keadaan ini , kerajaan minta rakyat berjimat cermat .. Hurm.. maka rakyat akan berjimat cermat.. Nak pergi bercuti pon pk 4 juta kali sbb nak bergerak guna minyak kan .. Kalau tak g bercuti , camana pulak dengan industi pelancongan negara ? Wah.. ekonomi pon tak bergerak dengan cantik ... camana tuh ?
Entahlah .. aku tak rasa lagi ni kenikmatan kenaikkan harga minyak .. Kalau terasa , aku rasa nak bela ayam je kat belakang rumah aku nanti.. sekurangnya dah jimat daging .. Ikan ? Takkan nak buat kolam belakang rumah kot ??
LONDON: Anggota keluarga Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilaporkan sudah keluar dari Mesir menuju ke kediaman keluarga itu di London, lapor akhbar The Sun, semalam.
Anak lelaki presiden itu, Gamal, 47, dikatakan bertolak dengan pesawat peribadi bersama keluarganya dan 97 beg besar.
Keluarga itu dikatakan menginap di rumah agam enam tingkat milik mereka bernilai £8.5 juta (RM41 juta) berdekatan pusat beli-belah terkemuka Harrods di Knightsbridge, barat London.
Khabar angin turut bertiup kencang bahawa Mubarak dan isterinya, Suzanne, 69, bercadang ke London.
Pengendali bagasi penerbangan Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow berkata Wanita Pertama negara itu, turut dilihat tiba di London.
Mubarak dikatakan mempunyai aset £25 bilion (RM120 bilion) sejak berkuasa pada 1981.
Suzanne, Gamal dan anak sulung Mubarak, Alaa, 49, menjadi simbol kekayaan dan rasuah di Mesir. Suzanne turut digelar Marie Antoinette kerana bersikap umpama ratu yang dipancung di zaman revolusi Perancis.
Wanita Pertama Mesir itu turut memegang pasport Britain kerana ibunya, Lily May Palmer adalah wanita Inggeris dan bapanya berasal dari Mesir.
Lily bekerja sebagai jururawat bertemu jodoh dengan pelajar perubatan dari Mesir, Saleh Thabet di utara London pada 1934. Mereka kemudian berpindah ke Mesir dan Suzanne dilahirkan pada 1941. – Agensi
Hurm... isu Mesir dan pelajar serta rakyat kita .. Ada berita terkini menafikan bahawa ada pelajar wanita kita di Mesir dirogol , adalah berita palsu .. Begitu juga dengan khabar angin mengatakan pelajar kita ditembak tetapi hanya dengan peluru getah ..
Mana satu betul ni ? Berita mana yang betul ? Sumber mana harus kita pandang dan teliti ? Sapa kita nak teliti sedangkan mereka yang berada di Mesir sendiri pon diarahkan berada dalam rumah masing masing .. Malah terputus hubungan telekomunikasi dengan dunia luar ..
Aku amat harapkan berita itu adalah palsu.. Kalau tidak amat mendukacitakan sama sekali kerana pelajar kita yang berada di sana pastinya beragama Islam dan mereka berada di negara Islam .. Dimanakah semangat persaudaraan ? Jika benar hanya krisis politik negara itu kenapa perlu dibabitkan dengan pelajar luar negara ? Mereka bukan musuh .. mereka cuma datang untuk belajar ..
Hurm.. Bila aku diminta membuat entri berkaitan isu Mesir itu , aku sebenarnya was was .. Kesahihan berita yang kita tak tau dari mana sumber tu.. Ada yang main cakap mulut .. Menurut mereka kononnya dari rakan mereka .. Aku tak nak menafikan semua berita tu cuma sebagai seorang blogger , amatlah bahaya menyebarkan berita yang tak pasti akan kebenarannya .. Silap silap kita boleh dituduh menyebarkan berita palsu.. Tak ke kes naya ..
Ya.. mmg benar berlaku krisis di sana ... darurat .. Ada yang terbunuh .. Ada yang cedera .. Masalah bekalan makanan pulak akan akan terputus sekiranya isu ini berlarutan .. Tu semua aku tau .. cuma cerita dari mulut ke mulut ni je yang bahaya ..
Namun aku sebagai salah seorang dari umat Muhammad s.a.w , sudah pastinya mendoakan agar keselamatan mereka ( rakyat malaysia khususnya ) berada dalam keadaan selamat ..
Bisnis .. tu paling best ! Buat bisnis dan gunakan blog .. Pasti meriah punya ... Serius.. Ramai orang terutama blogger baru ( newbies ) anggap dengan meletakkan NUFFNANG ( sbg contoh ) boleh men'kaya'kan diri.. hahaha.. tak la dik oii ..
Akan tertanya la mereka .. Kenapa aku beria lak dok kasi up trafik aku ? Mesti nak kejar iklan nuffnang kan ? Salah tu.. aku kasi up trafik aku sbb aku ada pengiklan individu .. Bayaran setimpal ( murah je tu ) dengan trafik yang aku dapat setiap hari ...
Itu contoh .. Aku pon bercadang nak mulakan bisnis melalui blog ini ... Cuma sekarang ini aku belum sempat nak melakukannya .. InsyaAllah ...
Jadi buat blogger blogger baru ... berblog mmg best.. dapat duit itu satu bonus jer .. Yang penting , kita gembira dengan apa yang kita buat .. Dan , tiada hati yang tercalar sepanjang kita berblog ini .. OKeh ?
Hurm.. mungkin blogger baru.. tak per .. tak perlu nak marah atau nak maki hamun .. Ini adalah gara gara nak cepat kaya atau nak gak berpendapatan ribuan ringgit hasil dari blog .. Hurm..
Gini je lah .. kalau nak cepat dapat duit , g noreh getah.. Harga getah pon dah melambung skang ni .. Tak pun g cari telaga minyak .. haaa..
Masa aku mula mula berblog , isu KLIK MENGKLIK iklan Nuff mmg dah wujud .. Aku klik kau punya kau klik aku punya . Tapi yang buat mangkok berayun tu , dia g tulis kat shoutbox .. Hahaha.. Alo brother .. ko pk NUFFNANG takde 'kaki' ker ?? Mata mata atau kaki kipas besar dia ramai .. okeh ?
Perlu ke klik iklan sendiri atau suruh orang klikkan ? Aiseyman.. ko buat blog semata mata nak klik iklan ke ? Hari ni boleh la ko klik.. esok lusa ? minggu depan ? takkan hari hari nak klik ? Satu lagi , trafik ko tu camana ? Ingat semudah tu nak temberang NUFF ? Sori .. aku bukan kipas NUFF tapi cuba fikirkan logiknya .. 10 UV untuk 10 klik ! Takkan 10 orang masuk , kesemua tu klik nuff ? Hehe.. Tak mungkin .. Setiap blog hampir sama iklan Nuffnangnya .. Logiknya ? Cuba fikirkan ..
Nasihat aku .. biar je la NUFF tu.. anggap je dia tu hiasan dalam blog korang .. Kalau ada pembaca klik sendiri iklan tu , maka itulah bonus hasil penulisan korang ..
Kalau nak cepat sangat duit , macam aku kata tadi , blog bukanlah sumber pendapatan yang membisakan korang pakai BMW.. Cari bisnis atau kerja lain ...
Belajar rajin rajin ... sampai pohon ru .. apa dalam seluar jin ? Nombor telefon aku ! Silalah call aku yer ..
Wah... berapa ramai blogger baru ? Ramai blogger lama yang baru je nih.. hahaha .. tak kisah .. kalau yang baru tak nak join , tak pe... aku cuba membantu mana yang termampu je nih ... Apa pun segmen ni ada beserta soalan yang menarik untuk dikongsi bersama ... kan ?
Ok .. jom tengok mereka yang dah antar entri mereka lagi ..
Ada lagi yer .. tungguu ..... tapi baca yang ni.. jgn takat follow tapi baca entri mereka.. mmg best !
Bukan mudah ... Cabaran demi cabaran .. Dugaan demi dugaan aku tempoh sepanjang aku berblog .. Bukan mengejar populariti pada paras rupa mahupun fizikal tetapi mahu dikenali dengan blog yang santai di arena blogging ini ..
Ternyata , aku berjaya melakukannya .. ( antara entri rujukan : sini , sini dan sini ) .. Sebenarnya , aku mahu dikenali kerana penulisan aku , cerita aku dan kesantaian aku .. Bukan paras rupa yang terpacak kat blog aku tu ..
Gambar aku tu dah macam satu brand .. Jenama.. Kalau tengok je gambar tu , orang dah kenal .. tu BEN ASHAARI .. Sama gak cam sardin cam ayam la.. Gambar ayam kan.. padahal sardin ! Haaa...
Aku bangga ? aku cuma bangga bila mereka menghargai segala usaha aku membangkitkan semangat mereka berblog dari membuang masa di FACEBOOK , bermain game atau melepak tak tentu hala ..
Dengan berblog , mereka akan dapat ramai kawan seperti yang kita nampak baru baru ini du gathering SAHABAT BLOGGER ! Berjaya menyatukan berpuluh puluh pelajar dan juga mereka yang sudah berkerjaya di bawah satu bumbung iaitu BLOG !!!!
Jika ada yang ingin katakan aku berlagak , terima kasih .. Hanya mereka yang mengenali diri aku ini mengetahui betapa berlagaknya aku ni ...
Apa pun , aku tetap berbangga .. mereka telah aku berjaya bangkitkan semangat berblog .. Yang mengutuk aku tu , apakah kejayaan anda ??
Ehem... panggilan akhir .. mreka mereka yang telah ditemuramah oleh aku lagi .. hehehe ...
- atoyis
- bun
- Pembawa_Wacana
- nazrul ashraff
- mieyn
- Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
- ciK fLower meLawEr
- ♥NuR SyAFiQah♥
- Sofea Lang
Amacam segmen ni ? Best ??