Kadang kadang aku dapat mail di FACEBOOK meminta aku memberi pandangan tentang penulisannya di blog .. Hurm.. apakah aku layak ? Aku rasa aku tak layak kerana aku akan bandingkan penulisannya dengan aku .. pastinya itu tidak adil kan ?
Aku dulu , aku mencuba segala jenis entri terhadap pembaca yang bukan blogger .. Haaa.. camana tu ? Kat mana boleh dapat pembaca yang bukan blogger ni ?
Dalam FACEBOOK banyak .. serius banyak .. eh.. serius ramai wooo .. G tengok kat kelab kelab suratkhabar online , kelab novel dan macam macam lagi .. Mereka ini adalah orang yang gemar membaca .. Pastinya selera mereka tinggi .. Add mereka ke dalam FB kita ..
Kemudian setiap hari kita mencuba .. mencuba pelbagaikan entri kita.. Jangan terlalu mendatar atau terlalu menegak.. hehe.. Kadang kadang serius , kadang kawan lawak .. sedih dan pelbagai lagi..
Promosikan entri kita di dalam FACEBOOK yang mana kita telah wujudkan FAN PAGE , GROUP atau sebagainya.. Mereka ini akan memberi komen di situ dan bukannya blog kita .. Jangan ingat mereka yang meninggalkan komen di blog kita itu benar benar memberi komen sepenuhnya.. Mereka ada berpuluh blog lagi untuk dibaca .. hehehe...
Jika cara ini berjaya memikat hati pembaca blog kita , tak mustahil setiap hari mereka akan buka blog kita dan membacanya .. Jika ini berlaku , maka mereka akan bercerita kepada rakan rakan mereka mengenai blog anda !!!
Menarik bukan ? Trafik anda datangnya dari mereka yang benar benar ingin membaca blog anda .. Bukankah itu satu kemajuan yang patut anda banggakan ?