Dalam entri aku sebelum ini ( GAGAL ATAU BERJAYAKAH AKU ) , aku menyatakan bahawa segala usaha aku menyebarkan nama BEN ASHAARI ini telah berjaya.. Walaupun bukan la sampai semua orang tau tapi sekurang kurangnya mereka yang bergelar blogger picisan cam aku ni , mengetahui kewujudan BEN ASHAARI BLOG ini malah blogger yang ada nama dan popular pon benci akan aku ini .. kan kan ? Tapi ada aku kisah ?
Sebenarnya untuk berjaya dalam dunia blog ini ( pendapat aku )terutama di MALAYSIA , bukan saja dengan mengharapkan entri yang bagus serta berinfomasi tapi kena pandai main politik ... Haaa.. Duni blog pon kena ada politik .. Mereka yang biasanya berdamping blogger blogger lama dan sudah ada nama lebih cepat naik kan ? Kenapa ? Aku rasa korang tau jawapan tu ..
Cara untuk menyebarkan nama BLOG ada banyak .. Dengan join FORUM , mengiklankan blog ,menyertai pertandingan , giveaway dan banyak lagi ... Cara cara ini mmg memberi kesan kepada kebanyakkan blog ...
Aku , mempromosi blog aku dengan cara SEGMEN .. SEGMEN memberi aku peluang memperkenalkan nama blog aku dan juga blogger blogger lain dengan lebih meluas ..
Dunia blog di Malaysia ini luas.. Bagaimana kita nak masuk ke 'kawasan' orang lain secara halus ? Kita tak boleh terus menyerang begitu .. Gunakan pendekatan psikologi disini .. Masuki pemikiran mereka dan seterusnya ke blog mereka .. Bagaimana ? Dengan SEGMEN .. :)
Menarik kan ? Jika itu berjaya , maka wujudlah ayat seperti di bawah ini yang aku jumpa di FACEBOOK ;
" siapa ben ashaari nih? aku x pernah dgr tapi aku dgr org excited sgt ko add diorang! "
Aku tak terasa langsung.. Sbb aku bukan artis atau selebriti .. tapi sekurangnya , orang ni pon pernah dengar nama BEN ASHAARI .. Aku berjaya menyebarkan nama BEN ASHAARI bukan ?