Kalau di tanya pada mereka yang tidak tau mengenai dunia blog , mereka kata blog adalah untuk mereka yang banyak masa .. Bercerita pasal artis , politik atau menyebarkan khabar angin .. Apakah itu saja tujuan blog diwujudkan ? Bagaimana pula dengan kreativiti seperti resepi masakan , seni , cerpen , puisi , novel , atau ada yang siap membuat pelbagai lagi tutorial ..
Blog peribadi paling banyak wujud.. disini kita dapat kumpulkan pelbagai jenis golongan samada dari kecil hingga atasan .. Kita ada blogger bertaraf doktor , pensyarah , guru , pegawai kerajaan , jurubina , jurutera , polis dan paling ramai ialah , pelajar pelajar samada dari IPT , Maktab perguruan , sekolah menengah mahupun rendah.. Mereka semua ini adalah blogger .. Mempunyai suara tetapi tidak tau dimana ingin dilepaskan ...
Blog .. satu satunya tempat mereka bersuara secara halus.. Jika terang terangan , pastinya akan dibangkang .. Lalu dengan menggunakan bijaksanaan akal fikiran , suara dapat dilepaskan dengan penuh berhemah dan tertib.. Sesiapa pun pasti tidak terasa bukan ?
GEGAR 1,000 blog yang baru aku lancarkan petang tadi , sehingga sekarang telah berjaya mengumpulkan lebih 100 buah blog .. Pantas bukan ? Ini menunjukkan bahawa blog memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu berita dengan pantas .. Cuma tepat tu , tak la gak kan.. Kalau ada yang nakal , teringin di tambah 'ajinamoto' kan ? Tapi yang penting .. mesej tu sampai.. kaan ?
GEGAR 1,000 BLOG baru bermula ... Lagi 3 hari akan ditutup.. Selagi belum mencecah 1, 000 selagi itu aku akan berkempen.. Pergh.. kalah ahli politik .. Tak kira !! Nak kata aku gila , kata la.. Orang gila la yang cipta kapal terbang.. Orang gilalah buat kereta .. orang gilalah yang mencipta sejarah tersendiri dan aku juga mereka kata gila.. Ada aku kisah ?
Blogger yang dah sertai GEGAR 1,000 BLOG ini , aku senaraikan di BENASHAARI2 .. sedikit demi sedikit .. BUKTIKAN KITA BOLEH BERSATU ! BUKAN KERANA TRAFIK TAPI KERANA KITA INI BLOGGER !!