Aku terbaca komen dia memula .. Wah .. Apa yang best sangat pasal GEGAR 1,000 BLOG ni ?? Bayangkan yer ..andaikata berlaku kes kes begini ( link ) , pada salah seorang rakan blogger kita ( mintak dijauhkan .. ini sebagai contoh saja ) ... Pelbagai sumber akan digunakan untuk mendapatkan bantuan .. Dan kita sebagai blogger sendiri yang mana senantiasa bersatupadu , pastinya akan turut sama membantunya dalam bentuk menyebarkan maklumat maklumat begini bagi mendapatkan bantuan kebajikan samada dalam bentuk kewangan dan sebagainya .. Berguna atau tidak ? Kita sama sama saling bekerjsama ..
Kita boleh bertindak sendirian .. Kita boleh bergerak sebagai blogger indvidu.. Mungkin kita bangga dengan penulisan kita yang kononnya mampu mengkritik orang lain , tapi sedar atau tidak , kita juga memerlukan orang lain untuk berjalan atas muka bumi ini .. Kita tak boleh sendirian ..
Amik contoh lain ... Lahir saja ke bumi .. Terus ke berlari ? Sapa yang ajarkan kita berjalan ? Sapa yang ajarkan kita membaca? Sapa yang ajarkan kita makan ? Janganlah sombong dan bongkak ! Kalau baru pandai membaca dan berlagak punyai title profesor , maka jengok jengok la ke tanah .. ada lubang tu ..
Nasib baik la blogger tu masih bersekolah .. bagi aku dia masih belum cukup matang untuk mengenali kehidupan sebenar.. Yelah , duit belanja pon mak bapak masih bagi kan .. Nak kata apa .. Nanti satu hari nanti , dia tau erti kehidupan sebenar , baru dia tau pentingnya promosi blog ini ..
PROMOSI BLOG ini umpama satu cara untuk kita masuk ke dalam masyarakat blogger yang ada sekarang .. Walaupun tak meluas , sekurangnya dpt duduk dalam satu 'puak' pun dah mencukupi..
Ibarat kita masuk ke sekolah baru.. Kena memperkenalkan diri.. Berdiri depan kelas.. kemudian perkenalkan diri.. Yang lama , akan menyapa yang baru.. berkenalan dan bersahabat .. Itulah konsep promosi blog ...
Bila blog dah popular , macam macam keuntungan boleh dapat disamping menambahkan pendapatan .. Tu soal lain.. Rezeki masing masing ..
Ada perkara yang kita tau , kita bicarakan.. Jika tidak tau , kita diam dan buat kajian .. Jangan suarakan sbb nanti kita nampak bodoh.. Mmg kalau tak bertanya lagi bodoh tapi pastikan buat kajian agar soalan yang nak ditanya itu tidak nampak bodoh ...