Segalanya bersederhana.. Dalam apa jua perlu bersederhana ... Termasuk juga MELEPAK ... kan kan ?
Bila sebut 'melepak' pastinya terbayang di kedai makan ..tak kira mamak , restoran segera atau mana mana juga asalkan ada terhidang makanan kat situ ..
Ada melepak kosong dan ada juga melepak berisi .. Melepak ni lebih kepada bersantai .. Tak perlu ada kertas minit mesyuarat atau perlu amik minit.. Cakap je apa saja .. Apa saja yang terlintas dan bernas nak dicakapkan .. Kadang kadang mengarut pon ada ..
Melepak ni sebenarnya lebih pada nak merehatkan minda.. Bersantai bersama sama kawan dalam persekitaran sihat .. Yang buat tak sihat tu jika ada yang merokok dan mengorat awek kat sebelah ! Tu mmg cari pasal la ..
Ramai pandang negatif bila terdengar perkataan 'melepak' ni .. Macamana tak negatif kalau hari hari muka yang sama je kat kedai tu ? Sekali duduk , sampai azan bergema pon tak reti reti nak bersurai malah lagi beria perbualannya .. Tu yang masalah besar tu ..
Apa pon melepak dengan rakan rakan blogger di Precint 9 , Putrajaya semalam memberi banyak input terbaru buat aku .. Terutama dalam berusaha untuk mendapatkan anak kembar.. Tips dah bro Huszaini.. hehe.. Tips bisnis dari Joegrimjow dan tips citarasa pembaca muda dari geng geng blogger muda yang ada semalam. Yeargh... Berbaloi.. Bagi aku melepak yang menghasilkan sesuatu yang positif tercapai semalam !
Bukan selalu kan ?