Syukur , syukur aku kepada Allah .. Segalanya terbukti dengan pantas namun perit ! Bukan mudah tapi aku buktikan ... Mereka ketawa dahulu , aku geram saat itu .. Sekarang aku ketawa , ketawa puas .. Puas sbb ternyata ianya menjadi kenyataan ..
Kenapa ? Blog aku ni , blog cerita biasa .. Pelbagai cerita aku kongsi bersama .. Segala cerita , kenangan malah pengajaran aku letakkan di sini dengan harapan , pembaca dapat merasai apa yang aku rasai ..
Bermula Ogos lalu ( 2010 ) , aku terima satu iklan dari http://rizi-biz.com/ dimana dia sendiri meletakkan harga iklan tersebut .. Aku ternganga tak percaya .. Alhamdulillah , sehingga sekarang dia masih lagi berada di tapak iklan tersebut ..
Aku cuba segala-galanya dalam dunia blog .. Eh.. bukan semua ... hehe..banyak lagi aku tak cuba .. namun aku akui , blog mampu membuatkan blogger tersengih ..
Aku bukan nak ajar blogger bersikap materialistik ! Tapi sila buka kepala otak tu .. Lapangkan minda.. Jangan fikir negatif.. Apakah dengan bekerja dengan orang , baru boleh ada duit ? Berblogging pon ibarat bekerja.. Kita menghasilkan penulisan sendiri .. Lain la yang jenis ciplak tu.. Kita kerah idea .. Nak kasi pembaca gembira .. ketawa.. bukanlah mudah .. sangat susah ok !!
Sejak aku ada blog ni , rezeki aku bertambah .. Tadi aku baru saja terima satu cek dari syarikat iklan .. Dan insyaAllah , esok aku akan termeterai satu perjanjian yang mana $$ lumayan juga .. Manakala INNITY menjana $$ sesuai dengan trafik aku.. berbaloi baloi !
Apakah rahsianya ? TRAFIK ! Mereka kata aku gila trafik .. Yup.. mmg aku gila trafik.. kalau aku tak gila trafik , sapa nak baca blog aku ? Unta padang pasir ?? Aiseyman .. TRAFIK = PEMBACA ... Aku nak pembaca dengan jumlah yang besar.. Itulah kepuasan ..
Untuk mendapatkan trafik yang tinggi , ada pelbagai cara dan cara aku ialah seperti mana korang nampak sekarang .. Itulah aku , hari ini dan insyaAllah hari hari mendatang ..