Mula mula , jutaan buat semua blogger yang sudi buat entri pasal blogger istimewa kita , Sukur Ibrahim .. Blogger tak kira ternama mahupun baru dalam dunia blog ini , sudi meluangkan satu entri mencoretkan kisah blogger kita tu ..
Tujuan aku cuma satu ... Menengahkan mana mana blogger yang bagus ( aku rasa ) dalam cerita dia.. Punya info.. punya cerita ..pengajaran dan tauladan ..
Blog blog begini aku akan cuba ajak rakan rakan lain naikkannya.. Bukan apa ,rasa rugi kalau terkubur nanti.. Sekurangnya kita kasi suntik satu semangat agar senantiasa ada mood untuk berblogging..
Namun begitu , aku sedar ... segala usaha aku selama ini akan kelihatan kotor sekiranya ada setitik nila .. pasti akan rosak segala kenangan manis selama bertahun lamanya ..
Dan ianya berlaku sekarang.. Segala kedaimaian berakhir kerana dek hasutan syaitan .. Dia pasti ketawa mengilai kerana berjaya menghancurkan pepaduan anak cucu adam !