Hurm.. Aku terbaca satu blog kawan ni .. Kecewa katanya .. Kecewa kerana dia sering singgah ke blog blog popular tapi tak dapat kunjungan balas .. Hurmm... Ada dia tulis blog mana dia pergi .. termasuk blog aku ..
Sewaktu aku mula berblog , aku berfikirkan seperti mana dia fikir.. Alangkah bestnya blog kita ini dapat kunjungan blogger popular.. Maka kita pon pergi la ke blognya.. 'Tayang' muka habis cun dah ni.. Tapi takde respon ..
Kecewa .. bila kecewa , ada yang malas berblog .. Cuba fikir semula .. Kita buat blog ni semata mata nak suruh blogger blogger popular ni datang singgah ke ?? Apakah blogger blogger biasa ni , tak berguna langsung ke ?? Jangan lupa , blogger blogger ni pon manusia gak .. Tak de kerdipan bintang di badan dia tu haa.. Berlagak bintang lagi ada la padahal hampeh jer ..
Aku ke , atau mana mana blogger yang kononnya dicop sebagai blogger popular , sama macam blogger yang lain .. Kitorang pon makan nasi gak .. Sakit perut gak.. Cirit birit gak .. Sama jer.. Kenapa mengharapkan kehadiran mereka hanya semata untuk menaikkan semangat ?? Boleh tu boleh ,
Camana nak tarik perhatian blogger blogger popular ni ! Untuk tarik perhatian blogger blogger ni , korang kena juga jadi popular ! Bagaimana nak popular , tu terpulang dengan kreativiti sendiri ..
Ingat , sebenarnya yang mempopularkan blogger adalah blogger sendiri .. Bukannya blogger popular yang mempopularkan blogger .. Jadi , berkawanlah seramai mungkin ..
Biar popular kerana ilmu.. Bukan kerana gaya atau fesyen ..