Sewaktu aku berbual dengan Josh Lim ( link ), ada dia menyebut satu perkara yang membuatkan aku kagum dengan blogger melayu ini .. Katanya , blogger melayu ni punya komuniti dan bersatu !
Itulah yang sepatutnya berlaku dalam dunia blog kita.. Kita perlu bersatu .. Berkali kali dah aku katakan .. Tapi aku tak rasa kita bersatu... Kenapa ? Ada je masalah dalam bila nak bersatu .. Bukan mudah bukan ? Selagi ada 'ulat' dalam komuniti blogger ni , mmg sampai bila takkan dapat bersatu ..
Masalahnya 'ulat' ni spesis tak memberi manfaat langsung tapi berlagak seolah olah memberi faedah .. tu yang jadi punca tu... Blogger melayu perlu bersatu .. kalau tidak , sampai bila kita dok ikut telunjuk 'mereka' .. kena main je gitu ..
Jangan pandang blogger blogger yang dah lama.. mereka punya 'aset' tersendiri .. punya komuniti tersendiri.. ni yang beribu ribu blogger baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan ni .. dalam kebelakangan ini , aku rasa amat susah nak bersatu.. dalam fikiran pon asik nak jadi kaya dengan berblogging padahal berblog ni bertujuan untuk mendedahkan diri pada dunia penulisan dan dunia memberi pendapat tanpa sempadan dengan cara bijak tapi yang berlaku adalah sebaliknya ..
Hurmm.. boleh cari $$ dengan berblog tapi jangan lupa tujuan asal dan maksud berblog itu sendiri !