Hehehe... bukan senang nak bergambar dengan bakal bakal pendidik terulung negara ni !! heheeh ..
Cerita kat SINI
Hehehe... bukan senang nak bergambar dengan bakal bakal pendidik terulung negara ni !! heheeh ..
Cerita kat SINI
OK..ni segmen cepat dan ringkas .. khas untuk blogger yang lepak di rumah pada hujung minggi ...
OK.. segmen ni mudah jer ... Biasanya blogger dah tau mana mana blog yang sememangnya popular kan ? Sekarang apa yang aku nak ialah , korang bagi blog blog yang korang rasa dia patut popular !! Cari blog yang belum popular !
Nak join ? Senang jer... cam biasa.. buat satu entri khas :
Tu jer .. bila dah siap... korang paste url entri korang kat ruangan komen ini.. DAN juga di 5 buah blog tersebut ! ok ? Tutup tengah malam ini .. Terima kasih ...
Berapa ramai ingin blog mereka senantiasa dikunjungi beribu pembaca sehari ? Ramai kan ? Bila dah begitu , corak penulisan kita akan berubah gak .. Kalau kita bercerita dengan kawan sekolah , kita akan gelak HAHAHAHAHHAHA .. kalau kita bercerita dengan rakan yang baru je berkenalan , boleh ke kita gelak begitu ?
Seperkara lagi yang perlu kita tau ... blog dikunjungi pelbagai kaum sebenarnya lebih lebih lagi jika jika ditulis dalam bahasa antarabangsa , english .. Apakah kita boleh tulis dengan selamba je ? Secara automatik kita kena jaga bahasa kita ..
Ada seorang rakan blogger yang juga kawan gym bertanya pada aku .. Kenapa di gym , aku sempoi habis .. tapi dalam vlog , aku nampak sangat berbeza .. Jawapan aku amat mudah .. Masuk kandang kambing , kita mengembek .. aku tak boleh buat sama gak camana aku di gym .. main cakap lepas jer .. Dan seperkara lagi , aku dah kawin .. Aku perlu jaga banyak air muka orang .. Keluarga aku dan keluarga orang rumah aku .. Dan jangan lupa aku juga penjawat awam ..
Lihat contoh cikgu shida.. dia seorang guru .. berapa ramai kutuk dia ? Walaupun dia tak kisah , tapi aku kisah .. aku perlu jaga air muka wife dan keluarganya .. Apa kata orang kampung dia jika aku buat vlog yang ala ala main suka hati aku je ?? Sapa rasanya malu nanti ?
Lain orang lain konsep.. Corak penulisan jika tiada perubahan bermakna tiada peningkatan .. Atau juga penurunan .. Segalanya berngantung pada pembaca .. Jika mereka suka , mereka kembali .. jika tidak , hye hye bye bye ..
Kadang kadang serius .. kadang kadang santai .. kadang kadang motivasi.. kadang kadang lucu .. kadang kadang info dan kadang kadang sampah ! Baru ceria hari kita kan ?
Ingat tak cerita aku tempoh hari yang aku dikantoi sewaktu pulang dari kerja tu .. Baca SINI kalau tak tau .. okeh ? hehe..
Dalam entri sahabat ni dia kata , aku nampak rushing.. mmg pon .. yang pertama , aku nak sampai ke pintu keluar tu .. kalau aku lambat , mmg kena beratur la nak kuar dari pintu automatik tu haaa .. Yang kedua .. ERL akan sampai dalam beberapa minit lagi jer.. Kalau terlepas , aku kena tunggu lagi setengah jam.. Kalau aku je tunggu tak pe. .aku leh update 3 entri dalam masa tu tapi wife dah standby kat Stsn ERL Putrajaya ..
Sewaktu aku tengok muka dia.. aku rasa aku kenal sbb dia sorang je yang suka BIRU dari HIJAU ! hahahha ... tapi tak leh nak recall sbb dah kalut banget ... hehehe ..
Apa pun , jutaan terima kasih kerana sudi menegur aku ... hehe.. lain kali leh pekena roti canai kosong ngan air kosong eh .. hehehe .. Ops.. nak tau sapa ??? KLIK SINI
Hurm... terbaca entri INI membuatkan aku tersenyum .. Aku perasan apa yang dia perasan .. Bukan sesuatu yang mudah bila dah menjadi tumpuan ramai blogger ..
Macam aku berbincang tadi dengan BROFRAMESTONE di dalam sungai ( link ) tadi , mmg spesis cam kitorang ni sering menjadi kaunter pertanyaan .. Soalan yang sama tapi berbeza situasi .. Takkan nak suruh rujuk entri yang sedia ada ? nanti diorg kata sombong lak .. Penat weh .. Mau tak mau kena buat entri gak .. dalam pada masa yang sama , ramai dapat info tu gak memandangkan ramai blogger baru bertumpu di blog aku ini.
Mana satu aku perlu jaga .. yang satu atau berpuluh yang baru ??? Aku cuba jaga kedua duanya selagi boleh tapi aku ini manusia biasa .. susah dan sukar .. Seorang ibu sendiri pon susah nak bahagikan kasih sayangnya terhadap anak anaknya dengan adil apatah lagi aku yang tiada sebarang ikatan rasmi dengan blogger kecuali kawan .. Aku buat mana yang termampu ..
VLOG dan BLOG .. blog adalah kesayangan aku .. Vlog ada sesuatu yang baru dan ianya menarik ! Apa salahnya aku cuba buktikan pada mereka yang selalu kata tiada masa itu bahawa aku boleh buat kedua duanya sekali ? Berkorban ! Dan ianya menarik serta berbaloi ..
Berkaitan video 1tube.my diletakkan dalam Facebook.. Setahu aku pihak 1tube cuba mengelakkan menggunakan FACEBOOK dan YOUTUBE .. Perlu tahu , semua komputer boleh mainkan video yang berada di 1TUBE.MY .. Kalau tak boleh , bermakna komputer itu yang bermasalah dan jika benar benar berminat , kena usaha cari jalan penyelesaian ..
Dan buat pengetahuan ... entri aku bukan schedule ... apa yang aku taip adalah apa yang aku rasa .. sekarang dan saat ini .. Mungkin berulang ulang entri aku tapi kena tau , itulah yang aku rasa .. Kita sendiri pon dok mengulang bicara tentang perkara yang sama .. Seorang pensyarah pon akan mengulang topik yang sama pada setiap kali ada pelajar baru.. Takkan nak suruh pelajar dia baca je dalam buku kan ?
Berkaitan BEN ASHAARI dan 1TUBE.MY itu , akan diketahui satu hari nanti ...
Letak tajuk betul .. orang ingat nak SEO .. letak tajuk biasa biasa .. kata konon nak tiru DALAM BOTOL .. kang tak letak tajuk , kata aku pemalas .. huk huk ..
Heheh.. ramai kata aku nampak malu malu dalam video sembang sembang ben ashaari bersama Maria Elena tadi ( link ) .. Aku rasa mungkin bakat aku lebih pada menulis je kot .. hehehe.. tak de layaknya berada depan kamera .. huk huk ..
Tak layak ?? Sapa kata ?? aku sebenarnya masih dalam proses pembelajaran .. Bukan mudah nak mengadap kamera apatah lagi tanpa skrip dan di sebelahnya perempuan !
Ok .. fine ! Aku mmg segan pada perempuan okeh ! Walaupun dah tua , aku tetap segan .. apatah lagi nak bertentang mata dengan mereka .. Aku tak tau kenapa tapi mmg aku gitu..
Dalam video tu , aku gugup kejap sebab apa ? Sebab ... Maria Elena ! Grrr... Dia ajuk aku !! Huwaaa... aku bukan tak leh ajuk dia balik tapi .. aku kan hos .. haahha.. tak pe ..tak pe .. aku kasi dia menang ari tu.. Tunggu sekali lagi.. aku akan kenakan dia ! Grr...
Nak tengok disebalik tabir pembikinan video ni ? Klik sini .. dan sini .. Amacam ?? Kalau slow video ni .. Sila klik sini ... Tq Tq TQ ... Ops.. kenapa aku kata aku kena main ngan MARIA ELENA , korang tgk sendiri eh ..
Alhamdulillah ... selamat pergi dan selamat tiba.. cuma aku je sakit kepala .. makan 4 ulas durian je dah sakit kepala.. ke panas sangat tadi ? Tapi sempat gak la berendam di sungai .. hehe.. saja berendam sambil berborak dengan BROFRAMESTONE
Apa pun.. gambar atas ni ..gambar terbaik minggu ini .. tapi ..
Ni paling aku suka .. hehehe ... suka suka suka ...
Opss .. projek untuk esok lak ... SINI .. Jom lepak Putrajaya esok !
Terima kasih BROFRAMESTONE kerana sudi melepak sambil berenang bersama aku.. hehe... berenang ke ?? Rasa cam berkubang jer ! hehehe .. Ada dua blogger lagi dalam opis aku ni .. CiaoAnnin dan Miss izah...
Hehehe..... makan timee.. tapi makan sikit je aku...
nanti cerita la yer.. tengah stim ... tengok sungai ngan durian laa...
Menurut dari beberapa sumber yang terdekat dan boleh disahkan faktanya , harga minyak RON97 dinaikkan sebanyak 20 sen atas alasasn harga minyak dunia naik..
Wow wee wooo .. i like it ... tak pe ..gaji aku banyak lagi ni.... Tak tau nak bayar apa .. Kira setiap ari mmg aku dok sedekah jer keje aku..
Melangkah keluar dari rumah bermakna bersedia untuk bersedekah .. haaa.. ni kira bersedekah terpaksa la... Bermula dari air putih segelas hinggalah ke menbuang air segelas gak ..
Pagi tadi kat Putrajaya , kawasan parking di PARCEL E yang mana aku sangkakan percuma rupa-rupanya kena bayar ! Perghh... Yang menariknya aku rasa yang akan parking situ adalah penjawat awam yang berpangkat 'sangat tinggi' .. kira pasni ramai la yang meniaga dalam opis eh .. ke buat blog gak ? hehe..
Dan yang pangkat biasa biasa ni , boleh parking dalam bangunan .. hehe.. lawak tak ? Gaji besor dah.. elaun gitu gini .. pastu parking free.. Yang kecik kecik ni ? Semua kena bayar weh.. tu laa.. sapa suruh main main masa sekolah dulu kan ? Adehh..
Kat ERL Putrajaya ... sama gak.. parking kena bayar .. aku rasa la kan .. dasar kerajaan mmg galakkan rakyatnya gunakan perkhidmatan awam .. kan kan ?
Apa kata , semua sekali guna perkhidmatan awam ... baru la best.. tunjuk contoh terbaik ! Alang alang susah .. biar sama sama rasa kan ?
Haih.. pilihanraya dah dekat ... fikir fikirkan la ... aku tak larat nak fikir dah .. samada nak buang undi atau tidak je.. tengok la calon nanti... kalau hensem , aku undi la .. nak harap apa dah ? Takat janji , semua janji tahap ke langit punya .. tapi ??? Grr..
Macam status aku di FACEBOOK , " terima kasih kerana menaikkan harga minyak..kami akan terus menyokong kerajaan..kami susah takpa...kami dah biasa mkn nasi kosong jer.."
I LIKE !!!
Ya .. tau .. tak semua anonymous ni teruk.. tapi bicara aku sekarang ini tentang yang teruk ni haa... bukan skit yang kena woo ... Teruk ? Haaa.. tu korang kena baca sendiri ler ..
Nak baca ? Jommm ..
http://fatin-hidayah.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://masikarfan.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://yangbaik.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://nurikhyardee.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://mariatunnabila.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://www.herstoriie.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://muhafida.blogspot.com/2011/04/segmenben-ashaari-kata-aku-tak-sukaaku.html
http://beingmenu.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://bluediamondfaizah.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://aizamia3.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://suedeorange.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://sembangkemass.blogspot.com/2011/04/aku-tak-suka-aku-tak-suka-laa.html
http://eyjalukman.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://eyjalukman.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://potpetpotpet-zieha.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
http://azfar9897.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kata-aku-tak-suka-aku-tak.html
Sambung lagi.. ni dlm kereta ni.. fenin nanti.. hehehe ...
Salam .. selamat pagi ... Sihat ? Hehe... aku ok jer.. terima kasih kerana sudi bertanya walaupun tak berniat nak bertanya .. ahaks.. guwau jer ..
Hurm... pagi yang aman .. hujan malam tadi eh.. Tu ar.. berat betul nak bangun pagi ni .. memikirkan aku nak masukkan bahan menarik pagi ni , maka aku paksa diri aku keluar dari rumah aku tu haa.. TERPAKSA okeh !
Apa cerita ? Aku nak g Tanjung Malim jap lagi ... Salah seorang rakan kat pejabat , punya dusun buah buahan kat situ.. dia ajak semua turun g abiskan segala buah yang ada .. Tapi nampaknya tak sekadar makan buah je la.. yang kaum hawa ni dah pakat nak berpiknik memandangkan ada sungai yang jernih mengalir kat situ ..
Sebab itulah aku nak pergi ... hehehe.. aku suka masukkan bahan bahan macam tu dalam blog aku.. Takde la nak bercerita perkara yang sama je kan .. Tapi kena hati hati gak aku ni ... tak leh la nak bergembira sangat ... huhu ..
Masih mengantuk.. lupa lak.. ni nak g pon kena tumpang orang.. kereta wife bawak lak.. dia ada kursus kat Shah Alam.. huh... Beginilah nasib kuuuu .. ikut hati , nak je sambung tidur.. tapi blog punya hal ... aku korbankan tidur ku itu .. huk huk huk ..
Tepat jam 1.40 pagi pada 2/4/2011 setelah berblog selama 1 tahun 6 bulan maka .. Alhamdulillah ... Genap 2 juta pageviews .. satu perkembangan yang aku tak sangka langsung !
Bukan mudah aku untuk buatkan pembaca membaca di blog aku ni .. Mmg pening kepala la dok fikir isu dan topik .. Bukan senang wooo.. setiap minit dok fikir.. aku dah macam wartawan je nak cari isu sana sini ..
Tapi yang bestnya ... aku dah ramai bantu blogger blogger baru naik ... mereka naik dengan jayanya .. Satu satu perkara yang aku amat banggakan setelah berkecimpung dalam dunia blog ini ..
Dan hingga kini , setiap bulan .. lebih 150 ribu pengunjung singgah di blog aku .. Satu pencapaian yang aku rasa cukup membanggakan bagi aku yang masih baru apatah lagi mereka datang kerana nak baca bebelan BEN ASHAARI .. ..
TERIMA KASIH SEMUA !! ANDA SEMUA TULANG BELAKANG BEN ASHAARI.COM ...
TV1 dan TV2 adalah rangkaian television milik kerajaan Malaysia .. Pelbagai perubahan telah dibuat bagi menarik rakyat Malaysia menontonnya malangnya bagi aku , masih tidak mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia .. Kenapa ?
Apakah kerana isu politik ? Hurm.. aku tak nak bicara soal politik dalam ni .. OK.. skang kita tengok pulak ASTRO pulak .. Boleh dikatakan setiap rumah dalam Malaysia ni mesti ada piring Astro tu haa.. Macam dah wajib.. beli tv , kena pasang ASTRO ...
Kenapa kita piliih ASTRO ? Satu .. sebab ada pelbagai rancangan .. Dua , mmg clear la kan .. tiga .. banyak channel... Dan paling aku ingat sekali ialah , TIADA IKLAN !!
Tapi kebelakangan ini , berlambak iklan ! Adoi.. tensen giler.. dah la bayar mahal ! Bila lewat bayar , terus potong .. haih.. camana tu ? ASTRO patut peka kehendak pengguna ni.. Kami semua bayar tau ! bukan seringgit dua .. berpuluh hingga ke beratus .. Tak adil la gitu.. kalau nak sangat iklan tu , buat la satu channel khas untuk iklan jer .. Tensen woooooooooooo...
TV1 dan TV2 .. apa kekuranganya ? Bagi aku , rancangan mereka mmg best dah .. tapi sayangnya politik .. hurm... aku bukan pembangkang okeh cuma tak suka bila nak rehatkan kepala , tetiba ada isu berat lak kat dalam tv tu .. grr ...