MAHARAJA LAWAK ... Setelah menyaksikan persembahan JOZAN ... Mamat Khalid komen .. dan komen dia tu membuka mata aku .. hehehe .. Kita buat la apa sapa pon , selagi kita ada FOLLOWERS , kita selamat .. Lawak atau tidak , mereka tetap menyokong .. Kan kan ?
Sama dalam dunia blog ... Enjit enjit enjit semut , sapa sakit naik atas ... Haaa.. nak naik tu mmg best.. tapi kalau naik guna helikopter , mmg tak rasa la nikmat blogging tu .. Tapi jika merasai 'keperitan' untuk naik , kita akan ada cerita untuk adik adik blogger akan datang .. Sekurangnya mereka tahu perit getir untuk berada di atas ..
Macam aku sebut tadi .. dalam dunia blog ni , bila kita dah mula naik , pasti akan ada bayang bayang ikut rapat .. Bayang bayang ni pulak bukan membantu sebaliknya menunggu masa nak tikam dari belakang .. Mengkritik , mengeji dan mengutuk .. Kononnya membantu meningkatkan kualiti penulisan dan blog blogger tersebut.. Bagi aku MENGARUT !! Pengkritik yang ada skang ni bukan pengkritik , majoritinya pengutuk ! Keje nak kutuk blogger je.. Bangga sangat la ngan jawatan tu.. Tak sedar bahu makin berat sebelah ke ??
Tapi jangan risau .. selagi kita ada pembaca setia dan rakan rakan blogger , kita akan tetap gembira blogging .. Lantak p la suara sumbang tu bersuara .. makin bersuara makin sengau ! Lama lama , diorg kutuk sesama sendiri .. Kesian ..