" Aku buat blog bukan nak popular dalam dunia maya okeh ! "
Wah.. pernah baca tak statement ni selain di suratkhabar ? Eceh.. mana ada kat suratkhabar .. temberang je mamat neh .. tapi kalau ruangan komen blog tu banyak la.. Ramai blogger tak berminat nak popular .. Biar low profile.. hehehe .. kan kan ?
Biar aku usap janggut serta misai ku ini .. misai nak gulung gulung cam orang jahat selalu buat .. hahahaha.. Tamo popular eh .. Tak pe la.. tamo popular , duduk diam diam eh .. jangan kacao orang yang nak popular cam aku nehhh .. maklumlah , rezeki depan mata jangan ditolak ... Bakat yang ada , gunakanlah.. jangan dah tua nanti baru tergedik nak gunakan .. masa tu tak laku dah .. :)
Ramai fikir , popular dalam dunia maya ni semata mata nak gila glamer laa.. kira nak jadi artis la konon.. tapi habuk pon tarak !! Huih.. silap tuuu .. cuba fikir semula .. Justin Bibir tu .. camana dia naik ? Dia g beratur untuk masuk AF ke ? Najwa Latiff baru je sign kontrak dengan syarikat rakaman .. camana tu ?
Dunia maya sekarang ni adalah satu landasan baru untuk menonjolkan bakat masing masing .. Aku amik contoh blog la eh ..Ramai blogger cuba menonjolkan bakat penulisan dalam tu.. Malah ada yang buat cerper , novel dan sebagainya .. Jika ada yang berkelayakan , sapa tau dari seorang blogger kepada novelis ..
Dan , ramai jugak blogger diambil jadi model sambilan ... haaa... easy money kan ? Zaman ini , kena bijak amik peluang .. selagi halal dan tidak melanggari batas agama dan undang undang negara , apa salahnya kan ? Rezeki depan mata .. kaut je la..
Tapi bagaimana nak dapat semua itu ? Itulah tujuannya mempopularkan blog ... Bila blog popular , secara tidak langsung orang kenal blogger tu ... mana tau , ada syarikat pengiklan berminat nak amik atau nak sewa tapak dalam blog tu , dpt gak la duit g shoppinga atau duit kawin.. hehee.. atau paling tidak pon , sponsor .. kan kan ?
Ni bila fikir , popular je mesti ingat gila glamer .. kemaruk benar nak keluar dalam majalah atau suratkhabar.. Huh.. berfikir biar meluas sedikit.. Takkan nak keje 9 - 5 , 5 hari seminggu .. Tengah bulan , pening kepala duit abis.. Dengan adanya blog , alhamdulillah aku tak lagi alami semua tu..
Syukur pada Allah kerana buka pintu hati untuk aku menulis blog .. selain dapat ramai kawan , rezeki aku pon bertambah .. Popular ? Tu korang pk la sendiri eh ...
Ada sapa sapa nak bergambar lagi ?