Haaa... sejak pertama kali aku tengok muka dia kat Raja Lawak , aku mmg boleh rasa dia mampu pergi jauh , jika dia berdisiplin .. hehehe.. Bukan mudah nak berdisiplin bila dah bergelar selebriti ni ..
Ok.. tolak tepi sebentar kehidupan peribadi dia.. Apa yang aku nak bicarakan di sini ialah lawak spontan dia .. Kenapa dia ?? Aku pon tak tau la.. hehehe
Pertama sekali , dia kreatif sangat .. Dia tak perlu buat gaya gaya slaptik untuk membuatkan orang ketawa .. cukup dengan skrip selamba dia dan sedikit gaya bagi menghidupkan lagi komedi dia ..
Kedua ialah idea yang tersendiri .. Idea yang dia dapat kebanyakkan dari kehidupan harian yang berlaku di sekeliling kita dan dia bijak menggunakannya .. Sangat hidup dan mencuit hati ..
Sebelum dia bergelar juara , lawaknya sangat sangat menarik dan tidak jemu untuk ditonton .. Bila bergelar juara , dan menjadi popular .. lawaknya dah tidak lagi original .. kenapa ? Dia diselubungi dengan 'popularitinya' yang mana membunuh segala lawak originalnya ..
Dan malam ini , akhirnya dia kembali kepada NABIL dahulu.. bukannya Nabil selepas menjuarai Raja Lawak dan memenangi pelakon komedi popular tahun yang lepas ..
Komedinya mmg nampak ikhlas dan kreatif.. dia berjaya menghidupkan suasana tanpa perlukan kehadiran orang lain ..Itu yang susah kita nak lakukan ..
Kita sendiri sebagai blogger .. cuma amik info yang ada depan mata kita tu.. Bagaimana Nabil bisa mengketawakan penontonnya ? Bagaimana kita , sebagai seorang blogger mampu pikat pembaca kita lagi hari demi hari.. Semakin bertambah ..
Susah gak kan ? Nak bagi orang ketawa lagi susah tau.. Tak caya, buat la entri yang mampu buat orang ketawa berdekah dekah ..