Sabtu dan Ahad , adalah hari hari yang sukar untuk mendapatkan trafik yang tinggi bagi seorang blogger .. Alhamdulillah , semalam dan hari ini , aku mampu cecah 4 ribu UV manakala hari hari biasa , 6 ribu UV lebih ..
Aku bukan nak menunjukkan trafik aku tapi ini adalah bukti kesungguhan aku berblog .. Walaupun entri aku nampak 'sampah' tapi sebenarnya bagi aku ianya punya maksud tersendiri jika dibaca dengan 'betul' ..
Pagi tadi , sebelum sampai rakan rakan blogger , aku dah berjaya update satu entri ringkas iaitu , CAM BIASA ? Sebuah entri biasa tapi sebenarnya punya maksud ... Apakah itu ? Hehehe.. sendiri fikir la yer .. Cam biasa la ..
Dan seterusnya sewaktu ice breaking tu pon aku sempat update 2 entri khas buat rakan rakan pembaca / blogger yang tak sempat join gathering tu ..
Tu sebabnya aku usung laptop ke mana mana saja .. Dan !!! Dan .. rakan blogger yang datang lewat , mengesan kitorang hanya melalui entri aku yang senantiasa update segala aktiviti kitorang tadi..
Sampah atau tidak , ianya tetap memberi erti pada mereka dan terutamanya AKU sendiri.. Whooppss.. takde anon kacao aku pon... ini sekadar penjelasan aku sebelum aku mula iron baju keje esok untuk seminggu termasuk wife punya yang dah pengsan sebab terlalu penat seharian ni.. hehehe ... Sapa kata aku dok update blog je ??