Sejak kecik lagi , aku gemar memimpin.. tapi aku tak nak jadi ketua.. aku lebih suka beri pendapat dari duduk diam .. Kalau takde kene mengena dengan aku , barulah aku diam .. hehehe ..
Apa yang aku mahukan sebenarnya dari dunia blog ini ? Ok.. terus terang aku katakan , dunia internet ini adalah lombong emas .. Terlalu banyak kawasan yang belum dikorek lagi.. dan takkan habis selagi wujudnya internet dan pengguna ... Keutamaan aku ialah keluarga aku .. Pendapatan sampingan yang boleh aku dapat dari dunia internet ini , aku sangat sangat bersyukur.. Yelah , dari aku menghabiskan masa tengok tv , blogging menjana pendapatan aku gak kan ?
Kedua .. Popular ? Aku tak nak popular ! Apa yang aku nak ialah penyatuan semua blogger blogger yang ada dalam atau luar malaysia ni.. Satu perkara yang mustahil tapi tak semestinya kita tak boleh satukan sekurang kurangnya suku kan ? Suku tu pon dah cukup besar dah ..
Itulah yang aku cuba buat dari dulu .. BERSATU .. namun ianya tetap sukar sekali kerana ada je alien cuba merosakkannya. .Nak kata apa dah kan .. syaitan mmg tak boleh tengok anak cucu adam ni bersatu ..
Aku cukup gembira bila melihat blogger yang baru berkenalan , kemudian boleh bergelak ketawa seolah olah dah kenal bertahun lamanya .. itulah yang aku dapat lihat tiap kali adanya gathering yang mana aku anjurkan sendiri .. Simple tapi tercapai matlamat .. Tiada yang terasa hati.. tiada yang makan hati..
Popular , femes ... itu bukan matlamat aku berblogging.. Aku tua dah ... Popular dan femes belum tentu boleh jamin aku selamat dari seksaan kubur ...tapi sebenarnya aku boleh gunakannya saham akhirat aku .. insyaAllah ..