Salam .. Selamat Pagi ..
Kat ERL Putrajaya.. Cuaca ? Dingin.. baru lepas hujan .. Tapi yang menyeronokkan ialah udara yang dingin dan segar ini tercemar dek asap rokok !! Ahhhh ... bosan siut...
Setahun lebih aku berblogging .. Ibarat aku makan tidur dengan blog dah .. Bernafas pon dengan blog ... Faham fahamkan maksud aku .. Jangan pk satu hala .. OK ? Pelbagai ragam blogger dan pembaca dah aku lalui .. Pada mulanya , pasti akan cakap dunia blog ni best.. Kemudian , membosankan .. pastu best.. esok lusa nak tutup blog.. Hahahah.. macam macam kan ? Aku sendiri pon dah alami semua tu ..
Cara blogger nak maju dalam dunia blog ni sebenarnya amatlah mudah tapi sukar nak melakukannya .. Mudah dengan cara meneliti dan belajar .. Kaji dan selidik .. Dengan cara begini setiap entri yang dihasilkan akan lebih bermutu dan menarik .. Tapi jika menulis dengan tanpa sebarang maklumat dan kajian , maka entri boleh disalahtafsir termasuklah entri yang melibatkan kegiatan harian ..
Kita jangan lupa.. Blog kita dibaca oleh semua peringkat.. Ada yang akan hadam terus dan ada yang akan kunyah dulu .. Jenis yang kunyah dulu ni bagus... dia akan tafsir segala kata kata kita seterusnya akan meninggalkan komen.. Jenis yang hadam terus pon ada yang bagus ... cuma takut nanti dia tak faham maksud tersirat di sebalik entri blogger .. tu yang jadi hal ...
Ada blogger suka buat entri satu hala.. ada yang buat tersirat ..dan ada yang malas nak berkias kias .. atau nak cerita pasal orang lain.. macam macam.. segalanya terpulang pada jari mereka... Cuma bagi pendapat aku , lebih baik menulis sesuatu yang berfaedah bagi pembaca mereka dari bagi makan gula gula getah yang tiada apa faedahnya...
Ada pahit dan ada manisnya dunia blog ini .. Kena terima jika nak hidup sebagai blogger ..