Hehe.. aku tau.. takde contoh lain dah aku nak bagi memalam gini .. Baru lepas lepak dengan Ujang , Faizal Fredley n Joegrimjow.. Macam macam gak la cerita .. Gambar ? Tak yah la.. muak dah nak letak pic kat sini ..
Banyak isu dibincangkan terutamanya bab iklan .. Hurm.. entah la.. kalau boleh , nak je aku bincangkan kat sini .. Tapi tu la.. bahaya .. haih..
Kemudian berbangkit soal blogger popular neh.. Aku sebenarnya malu kalau orang kata aku ni blogger popular.. Tak layak.. Biarlah yang perasan popular tu dengan dunia dia sendiri .. Bagi aku satu jer.. dunia blog ini meriah dan aman dah ..
Popular ... sebenarnya tak tahan lama berbanding bagus.. Blogger yang bagus ini yang tahan lama .. Aku amik contoh pelakon yang bagus seperti Rosyam Nor.. bagi la apa watak sekali pon , dia boleh bawak dengan baik.. menunjukkan dia seorang yang berbakat.. Norman Hakim ? Dia bagus ... tapi tak sebagus Rosyam Nor (pendapat aku ) .. tapi buat masa ini dia lebih popular dari Rosyam Nor .. kan ? Tapi kalau nak jual filem , rasa sapa lebih laku ?
Tu contoh je la aku bagi.. padahal dua dua bagus bagi aku .. aku tak tau nak pk sapa.. ikutkan tadi nak je letak nama aku .. hehehe..tapi tak layak la pulak ..
Apa yang aku nak sampaikan cukup mudah .. Henti hentikan la perasan diri kita tu popular dan mengejar populariti yang mana tak popular mana pon ... Tapi biarlah blog kita popular kerana dia itu 'blog' ... ok ?