Gambar ni aku amik dari blog wife aku ( link ) .. hurm.. Betulkah ? Apakah yang sedang berlaku ?
Sebenarnya syaitan menerapkan rasa tidak percaya antara kita .. Aku tak percaya kau.. kau tak percaya aku.. WAS WAS adalah penyakit ..
" Penyakit atau gejala was-was secara umumnya boleh di atasi dengan :
1) Iman.
Kita beriman bahawa syari'at Islam sudah sempurna, tidak perlu ditambah dan dikurangi.
2) Ilmu.
Dengan ilmu yang sahih berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dari hadis sahih dan terpelihara dari hadis dho'if dan maudhu'.
3) Kefahaman yang sohih.
Ilmu ini hendaklah mengikut fahaman generasi Islam yang awwal yang solih dan terpelihara dari fahaman sesat seperti fahaman yang berasal dari falsafah Yunani.
4) Tahu dan faham akan penyamaran dan penipuan (TALBIS) oleh iblis dan tentera-tenteranya.
Apabila saudara faham dan tanam secara kukuh di hati bahawa apa-apa yang sah bagi Nabi s.a.w. maka adalah sah bagi kita; apa-apa yang tak baik bagi sahabat-sahabat Nabi s.a.w. adalah juga tidak baik bagi kita. Hendaklah kita TEGUHKAN hati kita dalam penerimaan konsep ini.
Kita juga faham berdasarkan Al-Quran, bahawa syaitan tidak dapat menguasai orang-orang yang beriman dan ke atas (kepada) Tuhan mereka, mereka bertawakkal. Ùˆ علي ربّهم يتوكّلون
InsyaAllah jika saudara faham dan amalkan konsep tawakkal ini, saudara akan merasa perubahan pada diri saudara, penyakit was-was itu akan hilang atau terkawal serta tidak akan menguasai saudara.
Kitab yang baik untuk bacaan dan rujukan untuk orang-orang yang terkena was-was iblis dan syaitan ialah "TALBISU IBLIS" karangan Ibnu Qaiyyim Al-Jauziyyah. Kitab ini sudah ada terjemahannya dalam bahasa Melayu. - HALAQAH.NET
Apa yang perlu ada , cumalah HATI-HATI .. dan berdoalah kepada Allah agar dijauhi dari segala hasutan syaitan ..