Ramai blogger mintak aku review blog mereka.. sebenarnya aku tak perlu review blog mereka untuk mencari dan menilai blog mereka .. apa yang aku buat cumalah menengahkan blog blog yang aku rasa patut diketengahkan ..
Antara sebab aku tak nak pilih blog blog yang aku rasa patut diketengahkan ialah , entri yang masih lagi lemah.kandungannya . aku tak nak mereka di serang oleh blogger atau pembaca yang tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan kritikan pedas atau caci maki ..
Template yang masih lagi belum bersedia .. Mungkin bagi mereka , template tersebut sudah memadai tapi sebenarnya tidak .. Jika aku masuk dan memberikan komen , pastinya ada yang terasa hati atau paling tidak pon akan tukar yang baru dan seterusnya akan ilanglah keoriginalitinya .. Apa yang patut blogger tu buat ialah , banyakkan melihat blog blog yang terlebih dahulu lahir dan matang dalam pembikinan template dan juga entrinya ..
Masih terlalu baru ... Yang ini biasanya aku akan buat segmen khas untuk blog blog baru .. Kalau nak pilih promote satu satu , pastinya ada yang akan bosan .. :)
Nasihat aku , banyakkan mengembara di dalam dunia blog ini untuk mencari identiti dan juga nikmat sebenar dalam berblogging ..
gambar hisasan
Bila hangat bercinta... ibu tiada dalam hati.. Ketika ini segala kata kata ibu adalah untuk memisahkan cinta mereka ... kan ? Tak percaya kata ibu.. malah sanggup membohong demi cinta .. Kononnya !
Tapi bila putus cinta ?? Siapa yang kita cari ? Ibu jugak.. haih...
gambar hiasan
Hurm... bila dapat durian runtuh.. tengah loaded .. apakah ibu atau keluarga kita yang kita cari dulu ? Tak kan ? Bagitau kat kekasih kita dulu .. kan kan ? Ada yang tak kan ? Bagus gitu.. sepatutnya berita berita gembira ini selayaknya ibu atau keluarga kita yang mengetahuinya terlebih dahulu.. Sejuk jee perut dengar anak mereka senang hati.. bukannya nak tumpang tapi lega .. kan ?
Wife ditemani oleh mak dan adik dia...saja kasi peluang bermanja..lama tak jumpa..
Gambar kat atas tu...baru aku amik tadi..penuh nostalgia...inilah tempat aku membesar dan bermain..
Kalau hujan lebat..padang mesti bertakung macam kolam renang dan aku mesti berkubang sambil bermain bola..hehehe..
Rindu saat kanak kanak dulu tapi aku tetap tetap suka aku sekarang ini....sbb aku ada ramai giler rakan di pelusuk malaysia ini berkat blog aku ini.. syukur..
Tapi bila sampai je gym ...rosak..member g tunjuk menatang atas tu...huhu..gym ke mana borak je lebih .adeh..
G tanya mana mana cikgu dalam Malaysia ni .. bosan tak jadi cikgu ? Hari hari kena ajar ikut silibus yang dah ditetapkan.. pastu mengulanginya semula pada tahun depan ..
Bosan kan ? Pergh.. Tak sebenarnya .. Satu kepuasan bila mendidik ni terutama bagi mereka yang 'tak tau' .. Bermula dari tak tau , dengan ikhlasnya seorang guru mengajar, murid tadi akan jadi 'tau' ..
Begitu juga dalam dunia blog ni .. ada yang naik boring bila aku dok ulang cerita yang sama terutama dalam 'mendidik' blogger baru.. Sampai mengatakan bosan dok baca entri yang sama .. Satu hari aku buat lebih 10 entri.. apakah satu entri saja yang ditujukan khas buat blogger baru sudah membosankan dia ? 9 lagi tu apa cerita ??
Janganlah angkuh dan pentingkan diri sendiri.. Kalau rasa diri dah cukup bijak dengan tak perlu belajar lagi, bagi ruang pada mereka yang nak belajar dan nak tau selok belok dunia blog ni ..
Jangan lupa setiap hari ada saja blogger blogger baru timbul dan mereka ini terkapai kapai seperti kamu jugak dulu.. Bersyukurlah ada orang sudi menunjukkan jalan .. Sekarang tiba masa kamu pulak tunjuk jalan pada rakan blogger yang baru..
Jangan mendabik dada bila orang puji kamu tu bagus.. Terlalu jauh lagi perjalanan untuk menjadi blogger yang bagus.. Segalanya bermula dari blog yang bagus seterusnya menghaslkan entri yang bagus..
Apa guna entri yang bagus tapi tiada orang membacanya ? Beli sebuah kereta , dah secara perlahan hiasi dan cantiknya .. Baru puas memandunya .. Dari punya enjin yang bagus tapi takde body kereta .. tayar takde ..takde kawan kawan nak join sekali .. nak usung enjin tu kehulu kehilir je ke ?
Terlebih dahulu ...kalau sudi , klik SINI ...
Ok .. jumlah blog terkumpul kali ini yang diperolehi bermula Jumaat lepas ialah 535 buah blog.. Terima kasih kerana sudi menyertai .. Dan senarai blog tersebut blog di lihat di SINI ..Terima kasih IDA ..
Manakala ... hehe.. soalan akan diberi esok yer.. insyaAllah .. jika segalanya berjalan dengan baik.. bergantung pada wife .. hurm.. ni pon tak keluar lagi ni .. dari kul 930 pagi tadi..
Apa pon , harap harap segalanya berjalan dengan lancar ... insyaAllah ...
PEMAIN Real Madrid, Cristiano Ronaldo (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan, Marcelo (kanan) dan Pepe dalam perlawanan La Liga Sepanyol menentang Sevilla, pagi tadi. Madrid menang 6-2. - Foto Reuters (BHARIAN)
Sikap begini patut ada pada kita semua .. Real Madrid baru saja tewas kepada Barcelona pada separuh akhir Piala Juara Juara baru baru ini tetapi dengan pantas mereka melupakan kekecewaan itu dan bangkit kembali dalam liga domestik mereka ! Dan tak kisah dah tentang kekecewaan mereka ..
Yang lepas tu lepas .. Perjuangan tetap diteruskan .. Berapa ramai antara kita mampu bersikap begini ? Ada yang kecewa sampai berbulan lamanya.. ada yang tak mampu bangkit kembali.. Tapi ada yang senantiasa bersikap positif dan pantas kembali ke 'landasan' perjuangan malah lebih berjaya dari sebelum ini ..
Ini yang perlu kita ada di dalam semangat perjuangan kita setiap hari.. Jadikan kekalahan itu sebagai sebagai kayu api untuk membakar lagi semangat kita ..
Awal aku bangun .. heheh.. nurse masuk.. segan nak tidur dah .. trus solat dan update blog sambil layan tv, MHI .. hurm.. ada satu berita yang menakutkan ..
Aku tak pasti samada kat berita harian ataupun utusan malaysia yang mengeluarkan berita ni ... cuma yang aku pasti ini adalah kerja gila dari mereka yang gila !!
AWAS ! Dipercayai 2 orang yang menaiki motor menyerang wanita dengan menyimbah asid kepada mereka berlaku di sekitar bandaraya Kuala Lumpur .. Setakat ni 10 kes dilaporkan ..
Elakkan berjalan seorang diri di tepi jalan.. Itu memudahkan kerja mereka .. Tujuan mereka , tidak diketahui.. tapi yang pasti polis telah mengenalpasti penyerang tersebut..
Makin ramai orang gila di bandar yang semakin 'mengila' ini ...
Antara bujang dan milik orang , mereka kata tentulah bujang .. tapi bila dah dapat milik orang mereka kata tiada pilihan .. dah suka .. adoi.... macam tu pulak ?
Bila pilihanraya ... ada pilihan ... walaupun tak pasti kebenarannya , tetap ada yang berjuang demi bangsa mahupun agama .. masih ada pilihan.. bukan menidakkannya terus.. dari tergadai baik selamat.. bab dosa , itu mereka dengan Tuhan ..
Bab bacaan .. ada pilihan .. jangan sangka kita dah baca maka mereka yang lain pon dah baca .. Jangan lupa ada yang baru 'lahir' semalam dan memerlukan panduan.. Kita yang dah tau ,terus baca yang lain.. masih terlalu banyak pilihan ..
Bab makan .. tak suka atau tak sedap .. kita masih ada samada makan untuk hidup atau makan untuk nafsu .. melihatkan keadaan sekarang ini , ramai makan kerana nafsu.. tiada lagi makan untuk hidup namun kita masih punya pilihan ..
Macamana sekali pon , jangan lupa kita tetap ada pilihan .. jangan sesekali terus melupakan pilihan tersebut kerana keegoan dan kesombongan kita sendiri ..
Ada blogger komen semalam .. kebelakangan ni ramai blogger buat SEGMEN semata mata nak popular ...
Betul..aku tak nafikan .. aku buat segmen untuk popularkan blog aku .. sebenarnya , popular dari sudut promosi ... Kenapa aku pilih segmen ?
Dari mula aku berblog.. dah ada pelbagai cara untuk naikkan blog masing masing.. antaranya contest ,GA , review dan forum.. banyak lagi cuma aku je tak terdedah mengenainya ..
Kenapa perlu promosi blog ? Aku buat blog bukan suka suka.. Saja tulis pastu biarkan .. Itu bermakna aku membuang masa .. Aku buat blog sbb ada tujuan .. Jadi aku perlu popularkan blog aku ..
Blog aku bukan blog artis.. aku bukan tulis mengenai politik.. aku tak tulis mengenai ilmu .. aku tak tulis mengenai gossip.. aku tulis biasa biasa jer .. Ada ke orang nak baca ??
Tak de orang nak baca punya !! Tapi dengan buat segmen dan mempromosinya , alhamdulillah.. aku disini sekarang .. maka apa saja aku tulis , mereka baca .. Baik best atau tidak , mereka menilainya ..
Maka , dengan segmen , aku ketengahkan blog aku dan banyak blog yang lain .. Bayangkan bagaimana nak bersaing dengan jumlah blog lebih 1 juta di Malaysia ini ?
Dan alhamdulillah.. dengan segmen jugaklah aku masih berada di no 1 DIGI WWWOW - BLOGGER OF THE YEAR.. Menang atau tidak tu belakang kira tapi ini membuktikan dengan segmen aku berjaya meletakkan aku di tempat yang aku inginkan .. di samping sokongan rakan rakan yang lain ..
Berbaloikah segmen ? Ya .. teramat berbaloi .. Aku bukan menulis sekadar suka suka kerana aku nampak masa depan dengan blog aku ini .. Blog aku inilah masa depan aku ..
Klik SINI kalau sudi ...
Sedikit coretan dari ku ..
Hurm.. masih berjaga aku.. entah kul berapa nak tidur.. hanya mampu memerhatikan si isteri yang bakal dibedah keesokan harinya.. Hurm...
Kalaulah aku mampu ganti tempatnya ... sian dia.. ketakutan ..